Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Wednesday, March 31, 2010

I'm The Happiest Sleeper In The World

encik mimpi kunci gitar lagu tidur
Mode : Jiwang tapi macho

Arini terlalu bz la. Pegi kua ngan member setelkan skit hal tentang pasport dari pagi hinggalah malam. Terlupa nak bawak hp harini kua. So seharian xdpt bersms ngan Baby.

Kene pulak , semalam pon sgt bz. Aku bz, Baby pon bz gak. Masing2 bz. So sgt susah nak contact Baby sehari 2 ni..So so so much missing her.

Tak tenang la..Hati aku sgt xtenang. Xde ilham. Ilham dan feeling xde utk buat sesuatu bende. Rase kekurangan. Rasa xbertenaga. Kenapa ye? Mungkin selama ini kte berdua da biasa bersama..Tiap2 malam kite akan borak2 bersama.. Tiap2 malam kite akan spend masa bersama.. Kdg2 bukan cakap ape pon..Borak2 kosong.. Main teka-teki la.. Main cafe world la.. Cerita-cerita tentang family.. Xkisah la walau kadang2 tu borak2 kosong pon, tapi semua tu sgt bermakna.. Setiap kali mendgr suara Baby, rase lagi semgt nak buat ape2..

Semalam..Hari ni pon..Xberkesempatan pon dgr suara baby... Rase cam pelik.. Nak tidur pon xdapat lelap ngan indah malam ni..

Tapi sebelum tido tadi, kte sempat juga berborak.. Akhirnye dpt jugak kol Baby.. Dgr suara Baby.. Sgt sgt sgt memberi ilham.. Kte berborak..walaupon xsmpai 10 minit , sgt bernilai harganya.. Sungguh bererti..

Mlm ni xseperti biasa. Selalunya aku yg akan nyanyikan lagu tidur utk Baby.. Tp kali ni , sebelum tidur, Baby nyanyikan lagu tidur utk aku.. Wlupon Baby pon letih jgak harini tp Baby sgup layan aku waktu2 mcm ni.. Mase Baby mula nyanyikan, senyuman bibirku mulai terukir.. Perasaan yg gundah sebelum ni bagaikan hilang tiba-tiba..Entah ke mana ia menghilang..

Sebelum Baby meletakkan panggilan.. Tepat beberapa detik sebelum mata terlelap.. Baby lafazkan 'itu' dgn penuh kasih syg..."Tidur ye Syg...."...."I Love You"....

Aku terus melayang ke alam mimpi. Aku tidur dlm bahagia. =)


Tuesday, March 30, 2010

Korea da, Jepon laks loh!

encik mimpi kunci gitar lagu nazri jipun
Hello semua..
Aritu da melalak lagu korea..Kali ni nak lagu jepon pulak la..Ape lagi..Dgrkan la kalau berani..
Bukan senang nak dengar orang melayu yang berdarah melayu asli macho mcm en.mimpi ni menyanyikan lagu jeponn..macam biase aarr..kalau nyanyi lagu korea aritu ade pelat2 melayu sambal belacan sikit, kali ni pon same la..pasal pitching xyah tegur la, mcm biase ke laut cina selatan la pe lagi.. terpakse la dgr jugak.kate peminat setia en.mimpi..hehe..
make dgr kan la lagu yg bertajuk "Oraa"



Sekarang banyak da group korea masuk jepun nak cari pasaran kat sana. Ape pasal? Sebab duit la. Duit jepon ialah lebih kurang 4 kali ganda lagi besar dari duit korea. So kalau market kat Jepon kan best. Tapi kalau nak market kat jepun, kene la nyanyi lagu bahasa jepun. Antara group korea yg da masuk market n nyanyi lagu jepun ialah DBSK/TVXQ/Tohoshinki, Big Bang, FT Island ngan SS501. Eh, en mimpi ni pandai2 je. Dgr2 camtula, bukannye die hard fan sgt pon. kihkihkih.. Ape-ape pon, layan je la. Kalau suke dgr, kalau xsuke jgn dgr .

sebelum berundur diri, ayuh bergelak ketawa dgn rakan baik en mimpi, Nazri Jipun.

Monday, March 29, 2010

Asek-asek pompuan jek!!

encik mimpi kunci gitar lagu lagu untuk lelaki
Ishh ni yang marah ni..
Korang xperasan ke hah?
Kalau kat radio2 tu korang dgr lagu tajuk ape hah?
Korang dgr lagu tajuk ape hah cepat cakap!!
Marah betul ni tgk da gugur da bulu kaki.

Lagu-lagu yg kuar kat radio sumenya lagu name pompuan.
Xde pon lagu tajuk name laki.
"Suraya" (Innuendo),"Rozana"(Search), "Jesnita"(Exist), "Julia"
(Exist), Unta Liar/Camelia (Irwansyah) dan ape lagi, hahh..
cube korang jelaskan..apesal la smue
lagu ni name pompuan ? Ape laki da xwujud lagi ke dalam dunia yang
besar ni?? Ape laki da pupus ke dalam dunia ni hah! panas betul.

