Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Thursday, November 24, 2011

You're Amazing, Just The Way You Are

Amboiiyyy tajukk.... Bajet menarik lettewww... Assalamualaikum semua.. Macam da lama wa tak update blog wa ni. Rasa dah bersawang, berhabuk, bersarang, bersarang-hae dan berdaki gile da blog ni. Sorry guys sebab keep you guys waiting ( perghhh bajet ade orang waiting je bro ni !!) . Bukan apa, minggu lepas wa agak busy sikit dengan kerja-kerja sekolah aka homework yang agak menyusahkan hidup ni. Eh homework ke schoolwork ?

Kerja rumah : Homework
Kerja sekolah : Schoolwork

hmmm.... Mane satu ni...

Apa-apahal wa nak bagitau wa pon manusia biasa juga yang tak lepas dari musibah dan mahabah. Last week punye selesema macam da ok tapi batuk-batuk pulak minggu ni. Sakit tekak pon tak baik lagi. Camana wa nak nyanyi untuk korang. Wa da minum air masak banyak-banyak da.. Tapi still tak ok lagi. Takpelah, mungkin ada hikmah semua ni. Da la kat sini sejuk gila, maklumlah, sekarang da nak masuk musim winter da. Kalau nak berak kat jamban duduk tu aduhhh memang memerlukan ketabahan dan kekuatan iman yang tinggi lah. Sebab kalau duduk je kat jamban tu kesejukannya terus menyerap masuk secara halus direct terus ke seluruh tubuh dan menyebabkan punggung menjadi keras, kebas dan kebal. Dan bebal. Aduii..

Sebenarnya wa kalau tak sihat badan macam ni, wa memang malas nak main gitar, menyanyi dan menulis blog. Sebab bilik sejuk sangat, rasa macam malas gila nak buat semua benda, melainkan makan dan garu peha. Tapi sebab ramai da pressure wa tanya oii bro bile nak update, wa pon tertekan arr.. Kena la update sket. Nasib baik la wa ade mood sikit arini nak tulis entry baru ni.


.........................................................................





Aduh. Aku gay ke..

Weh lelaki. Cuba tengok gambar kat atas ni. Korang rasa korang tergolong dalam golongan yang mana? Wa tak rasa wa gay. Sebab wa cool gile beb. Apesal gambar ni macam sengaja nak cari pasal. Sakit mata wa tengok nih. Terpaksa wa edit sket.

Baru puas hati aku.




Pointnye bukan nak puji diri sendiri ke apa. Jangan salah anggap. Wa cuma nak ingatkan korang semua dan diri wa sendiri. Sebenarnya kita semua sama. Kita semua "amazing". Allah da ciptakan kita dengan kelebihan serta keistimewaan kita tersendiri. Semua orang ada sangat cantik, dan lebih cantik lagi kalau cantik tu datang dari dalaman kita. Jadi wa memang bingit arr kalau orang cakap diri sendiri tak cantik la, tak hemsem la, tak sempurna la. Semua tu tak betul, sebab Allah ciptakan kita sebaik-baik kejadian. Kita semua special, tak perlu kita berkata buruk tentang diri kita sendiri sedangkan itu pemberian serta amanah dari Yang Maha Pencipta. Bila kita sedar bahawa kita semua adalah suatu ciptaan yang cantik dan indah, maka kita akan lebih yakin dan lebih hargai kehidupan yang dipinjamkan kepada kita ni. Kita akan rasa lebih bersyukur, so takde la plastic surgery sana sini. Hadoiy. Tak baik tau ubah-ubah ciptaan Allah ni. Kan haram hukumnya. So apa kesimpulannya ? We are amazing just the way we are. :)


Ustazah Pilihan : Setiap orang ada kekurangan namun ada kelebihan serta keistimewaan sendiri. Terpulang pada indivdu itu tersendiri untuk menggunakannya dengan cara yang baik atau sebaliknya. Juga terpulang pada individu itu sendiri untuk menghargai keistimewaan itu dengan cara yang mana. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan pada kita. Ewah ewah..