Oleh sebab itu, en mimpi da tekad. Utk menaikkan kembali maruah
lelaki, en mimpi telah menyiapkan sebuah lagu khas utk kaum lelaki.
Lagu yg menggunakan nama lelaki. Ini semua en mimpi lakukan
demi martabat lelaki!! Hidup lelaki!! >=(

Dan nama yg bertuah yg terpilih utk dijadikan lagu oleh en mimpi
ialah nama yang biase kite dgr di sekeliling kita. Sebuah nama lelaki yg
sgt basic. Telah penat sebenarnya en mimpi fikir nak gune name laki ape.
Zubir,Sulaiman,Sarip,Kassim,Yaakob..semua mcm xsesuai je .
Jadi name yg bertuah yg telah dipilih oleh en mimpi ialah....Zainal.

Terimalah





p/s: mcam lagu gay pon ade ni...dan kpd baby, jgn risau, ini bkn lagu curang.

Sunday, March 28, 2010

Sensitivity Jiwa ! X)

encik mimpi kunci gitar lagu lagu sensitif
Hello everybodies. dis are en mimpi. Ehem.. speaking sket la arini ..
As u knowed, en mimpi adalah seorang yg berjiwa sgt sensitve. Sgt mudah tersentuh,
sgt mudah kesian kat seseorang kalau seseorang tu cam kesian semcam je.
Kalau org mintak tlg , rse cam berat je nak tolak permintaantolongan org tu..maklum la,
sendiri rase mudah bersalah kalau xtolong org yg memintak tolong.

Hati senstif ni sgt bahaya. Seseorang tu kadang-kadang xmampu kawal emosi kerana
terlampau sensitif dan mengikut perasaan. Hati sensitif ni biasanya dijumpai dalam jiwa
wanita. Jadi jika yg sensitif itu seorang lelaki, tidak bermaksud die lemah, tapi die berhati
lembut. Bukan lelaki lembut awww ye, tapi lelaki berhati lembut. Kdg2 sorang tu nampak je ganas gile muke walhal hati lembut gile, tgk hindustan air mate da 5 liter da. Bole jual da tu.

En mimpi dulu mase kecik menyedari bahawa en mimpi ni terlalu sensitif, sampai bende kecik
pon rase nak nanges. Ye la , mase kecik, belum matang, xgune otak sgt, asek nak gune emosi je.
Sikit-sikit nak nanges. Huh, xmacho langsung.

Tp sekarang, en mimpi da macho gile da. Macho abes la.No nanges2 lagi. No more tears. Kite
da besar, kene pandai kawal diri. Bg en mimpi, jgn biar perasaan membatasi kehebatan akal.
Kadang-kadang kite sering emo sehingga kite terlupe kite sbnanye telah melukai seseorang.
Malah jike perasaan menguasai diri, semua bende akan jadi lagi teruk. Maknenye, kite harus
menggunakan pemikiran yg rasional utk mengawal emosi.

Semuanya bermula semasa en mimpi bersekolah asrama kat kl mase masuk form 1. Pada suatu malam waktu study kat kelas, en mimpi jadi cam tibe2 xde smgt, rase down sgt. Xtau kenape, nak cakap homesick pon xde la sgt. Maybe rindu kat mak ngan family kat rumah kot. Pastu,
mule la en mimpi mengalirkan air mate. Ape daa. Form 1 pon nak nanges2 lagi. Pondan. Chet..
Sejak malam tu, en mimpi menjadi semakin teruk. Setiap mase rase down n sedih je kat asrama, asek rase nak nanges je.Emo gile. Lagi emo dari Korn. Sehingga en mimpi terpakse menjauhkan diri dgn kawan2 n pergi ke satu bilik yg xde org utk menjerit melepaskan perasaan . Ape da. Ikut drama dalam tv la tu, kononnye menjerit leh hilangkan tekanan perasaan. Xjadi pon. Chet..

Sehinggalah suatu hari, kat kolam kat dpn asrama tu, en mimpi berjaye mendapati sesuatu. Sesuatu yg sgt berharga utk hidup en mimpi , dan sehingga hari ini perkara tu menjadi pegangan dan semgt utk en mimpi. En mimpi mendapati, ape yg en mimpi rasekan sebenarnye hanyalah kehendak perasaan yg terlebih-lebih, yg telah berjaya mengusai fikiran rasional en mimpi. Dan en mimpi sedar, emosi yg mengusai fikiran adalah sesuatu yg membahayakan , di mana setiap perlakuan akan jadi serba tak kena dan hati pon dapat merasakan sesuatu yg tidak menyenangkan. Tidak menyenangkan pada diri dan pada org lain juga.

Dan pada hari tu la en mimpi berjaya mengubah diri en mimpi, dari seseorang yg sgt sensitif yg tidak pandai mengawal emosi, kepada seseorang yg kuat, yg mampu berfikir secara rasional walau dalam ape keadaan sekalipon. En mimpi da berjanji pada diri en mimpi utk menjadi kuat hatinya utk melindungi diri en mimpi sendiri dan utk melindungi ahli keluarga serta org-org yg en mimpi syangi. Dan en mimpi menggunakan kata semgt "BE STRONG, BELIEVE" dalam setiap perkara yg en mimpi lakukan. Di waktu2 peperiksaan, di waktu duka, di waktu susah, en mimpi akan selalu bisikkan pada diri sendiri, hey,"Be Strong, Believe"!! =)

Friday, March 26, 2010

PANAS : Rahsia Vokal Ning Baizura !!

encik mimpi kunci gitar lagu rahsia ning baizura
Kali ni di bwh segmen Panas, en.mimpi nak berkongsi tentang sebuah rahsia yg xpernah di sebarkan di dalam tv, radio ataupon mane2 media massa.Haritu da kongsi tentang rahsie siti nurhaliza, kali ni Ning Baizura pulak.

Korang perasan x vokal Ning baizura tu laen dari artis2/penyanyi2 lain? Perasan kan? Ning mempunyai vokal yang ckup kuat dan mantap dalam setiap nyanyian beliau.Kalau nak tahu, disebalik vokal yg hebat itu, tersembunyi rahasia yg tak pernah orang perasan, dan kali ini secara exlusivenye en.Mimpi akan membongkarkan rahsia sebenar disebalik kehebatan vokal Ning Baizura..

En.Mimpi mendapati, untuk mendapat vokal yang hebat dan bertenaga seperti Ning Baizura,seseorang itu haruslah menyebut atau meneran perkataan "aaK.." setiap kali ingin menyebut perkataan pertama dalam baris lirik sesebuah lagu. Maksud en.Mimpi, tepat sebelum menyebut perkataan pertama dalam lagu tersebut (bagi setiap baris), haruslah menjeritkan atau menteriakkan perkataan "aaK..". Ini membolehkan satu tenaga extra dikeluarkan dari perut yg kempis sperti Ning itu dan seterusnya membantu vokal Ning itu sendiri menjadi lebih hebat..

Anda kurang faham dgn penerangan en.Mimpi di atas. ok..Xpe disini en.Mimpi akan membuat demonstrasi penggunaan "aaK.." dalam sesebuah nyanyian.

Demonstrasi akan dilakukan pada lagu popular Ning Baizura , "awan yg terpilu" :





Da dgr da? begitulah apa yg dimaksudkan oleh en.Mimpi. En.Mimpi sendiri perasan, ketiak en.mimpi menyanyi dgn kaedah "aaK.." itu dlm lagu awan terpilu tersebut, ade terase lahirnye tenage misteri entah dari alam mana yang mampu memberi tenaga yang luar biasa pada suara en.Mimpi. Benar! en.Mimpi tak berbohong!!

Kalau xpercaya , dgr lah sendiri dari Ning. Perhatikan betul2 "aaK.." yang dilakukan oleh Ning Baizura.






Bagaimana? Anda semua sudah percaya? Percaya atau tidak , bolos saja dinding itu!

Wednesday, March 24, 2010

Arrive (Sampai)

SOrry semua followers yg disayangi!!! Kebelakangan ni sgt bz menyambut junior baru kat sini...
Nk menggitar pon xsempat.. So nah amek je la ni haa en.Mimpi nyanyi taun lepas ni. Huhu..
Selamat tidur semua ~!!! =)



Arrive

Sayang..
Apa yang ku katakan
Apa yang ku rasakan
Belum pernah dialami

Demimu segala ku kurniakan
Susah ku senangkan
Apa sahaja dipenuhi

Di hati

Dan masih lagi engkau bertanya
Sejauh manakah cinta
Penjelasan ku sebenar-benarnya;

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir
Cintaku kan tetapkan hadir

Andai dikurnia syurga
kan ku tunggu di luarnya
jika ditanya mengapa?
Jawapan ku menunggu..
Kau SAMPAI dahulu..

Mudahnya sekadar bermadah
Hingga kau meragui
Keikhlasan sanubari
Sedangkan racun pun kan ku telan
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku

Oh sungguh..
Dan masih lagi kau bertanya
Sedalam manakah cinta?

Lafaz ikrarku buat selamanya...

Katakan sayang..
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu
Sedangkan separuhnya di jiwaku,
bersamamu...

Sampai, tubuh tak bernyawa
Sampai, ku kepangkuannya
Biar jasad tak dilihat zahir..
Cintaku tetapkan hadir....

Andai dikurnia syurga...
Kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu kau sampai dahulu..
Ohh...
Kau sampai padaku...

Tuesday, March 23, 2010

Lets BerKind-Kind

encik mimpi kunci gitar lagu marilah berbaik-baik
hello smua ape kabar??
arini malas nak nyanyi arr..sorry ar geng.bukan ape, skang pc xleh gune la nak record lagu. ade org tumpang rumah en.mimpi selama seminggu so agak susah utk membuat rakaman lagu . oh sedihnya...

tapi dont worry, jgn menangis adik2. kat sini en.Mimpi nak citer sikit salah satu perkara yg dapat menghilangkan rungsing kalau2 en.Mimpi mempunyai ape2 masalah atau tensen study.

perkara tersebut ialah ketawa dgn melayari Youtube (bukan Redtube ye rakan2), dan menikmati video2 dari team Marilah Berbaik-baik(MBB). Mungkin byk yg da penah dgr tntang team ni..di youtube, dorg lah yg dikatakan menjadi pelopor kepada lawak sarikata kat youtube.Tau x ape tu lawak sarikata? Nak tau , kene la tgk sendiri .AHaksis.

Antara karya MBB yg popular di youtube xlain dan xbukan ialah Geli Mat dan Satu Filter. Antara yg lain yg best ialah Telur2 Tu dan Lagu Duet Korea. Tapi yg feveret en.Mimpi ialah Babak Sedih Legend of Condor Hero dan Parang.



selamat bergelak ketawa XD~~

Sunday, March 21, 2010

Pecinta Kasut Kasut Buaya aka Crocs

encik mimpi kunci gitar lagu kasut crocs


Haa.. Inila yang dinamekan trend..Orang skang nak pakai yang stylo mylo je.Bukan nak pakai stylo hyrlick ke ape ke..Panas tul la..Lek ahh..Asalkan simple but looked nice and seleze da la.Mantap gile eje seleze.Ahakzuz.