Monday, November 14, 2011

Goolate : Wish You Were Here (Mahu Anda Di Sini) by Avril Lavigne

Assalamualaikum semua.

Maaf sebab lambat plak update minggu ni, sebab bizy gile babas kot minggu ni. Minggu lepas badan wa macam tak berapa nak sehat sangat, sakit tekak, selesema sikit (comel gila perkataan "selesema"), rasa macam nak demam pon ada. Naseb baik minggu ni da ok sikit rasa badan ni, cuma hingus cair masih kaw-kaw menari-nari kat lubang hidong wa, pastu bila nak tidur nanti mula la tu nak mengeras bagai pastu buat susah nak tidur sebab hidong tersumbat. Terpaksa korek-korek tahi hidung keras tersebut dan hasil galian lazimnya dicalitkan di bawah katil, sebab malas nak bangun dari katil. Itulah resepi kejayaan daripada guwa.

Tak lupa juga wa nak cakap thank you a lot of the ring kat semua yang wish kat wa cepat sembuh dan sebagainya. You all memang best dan supporting! <---- Bajet gile wehh ayat ko!! Konon-konon macam mamat-cool-dan-hemsem-yang-bajet-peramah-so-called-mr-nice-guy, ptuiii arr.

Hari Sabtu aritu wa pergi tournament futsal kat bandar, letih gak laa sebab perjalanan pergi je dalam lebih kurang 3 jam, pastu tambah singgah-singgah kat RnR lagi berak sepam dua dah ambek masa da, lagi-lagi kalau sebelum tu minum teh pekat. Pedih jugak lubang keramat kita tu masa tengah berak, sebab hasil perusahaan tu macam likat gila . So, lebih kurang 4 jam jugak la nak sampai sana. Ramai gak tanya menang ke tak maen futsal tu. Takde rezeki laa, wa punya team dapat masuk sampai semi-final je. Kalah 1-0 ngan team dari university lain.

..................................................................................................................................

Goolate? Apa itu Goolate? Ada yang mungkin dah tau, dan mungkin juga ada yang tak tahu menahu, apa itu Goolate. Ia bukan jenama ubat gigi, ia adalah sejenis kemudahan alam maya yang sering kita gunakan di dalam dunia internet ini. Tak lain dan tak bukan, Goolate itu ialah singkatan bagi Google Translate. Sebab wa malas nak taip Google Translate banyak-banyak kali, so wa singkatkan dengan nama Goolate. Lagi pon senang kita nak sebut, tak perlu terbelit lidah sana sini.

Lepas wa buat Goolate untuk lagu Price Tag nyanyian asal Jessi J tu, ramai yang bagi respon positif, dan ramai yang request untuk wa buat Goolate lagu-lagu English yang lain. Ada jugak suruh wa Goolate lagu Jepun, Korea, Chinese, Pahang, Iban dan sebagainya. Sampai wa pun dah tak tahu nak Goolate-kan lagu yang mana. Memang pening nak decide buat lagu apa, wa sikit lagi je nak buat solat istikharah supaya wa boleh tetapkan hati. Tapi sebab ramai yang request lagu Wish You Were Here (nyanyian Avril Cologne), pastu kene pulak wa lately memang tengah suka dengar lagu ni, so wa buat keputusan untuk Goolate lagu ni je.

Untuk pengetahun korang, wa memang amek sejibik-sejibik apa yang Google Translate terjemahkan untuk wa. Kalau dalam lirik tu ada perkataan "Beatles", memang "Siti Nurhaliza" lah yang akan keluar kat mulut wa. So kepada siapa-siapa di luar sana yang tak nak kalah dan nak betulkan grammar/granpa/vocab wa, rasanya tak perlu kot. I appreciate it but it's actually unnecessary because i do this goolate things hanyalah just for fun. Perghhhh speaking lah bro kita ni...