Ni cerita tahun lepas, balik mesia, kat pintu rumah tu penuh ngan kasut Crocs ni. Xde la lawa sgt pon, tapi cute2 sket la ahakzez. Xsilap ade la dalam 3-4 pasang kasut crocs tu mesti adik2 wanita ku yang bajet cun tu yg beli utk konon2 bergaye.Chet..

Haha saje je entry meluahkan perasaan.Pakai la ape yg korang nak selagi rase mampu n sesuai ngan kehendak nafsu batin anda. Dengar lah lagu 'Crocs Lover' ..atau dalam bahasa melayu, Pencinta Buaya.

p/s: mintak maaf lagu ni en.mimpi xhafal lirik sgt.pastu nyanyi sorg2 ni.suara bekap pon en.mimpi kene buat sendiri .huhu

Saturday, March 20, 2010

Aja-Aja Fighting!! =)

encik mimpi kunci gitar lagu aja aja baby
Chaiyok-chaiyok!!
AJA-AJA!! Fighting!

Hehe bagi sape2 yg xtau, maksud "chaiyok2" dan "aja2" tu mcm lebih kurang "fighting!" laaa...atau dlm bahase urdunye, "berusaha!!".. perkataan yg selalu digunakan untuk
memberi smgt kepada seseorang supaya seseorang tu lebih berusaha dan bertenaga dalam melakukan sesuatu perkara..

arini en.mimpi nak luah sikit perasaan ..huhu..
yang suke dgr leh komen, yg xsuke dgr, buat xperasan je la ye entry ni..huhu

dalam beberape minggu ni..susah sikit nak gayut2 lame2 cam bese ngan cik gf en.mimpi tu xlen xbukan Baby ku sorang tuu laa..bukan ape..die tgh sibuk nak final exam.katenye lagi seminggu lagi je tinggal..byk repot n byk bende nak cover lagi.aritu pon die baru baik demam..kene 'ketchup' byk bende yg tertinggal..

sorry..org xleh nak tlg baby ape2..sebab org duduk jauh... sorry org xdapat teman die study betul2...sebab org duduk jauhhh... sorry org xleh urut die kalau die letih...sebab org duduk jauh...

so utk Baby,..org hanye mampu bg smgt dari jauhh je..hanya mampu menyokong dari jauhh.. jadi org watla satu lagu 'gudluck' utk Baby..supaya baby lebih semngat nak amek exam tuu.. igt tau semua pesanan dlm lagu ni..ade beberapa nasihat utk baby jgak dalam lagu tuu..=)

wlupon lagu ni xsberapa..tp org rase ckup utk bg smgt kat baby utk jwb exam ngan penuh keyakinan....GUD LUCK 4 YOU BABY ! im Here wAiting 4 u. i knoe U caN do IT!!

terimalah lagu dari org just 4 u sayang =)



Aja-aja Baby
Lirik : Encik Mimpi
Lagu: Encik Mimpi
Macho: Encik Mimpi

Bangun pagi hari ini
Mandi pagi jgn x gosok gigi
Bangun pagi hari ini
Sebelum pergi harus sarapan pagi

Tapi jangan lupa ku disini
Aku kan menunggu kamu pulang dgn happi
Tapi jangan lupa ku disini
Aku mendoakan kejayaan kamu dlm hati

Sebelum pegi baca doa
Mudah-mudahan ada petunjuk-Nya
Salam papa, salam mama
Mudah-mudahan ada keberkatannya

Tapi jangan lupa ku disini
Aku kan menunggu kamu pulang dgn happi
Tapi jangan lupa ku disini
Aku mendoakan kejayaan kamu dlm hati

c/O:
Chaiyok chaiyok baby
Aja-aja baby
Chaiyok chaiyok baby
aja-aja baby


(DOWNLOAD lagu ini)

p/s: baby jwb exam betul2 tau!! =) . lagu ni ade mase org record blik betul2 kt studio nnt.

I LOVE U SO MUCH =)

Anak Mansur dan Lawak Tersembunyi

Mungkin ramai da tgk da. En.Mimpi sendiri da bape kali da tgk bende ni. Tapi org kate senyum tanda setuju. Maka mari kite tgk sekali imbas dulu video ni.



Ahaks.Kelakar bukan mereka semua ini? Tapi kali ni en.Mimpi nak kupas sikit tentang video ni.. Disebalik video ini, tersimpan lawak2 yg tersembunyi, yang xkan kite perasan jika kite tgk skali je.Lawak yang tersembunyi ni lah yang menunjukkan video ni mmg adalah masterpiece teragung utk dismpan di Muzium Negara Melaka. Ayuh kite saksikan lawak2 yg tersembunyi di dalam video ini. En.Mimpi da siapkan kronologi mase dan sedikit penerangan akan lawak tersembunyi tersebut.



0:14 : Jalil Hamid cube buat suara backup yang cukup lembut dan kononnye sedap.Dan din Beramboi gelak jahat jahat.Ahakz.

0:17 : Jalil Hamid menyampuk "Ayam Pulak..". Ahakzz..

0:50 : Jalil Hamid bajet sedap sekali lagi cube bekap Zizan, "Anak Mansurr...". Lantas Din Beramboi memandang Jalil Hamid dgn pndangan tak puas ati.Ahakzez.

1:11 : Muke Zizan kelihatan frust gile sbb Jalil Hamid potong part die nyanyi.Ahakzuz.