So sedap tak sedap sorry la, wa hanya suka-suka buat benda-benda mengarut macam ni. Kepada yang suka, pap pap! Tengkiyu sebab menyokong! Teeheee.... <-- comel tak gelak camni.



Lirik Asal

Wish You Were Here - Avril Lavigne

I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all

There's a girl
who gives a shit
behind this wall
You've just walked through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn , damn , damn ,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, damn, damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(let go let go let go let go)

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(let go let go let go let go let go let go let go)

Lirik Goolate

Mahu Anda Di Sini - Encik Mimpi

Saya boleh menjadi sukar
Saya boleh menjadi kuat
Tetapi dengan anda, ia tidak seperti itu sama sekali

Ada seorang gadis
yang memberikan najis
di belakang dinding ini
Anda baru sahaja berjalan melaluinya

Dan saya masih ingat semua perkara-perkara gila anda berkata
Anda meninggalkan mereka berjalan melalui kepala saya
Anda sentiasa di sana, anda di mana-mana
Tetapi sekarang saya ingin anda di sini.
Semua perkara-perkara gila yang kita lakukan
Tidak fikir tentang hal itu, hanya pergi bersama
Anda sentiasa di sana, anda di mana-mana
Tetapi sekarang saya ingin anda di sini

Sialan, sialan, sialan,
Apa yang saya lakukan untuk anda
di sini, di sini, di sini
Saya ingin anda di sini.
Sialan, sialan, sialan
Apa yang saya lakukan untuk anda
dekat, dekat, dekat
Saya ingin anda di sini.

Saya suka cara kamu
Siapa saya, tidak perlu berusaha keras
Kita selalu berkata, mengatakan seperti
Dan yang benar adalah bahawa saya benar-benar ketinggalan

Semua perkara-perkara gila anda berkata
Anda meninggalkan mereka berjalan melalui kepala saya
Anda sentiasa di sana, anda di mana-mana
Tetapi sekarang saya ingin anda di sini.
Semua perkara-perkara gila yang kita lakukan
Tidak fikir tentang hal itu, hanya pergi bersama
Anda sentiasa di sana, anda di mana-mana
Tetapi sekarang saya ingin anda di sini

[Chorus:]
Sialan, silan, sialan
Apa yang saya lakukan untuk anda
di sini, di sini, di sini
Saya ingin anda di sini.
Sialan, sialan, sialan
Apa yang saya lakukan untuk anda
dekat, dekat, dekat
Saya ingin anda di sini.

Tidak, saya tidak mahu melepaskan
Saya hanya mahu untuk membiarkan anda tahu
Bahawa saya tidak pernah mahu melepaskan

(melepaskan melepaskan melepaskan melepaskan)

Tidak, saya tidak mahu melepaskan
Saya hanya mahu untuk membiarkan anda tahu
Bahawa saya tidak pernah mahu melepaskan

(melepaskan melepaskan melepaskan melepaskan melepaskan melepaskan melepaskan)

P/s: Tak suka part "sialan" tu, macam kasar la bunyi dia. I kan mulia orangnya, tapi da Goolate cakap camtu, ikut je la.. (T_T)

Wednesday, November 9, 2011

Masalah Masalah Masalah .....

Adik rasa kat dalam dunia ni, adik sorang je yang sedang mengalami masalah yang sangat serius macam ni sekali. Pensel kaler adik hilang. Adik nanges kuat-kuat sebab pensel kaler kesayangannya tak dijumpai, dia tak tahu siapa yang ambil atau siapa yang sorokkkan. Adik sangat sedih dan merasakan dunia ini tidak adil bagi dia. Dia terus menangis dan terus menangis.