1:39 : Ketika Din Beramboi mule menyanyi part 'ALfonsoooO..', Jalil Hamid pulak tunjuk muke pelik. Ahukz!

Friday, March 19, 2010

SEJUK : mari sayangi IBU kite!! =)

encik mimpi kunci gitar lagu lagu untuk ibu


Tajuk hari ini sgt special.Ye, sebab insan yang dimaksudkan memang speacil.Haa mlas nak betulkan ejaan yg salah tersebut.

Teringat nak tulis pasal entry ni sbb aritu baru je kol msia, ckp ngan mak.Ye la, da berbulan2 xkol rumah sbb bz..Baby pon da bebel byk kali suh kol mak kat rumah..sbb die takut la nnti mak kat rmah tu risau xtau berita ape2 ke..tp sbb en.Mimpi bz, susah la sket nak kol..so en.mimpi pon kol rumah tanye kabar mak dan sbginye..

Yaakob memanggil ibunya dengan panggilan 'Mama'.Kamarulzamman Abdul Wakdu memamnggil ibunya dengan gelaran 'Umi".David Thomas memanggil ibunya dengan gelaran 'bonda'.(name da mat saleh da).Ade juga yang memanggil ibu dgn gelaran "mummy" dan sebagainye.(Panggil mummy mcm geli2 la)

Setelah membuat kajian tempatan, didapati peratusan anak2 memanggil ibunya dgn gelaran-gelaran tertentu adalah seperti berikut:

1) Ibu - 36.4%
2)Mak - 34.2%
3)Mama - 29.8%
4)Mummy - 13.9%
5)Umi - 11.2%
6) lain-lain - 2.4%

Kalau dicampurkan peratusan2 bagi setiap panggilan ibu di atas, anda akan mendapati bahawa jumlah semuanya bukan lah 100%. Ini kerana peratusan2 tersebut, en.Mimpi reka2 je. Ahakzez~!

Tak kire la anda memanggil ibu anda dengan gelaran apa pon. Yang pastinye en.Mimpi yakin semua org menyayangi ibu masing2.Meskipon kadang2 mungkin timbul konflik yang mencetuskan perbalahan dgn ibu, ianya tidak akan memudarkan perasaan syg dan cinta kite terhadap seorang insan bernama ibu. En.Mimpi sendiri kadang mempunyai pelbagai konflik dgn ibu, sebab ibunda en.Mimpi byk jugak la menghalang en.Mimpi nak buat itu ini mase waktu kecil2 dulu.Tapi standad la, ibu kalau marah maksudnye sayang.Beliau sayangkan kite sbb beliau xnak kita terlibat atau terjadi bende yg bukan2 kat kita.

Sekarang kita da besar dewasa, tibalah saat kita untuk membalas jasa mereka.Kalau tgh study, hadiahkan kejayaan untuk beliau.Kalau da bekerja, jangan lupa kirim sikit duit kalau ade duit lebih.Kalau da berkahwin, aktiflah melakukan aktiviti " katil bergoyang" supaya industri penambahan anak bertambah lancar.Ibu anda akan sentiasa excited jika dapat menimang cucu yang baru.

Ingat, tanpa mereka, siapalah kita. =)

Laguku Untukmu Ibu




Lirik: Encik Mimpi
Lagu: Encik Mimpi
Persembahan Asal : Neiro

Tak berniat melukai hatimu
Tak bermaksud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku, Ibu

Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu

Chorus:
Dan mungkinkah kan terjadi
Maafkan atas segala kesilapan ku
Janji diriku kepadamu ibu
Kan ada selalu
Menemani harimu

Tak berniat melukai hatimu
Tak bermaksud mengecewakan kamu
Seandainya semua ini berlaku, Ibu

Senyumanmu indah bagai pelangi
Mewarnai seluruh jiwa ini
Sayu terdengar suara mesra mu,Ibu

ulang chorus 2kali

DOWNLOAD LAGU INI versi asal
DOWNLOAD LAGU INI versi encik mimpi

p/s: xpuas ati ngan Baby! aritu die kol rumah ckp ngan mama org! da la org xpenah ckp lagi ngan mama die!! hehe.. love u muchukk =)

Wednesday, March 17, 2010

kenali BUNKFACE!! (Mode Serius)

encik mimpi kunci gitar lagu bunkface
Ehem.Arini en.Mimpi cuba utk tidak mengarut lagi.Sebelum2 ni mengarut2 bukan ape, kadang-kadang perlu juga gurau2, tapi ade keadaan nye juga kite perlu bertindak matang, serius dan macho. Jadi dengan mood serious muke ketat en.Mimpi, akan membuat review yg serius berkenaan dgn band yang sedang meningkat naik sekarang, xlain dan xbukan, Bunkface.

Asal Name Bunkface
Name 'Bunkface' itu sendiri telah diusulkan oleh vokalis utama kump tersebut, Sam, atau nama penuh maSam abdul Kadir. Pada suatu hari, Sam seorang diri sedang menunggu bas untuk pergi ke pasaraya Mydin utk membeli deodorant yg baru dihabisguna olehnye semalam. Pada waktu itu sebenarnye Sam sedang asyik memikirkan name yg sesuai utk band beliau itu (pada waktu itu band die da terbentuk tapi masih belum ade name ).Sambil menunggu beliau befikir dgn penuh khusyuk dan tawaduk.Sam ni kalau berfikir,mmg khusuk tau. Tapi time semayang xpenah pulak khusuk.