Abang balik dari sekolah, dengar adik nangis. "Eh bising la adik.. Janganlah memekak kat dalam rumah ni. Kalau nak memekak pergi kat zoo laa.. Bising je.",marah abang pada adiknya tu. Abang tension gile, balik-balik je ada orang memekak kat rumah. Dahlah kat sekolah tadi dia baru je kene marah dengan cikgu, sebab tak siap kerja rumah yang telah cikgu bagi semalam. Pastu cikgu suruh buat balik kerja rumah tu dalam 10 salinan, sebagai denda tak siap kerja rumah tersebut. Dan kerja rumah 10 salinan tu kene hantar pada hari esok juga. Mana abang tak tension. Abang pon ada masalah.Abang rasa macam dunia ni tak adil, cikgu hukum dia macam tu sekali.

Bila dengar abang marah-marah adik macam tu, kakak tiba-tiba muncul dan marah abang balik. "Weh, tak payah lah sampai terpekik-pekik kalau nak marah adik sekalipon. Tak nampak ke akak tengah study ni... Bengang betul laa.. Tak pandai hormat orang langsung.", kata kakak dengan nada yang agak tinggi. Kakak next week akan ambik peperiksaan SPM, so agak tension kalau ada orang bising-bising kat rumah time dia tengah study. Result dia masa Trial SPM haritu drop kaw-kaw, sebab dia ada problem sikit dengan boyfriend dia.Boyfriend dia macam curang kat dia and ada scandal-scandal ngan perempuan lain. Kakak rasa tak adil sebab kenapa lah dia kena hadapi masalah dengan boyfriend dia time-time nak SPM ni. Kakak rasa macam tak adil bagi dia ditimpa masalah begini.

Memang kecoh keadaan kat ruang tamu pada waktu tu. Bila da kecoh macam tu, Mak pulak datang dan tegur anak-anaknya tu. "Dah la kamu semua ni.. Jangan pasal benda-benda kecik macam ni nak gaduh-gaduh pulak. Mak baru balik keja ni.. Kalau boleh tak nak lah anak-anak mak tambah letih mak..", kata Mak kepada anak-anaknya, lembut tetapi tegas. Mak baru saja kena marah dengan majikan di tempat kerjanya, dan proposal yang dia submit harini masih tak diluluskan lagi. Ini da kali ke 6 proposalnya kena reject oleh majikannya itu. Mak da lama bersabar dengan perangai majikannya tu, yang seakan-akan asik nak cari kesalahan dia je. Walhal orang lain buat kerja lagi teruk, tapi kenapa dia je yang asik kena marah. Mak kadang-kadang rasa dunia ni tak adil bagi dia.

"Bruumm.. Brummm..", bunyi motor Ayah kat luar. Ayah baru balik kerja, dan dia ternampak kasut kulit kesayangannya berada di luar pintu rumah. Semalam ayah pesan kat mak, simpankan kasut itu kat dalam rumah, sebab takut-takut dicuri oleh orang tak bertanggungjawab. Bila dia tengok kasut tu masih berada kat luar rumah, ayah naik berang dan menjerit "Mahh.. Kenapa kasut ni masih ada kat luar.. Abang da pesan kan semalam bawak masuk kasut ni kat dalam... Tak kan abang nak pesan 3 4 kali baru faham!". Ayah agak tak dapat mengawal emosinya. Mak hanya terdiam, sebab Mak tau memang salah mak sebab terlupa pasal kasut itu. Mak terus ambil kasut tu dan letakkan di atas rak dalam rumah. Abah terus buat muka kerut dan berkata "Haihh.. Semua nak bagi masalah kat aku..". Sebenarnya Ayah baru saja mengalami kerugian besar dalam perniagaannya. Perjalanan bisnes dia dalam masa sebulan ini macam tak berapa menggalakkan, walaupon banyak usaha yang dia dah cuba lakukan. Ayah rasa tak adil sebab kenapa orang lain tak perlu berusaha keras tetapi masih boleh hidup mewah.
Masalah... Masalah.. Masalah...

..............................................................................

Itulah dia yang dinamakan "masalah". Setiap orang yang mengalami masalah,lazimnya mereka akan berfikir mereka lah yang ada masalah yang paling rumit dalam dunia. Mereka akan fikir mereka lah orang yang paling malang dalam dunia. Mereka akan menyalahkan takdir dan merasakan semua yang berlaku sangat tidak adil bagi mereka.