Fikir punye fikir, die mendapat idea.."ehmm..skarang Facebook sgt femes..Kalau aku gune perkataan 'face' dari name facebook tu, mesti cepat femes ni..mesti ramai yg tag aku nnti..penuh la wall aku nnti..ehhmmm..cepat femes..hmmm..." .Dan beliau terus berkata dalam hati."Kalau 'Face' je pendek sgt name band...Kene pnjg sikit name band ni!!",tegas hati Sam.

Beliau terus memerah otak.. "Kalau nak glamer, mesti la nak gune name yang kiut2 dan mudah disebut.Ehmm...'Babyface Band' ok jugak..ataupon 'Cute-Pinky-Face Band' ok gak..ishh pening da aku.. ..". Tibe2 baru beliau tersedar "eh, aku nye band ni genre rock! mane leh name cute2! ape da aku ni..bendul tul..",rungut Sam seorang diri..

Sedar xsedar, bas yg ditunggu sebenarnye telah tibe lame untuk mengambil penumpang.Konduktor bas yg berbasah di ketiak bas itu pon menjerit."Oii bang..Nak naek ke x ni..Saye da lame da tunggu ko ni bang..Kalau abang xmau naik saye gerak dulu..Cepat naik!",kate konduktor bas itu dengan nada yang agak tegas. Tapi Sam ni wat dek je..Wat xtau je..bukan pe...Sebab tgh khusuk fikir tuu..

Konduktor bas tu pe lagi naik bengang la wat bodoh je Sam ni sedangkan bas sedang tunggu die sorg je."Bang, jgn smpai saye tumbuk muke abang tu..Jangan smpai saye tumbuk abang punye face!!", konduktor bas tu marah sambil terspeaking sikit.

Sam pon tersentak dan terfikir kata2 marah konduktor bas tersebut.."Abang punye face..?Abang face..?Bang face..? BUNKFACE!!!!!" Dan terus Sam menjerit.."BUNKFACE!!! Itula name yang aku cari selame ini. Sam yang terlampau gembira tu terus memeluk konduktor bas itu tanpa menyedari mukenye diklepetkan pd ketiak konduktor bas tersebut..

Begitu la asalnye name Bunkface.

Fakta : Korang sedar x bile Sam bunkface menyanyi mesti ade pelat2 macam mat saleh sikit? Cakap melayu pon nak cam ade sleng2 mat saleh.Hebatkan? Jadi en.Mimpi pon nak cube la try nyanyi ngan gaye2 sebutan mat saleh sikit.Terimalah.

Encik Mimpi - Situasi (versi extra sleng)


P/s: Untuk abg2 bunkface kalau terbace or dgr lagu ni, jgn marah ye..Gurau2 pagi je..Ahakzez!

Monday, March 15, 2010

Habitat Memakan Coklat !!

Maaf..Tersalah tulis tajuk pulak, actually tajuk nak tulis "Tabiat Memakan Coklat", tapi tertulis 'habitat' pulak. Ala malas la nak padam.Asal korang semua paham da laa..ahakzez.

Coklat!! Sape yang xsuke coklat jgn la bace entry ni.Entry ini hanya untuk sesiapa yang suka coklat je. Asal perkataan coklat ni sebenarnye dari bahase Rome Choc-A-Lotte. Choc bermaksud koko.Ala..buah koko tu..yang bentuk mcm peria, dalam warne putih tu.Lotte pulak bermaksud banyak.Dengan kate laen, choc-a-lotte bermaksud 'banyak koko'.Banyak koko dan banyak koko dan banyak koko maka jadi la sejenis makanan berwarne coklet, iaitu 'chocolate'. Harap sape2 nak buat buku skrap tingkatan 3 pasal coklat, jgn amek fakta dari sini ye.Ini hanye penipuan en.mimpi.Booo...

Kat sini en.mimpi nak rankingkan Choc-a-lotte yg en.mimpi suke makan!(en.mimpi adalah penggila chocolate!)


1-Cadbury Zip perisa Coklat
makan coklat encik mimpi kunci gitar lagu

2-Kinder Bueno

3-Nestle Kit Kat

4-Cadbury Bytes


5-Cadbury Picnic
Inilah cokelat2 kegemaran en.Mimpi.Tapi sayang dan yg memeraskan (mem-frustkan) en.Mimpi adalah, chokolat2 yg en.mimpi ckp kat atas ni semua xde dijual di negara tempat en.Mimpi study ni.Kecuali kitkat itupon xleh makan sbb die gune minyak vavi dalam kandungan die..Prust betul la.(T_T)

Tapi en.mimpi ade berita gembira utk en.mimpi sendiri.En.Mimpi xberapa lame lagi akan mendapat hadiah yg en.mimpi idamkan selama ini..Ade org tu die da postkan satu kotak yang dalam nye penuh ngan cokelat2 idaman en.mimpi ni!! wowww xsabarnye!!Dipercayai dalam kotak tersebut mengandungi cokelat2 seperti zip coklat ngan kinder bueno!Waawww histeria!! Memang memahami la insan tersebut.Sape lagi xlain dan xbukan Baby ku sorg yg ku cayangi! hehe..TQ laling postkan utk i! hehe..Pasni nak demand lagi! nak 8kotak lagi coklat!! tq cygku ~!
=)...

P/s: Baby semoga cepat sembuh tau sakit tu...I miss u so much..Selalu doakan kamu..Muahh! =)

Sunday, March 14, 2010

selamat bertugas la okay!

encik mimpi kunci gitar lagu lagu graduasi
Hari ini hanye nak citer sikit la tentang manusia2 yg tinggal kat tempat en.mimpi ni study la. Rakyat malaysia kat sini mmg la sikit.Bile kire2 semua, dalam 20 org je manusia malaysia di bumi Trinidad ni..Letih la macam ni.Sikit sgt macam mane nak membina piramid.Nak maen futsal pon da xckup org da..Tambah lagi, ade 6 org senior da nak balik malaysia da sebab da grad.Pastu budak 1st year yg masuk pulak nnti hanye 2 org je. Lagi menderita kekurangan tenaga buruh la kat sini gamaknye..
Nampak nye Aidilfitries tahun ni mmg akan kurang meriah la kat sini berbanding tahun lepas. Nak maen futsal ngan maen snowboard pon mcm xhappening da mcm dulu.Nak maen winning eleven pon da xde sape leh bagi cabaran kat en.mimpi. Nak maen gitar pon da kurang ahli band la pasni.



Tapi xpe.They go for good.Speaking ape pulak ni.Jangan nak speaking sgt ye encik Mimpi.Ye mereka pergi utk kebaikan mereka.Mereka pergi utk mengejar cita-cita .Bertugas utk negara dan nnti mungkin akan berkeluarge da.Kalau kawen tu jgn la ajak makan nasik minyak gamat. Kalau perlukan persembahan en.Mimpi utk kenduri kahwen, tlg la jgn kol. Saya hanye menerima offer utk persembahan yg besar2 je. Kenduri kawen xmain la.Ahakzez.

Dan 2 org yg akan dtg ni pon come for good jugak.Nak menimba ilmu.Jangan menimba ilmu pukau di sini dah la. Ilmu hisab boleh jugak. Tapi pastikan bukan ilmu menghisap-hisap ye.Itu bahaya. Selamat dtg la diucapkan kepada budak 2 org tu.Dtg jgn lupe bwk KFC ngan berger McD.

Terima lah lagu yg en.Mimpi buat tahun lepas utk graduation day korang,





Kenangan Di sini (download lagu ini )

Lagu: Encik Mimpi
Lirik: Encik Mimpi/Neeto
Persembahan Asal : Baniera Band

saat ku disini kau
sentiasa ada menemani..
bersama lalui pahit
dan manis kita disini..
kuingin kau tahu kenangan
ini sungguh bererti..
namun ku fahami semua yang
datang kan jua pergi..

izinkan diriku mengatur
kata-kata hatiku..
mungkin yang terakhir
sebelum kamu melangkah pergi..
usah ada dendam
mahupun ada rasa benci..
ku kan slalu merindui dirimu

maafkan segala silapku
bukan ku mahu megguris kamu
sungguh bermakna punya dirimu
takkan ku mampu melupakanmu

andai kau harus melangkah pergi
suburkan segala memori
andai tidak ketemu lagi
tawamu sering kuingati
kan selalu abadi

Tuesday, March 9, 2010

Without Words by A.N.JELL

Anyong Hasseyo Pangako Sayo.
Ahakzez, da kua da bahasa korea aku nih..
Arini malas betul la nak kua rumah..Nak pegi gunting rambut ngan bayar bil air sebenarnye..Kalau x bayar bil air mmg kene potong la air kat rumah ni. Istinjak gune kertas pasir je la gamaknye. Arini En.Mimpi bangun pkul 1.30 tgh ari. Tu pon sebab Baby yang kejut.Ni lah masalah bila da stat cuti panjang, bgun tido mesti da abes da terlepas tgk Pintar Pintas kat tv. Yang best nye xyah la rebut2 lagi nak bace surat khabar Pancaindera yg menjadi rebutan di kalangan ahli keluarga.Ishhh....

Story of the Song

Baru-baru En.Mimpi berjaye menghabiskan sebuah drama korea yang bertajuk 'You're Beautiful"/Engkau Cun. Yes u right, En.Mimpi mmg ketinggalan zaman.Da lame da sebenarnye drama ni to atmosphere(ke udara) , tapi EnMimpi baru je nak tgk sebab terlampau bz.Ni pon tgk sebab tertekan ah sebab org2 terdekat semua da tgk, siap bincang2, story2 lagi pasal drama tu tapi En.Mimpi pulak xtau camane nak masuk dlm perbincangan topik drama tersebut sbb xtgk lagi.
Memang best la citer ni.Mmg la jalan citer n ending die agak predictable, tapi as long as kite enjoy the storyline n penyampaian yg disampaikan oleh para pelakon drama tersebut, xsalah kite nak ckp bahawa drama itu mmg berkesan. Best. Pelakon-pelakon die mmg best, lagu2 OST die pon best. Kelakar2 Ujang, geli2 romantik n sedih semua element2 yang diperlukan semua ade n lengkap.Biase la drama korea yang ringan2 mcm ni la yg org suke.Ahakzuz.
So En.Mimpi yg dlm keadaan tidak bergitar ni, terpakse menggunakan instrument lagu ni yg bole di donlod di intenet. Enjoy your self la dgn En.Mimpi yg telah bertukar menjadi mamat korea yg hemsem dan bergaya.
Mulai hari ini, panggi en.Mimpi dgn name Lee Dong-Cha.