Itulah manusia. Kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya orang lain mempunyai masalah yang lebih besar dari kita. Manusia mudah leka dan lalai. Selalu sangat pentingkan masalah sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Itulah hakikat makhluk bernama manusia.

Sebab itu perbuatan "senyum" diciptakan oleh Tuhan. Senyum mampu membantu kita untuk mengurangkan tekanan yang kita alami. Senyum mampu menjana semangat untuk tidak mudah mengalah dalam diri kita. Senyum juga mampu memberikan anjakan kepada kita untuk tidak mudah mengeluh atau melenting dalam menghadapi sesuatu perkara. Dan senyum juga merupakan satu ibadah jika kita lakukan dengan ikhlas. Setiap senyuman mampu melembutkan hati insan yang melihatnya. Kadang-kadang memang payah untuk menghadapi kesulitan dengan senyuman. Tapi kita harus tahu senyum itu mampu memberi kekuatan pada diri kita sendiri, mampu memujuk hati kita yang sedang sedih atau runsing . Dengan senyuman sedikit sebanyak mampu menjadi ubat kepada hati kita yang lemah ini.

Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.

Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)



P/s: Suara sangat tak sihat harini. Selsema teruk.Tapi nak siapkan video ni harini jugak atas sebab-sebab tertentu. Maaf sebab kesilapan vokal bersepah-sepah. :(

Ustazah Pilihan : Ada masalah? Apa susah, penawar hati yang mujarab bagi kita umat Islam tak lain dan tak bukan adalah Zikrullah dan membaca Al-Quran. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Monday, November 7, 2011

Love Sentences......

Assalamualaikum..

Update ringkas , cheong sam berita penting.

Minggu ni adalah merupakan minggu yang sangat bermakna bagi Encik Mimpi.Salah satunya adalah sebab kita baru je menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 November yang lepas. Ingat ye, 6 November. Bukan tu je, pada tarikh tersebut pun ada something yang berlaku yang membuatkan Encik Mimpi sangat happy the whole day. Amboi speaking, mentang-mentang da pandai guna Goolate. Tapi, memang sangat happy, Alhamdulillah! Sedikit sebanyak menghilangkan perkara-perkara sedih yang kadang-kadang datang menyerang jiwa ni.

Harini Encik Mimpi rasa nak nyanyi lagu ni. Tiba-tiba suka sangat dengan lagu ni. Sebelum ni tak pernah pon nyanyi lagu ni, baru je semalam cuba-cuba nak nyanyi. And da lama Encik Mimpi taknyanyi lagu dengan serius. Asek maen-maen je menyanyi, kali nak serius sikit. Harap suka . :)




Ustazah Pilihan : (Tak dijemput kali ini. Jaga anak je lah kat rumah.)

Tuesday, November 1, 2011

Tak Reti Speaking, Ada Apa Hal?

Assalamualaikum semua.

Inilah masalah aku. Aku tak pandai berbahasa Inggeris la geng. Camane ahh? Lidah aku ni memang lidah melayu tulen la, keras gila nak sebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris ni. Keras macam otot brother iklan Ridsect. Haduiiy,tak macho gile, nak buat camane, naseb baik comel.

Aku bukan apa, yang buat aku tak pandai BI(Bahasa Inggeris) ni ada banyak perkara yang mempengaruhi. Salah satunya mungkin tekanan perasaan masa aku kat sekolah rendah dulu. Seperti yang korang sedia maklum, aku dulu bersekolah kat sebuah sekolah gay Methodist kat area KL ni. Memang gay sebab student semua lelaki sahaja, melainkan beberapa guru dan makcik kantin yang berjantina wanita. Dah kata makcik, mesti lah wanita. Teruk.