Without Words - Lee Dong-Cha aka Encik Mimpi
Download lagu ni kat sini se-yo!



ha ji mal gor gu re so
mo run chog he bo ril gol
an bo i nun got cho rom
bol su op nun got cho rom nol
ha ye
bo ji mar gor gu ret na bwa

do mang chir gor gu re so
mot du run chog gu rol gol
dut ji do mot ha nun chog
dur ur su op nun got cho rom
ha ye
ne sa rang dut ji ha nul gol

mal do op shi sa rang ul al ge ha go
mal do op shi sa rang ul ne ge ju go
sum gyor ha na jo cha nor dam ge he no go
i ro ge do mang ga ni ka

mal do op shi sa rang i na rul to na
mal do op shi sa rang i na rul bo ryo
mu sun mar ul hal ji da mun hi bi
hon ja so no lan go ga ta
mal do op shi wa so

we i rok e a pun ji
we ja ku man a pun ji
nol bol su op da nun go
ne ga op da nun go mal go
mo du
ye jon gwa tok ga tun gon de

mal do op shi sa rang ul al ge ha go
mal do op shi sa rang ul ne ge ju go
sum gyor ha na jo cha nor dam ge he no go
i ro ge do mang ga ni ka

mal do op shi sa rang i na rul to na
mal do op shi sa rang i na rul bo ryo
mu sun mar ul hal ji da mun hi bi
hon ja so no lan go ga ta

mal do op shi nun mur i hu lo ne ryo
mal do op shi ga sum i mu no jo ga

mal do op nun sa rang ul gi da ri go
mal do op nun sa rang ul ha pa ha go
nok shi na ga bo ryo ba bo ga dwe bo ryo
ha nul man bo go hu ni ka

mal do op shi i byol i na rul cha ja
mal do op shi hi byol i ne ge wa so
jun bi do mot ha go nol bo ne ya ha nun
ne mam i no lan got ga ta
mal do op shi wa so

Wednesday, March 3, 2010

Ressa Herlambang Lambang Kedaulatan

Hey you, ini bukan Yaakob, ini bukan Fakhrurazzi, ini Encik Mimpi.
Selamat bertemu kembali. Yo yo yo wasap wasap uh uh. Sihat ke semua..Arini sehat ke yu-ol smua? Huh. Arini sgt letih la Encik Mimpi.Letih makan nasik lemak.Banyak gile makan nasik lemak arini..Kitorg arini secare bergotong -royong memasak nasik lemak di sini walaupon kekurangan bahan utk membuat nasik lemaque tersebut..Skang kat Trinidad ni adalah musim cuti Musim Bunga selama 2bulan. So ramai la kawan2 kat sini da blik Malaysia pulang bertemu keluarga tercinta.En.mimpi pon skang dok sorang2 je kat rumah yg besar nii..Housemate tercintek da selamat sampai di KL minggu lepas..Seram gak arr tinggal rumah ni sorg2..Jamban pulak lampu rosak.So nak berak waktu malam memang cuak-lisme la.Berak terpakse la cam bukak pintu jamban kset2 bagi membenarkan cahaye dari bilik sebelah masuk dalam bilik jamban sikit2.Dengan adenye cahaye, xde lah cuak2 sgt time berakz.Tambahan pula, bole membantu En.Mimpi target bom kumbahan dengan lebih tepat pada sasaran. Xde la cam melekat pepejal cokelat ala2 cadbury kat tepi2 sebab salah target.Cahaya memang menyinari bangsa, xgitu?
Satu lagi yg menyunyikan (men-sunyi-kan) en.Mimpi ialah, ketiadaan gitar akustik dalam rumah ni..gitar en.Mimpi no1 da rosak, kat kepala gitar tu rosak.Gitar no2 da rosak, sbb kene bakar ngan heater kat rumah.Gitar no3 plak, ade kat rumah junior kat depan rumah en.Mimpi ni, tapi dorg pegi travel la plak.Rumah kunci.Mmg sunyi laa..
Naseb bek la ade sorg budak ni sanggup teman en.Mimpi menemani hari2 yang sunyi dan sepi..Dari dulu hingga sekarang die la yang sanggup menemani en.Mimpi xkire dalam ape keadaan sekalipon.Huha.Da la bushuk, bajet cute plak tu..naseb baek cun.Hehe..sape lagi kalau bukan Baby en.Mimpi..Tiap2 malam mesti muncul menceriakan suasana..Selalu wat en.Mimpi tersenyum..kadang2 sampai angau gile bayang kat Baby ku sorang nii...Tapi baru2 ni panas tol la ngan headphone yg die gune utk skype..asek2 buat hal je xdgr sgt suare sakti die..naseb baek die da beli yg baru, beli kat pasaraya mahal plak tu.Memang branded la headphone die.So akhirnye bolehla dgr suare die dgn lebih jelas berbanding ngan ari2 seblum nii..hehe...tapi baru2 ni Baby sgt bz la ngan assignment die, pastu nak dekat exam plak tuu..slalu balik kelas lambat je..kdg2 kene stay kat kampus lame2 sbb wat keje..tapi ape2 pon..dun worry laling, i'm always suppoting lisbon u..just dont giveup,.Be strong, believe. Aja aja.....Fighting~!!! =) muaahhhxx for my Baby

nah dgrlah lagu yang dimainkan berulang-ulang.

RESSA HERLAMBANG -MENYESAL acousticed by ENCIK MIMPI



Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Reff:*


Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

**


Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

Back To Reff:* Dan **

Back To Reff:* Dan **

Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu


Nuff n Klik Sini!