Waktu aku darjah 1 sampai darjah 6, result BI aku memang hancus kawkaw sebab aku memang tak pandai subjek tu. Maklumlah, melayu tulen, kat rumah memang tak cakap BI langsung laa. Ada pulak abah nak speaking ngan aku. Macam geli je kalau abah tiba-tiba try-try nak menggedik speaking ngan kitorang adik-beradik.Cari pasal pulak abah ni. Abah ngan mak orang perak, so kitorang kalau kat rumah kalau tak cakap bahasa KL, akan cakap dialek-dialek Perak sikit dalam perbualan harian. Lawak jugak perkataan "dialek" ni.

Nak dijadikan cerita, masa darjah 6, aku lah satu-satunya murid melayu yang diharapkan untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Sebab waktu tu, selain aku, takde murid melayu yang boleh bersaing dengan Karamdeep Singh, Sathia Narayanan, dan Govinraja. Tiga nama ni adalah top student kat sekolah aku masa aku darjah 6 tu. Aku selalu berada di belakang tiga-tiga budak ni kalau dalam apa-apa peperiksaan. Result paper-paper aku sebenarnye memang boleh bersaing dengan dorang bertiga, tapi paper BI je aku kalah dengan dorang. So aku akan senantiasa berada di belakang dorang dalam setiap musim exam. Cis.

Tambahan pula, mantap gila penandawacana. Tambahan pula, waktu tu ada seorang cikgu ni selalu dan suka sangat "psycho n pressure" (PnP) aku. Nama cikgu tu adalah cikgu Silva Nathan, dialah yang mengajar aku subjek BI waktu aku darjah 6 tu. Dia agak garang, pastu dia macam selalu sangat attack aku dalam kelas dia tu. Aku selalu mengumpat dia dengan kawan-kawan aku, sebab kalau dia berbahasa melayu memang lawak gila nada dia. Lagi lawak dari Johan jadi Karamsingh Walia. So memang kena bahan la dengan aku dan rakan-rakan kat belakang. Jahat gila, korang jangan buat macam ni. Tak baik, dia kan guru kita. Nasib baik aku comel (tak pasal-pasal).

Aku biasa setiap kali exam, result aku boleh lah nak dikatakan cemerlang jugak lah. Subjek-subjek lain memang result ok, tapi result BI je selalu aku dapat D atau C. Aku serius ni, aku memang bendul BI sket. Aku tak tau pon apa itu benda-benda grammar macam Past Tense, Future Tense, Future Hubby dan sebagainya. Aku tak tau bila nak letak "s" ,atau bila nak letak "ed" dalam perkataan-perkataan BI ni. Aku pon tak tau apa beza 'a cat' dengan 'the cat' . Haduiy, teruk gila aku waktu tu. Contohnya kalau nama aku 'Mimpi', kalau aku ditanya soalan basic seperti "What is your name?", kan senang kalau aku jawab "My name is Mimpi" . Tapi dulu kenapa lah aku selalu jawab " The name of the me is Mimpi". Bendul teruk ni. Bajet advanced. Ptui.

Tapi walaupun cikgu Silva tu garang gila dan selalu pressure aku, aku tau yang dia lakukan semua tu untuk aku jugak. Dia nak aku belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat improve result paper BI aku. Biasalah, semua cikgu macam tu. Marah tu bukan maksudnya dia benci atau tak suka kita, tapi dia hanya nak kita sedar supaya kita boleh jadi yang lebih baik. Sebab tu wujudnya satu peribahasa yang berbunyi "Guru itu ibarat roda, kadang-kala di atas, kadang-kala di bawah". Amboi pelik bunyinya.

Cikgu Silva nampak bersungguh-sungguh nak aku skor A dalam subjek BI mase UPSR tu. Banyak latihan dan nota dia bagi kat aku pada waktu-waktu kritikal sebelum minggu UPSR nak mula. Waktu tu aku rasa pressure gila, walhal dia buat tu untuk kebaikan aku. Aku rasa makin tak suka dengan subjek BI. Last-last, bila result UPSR keluar, ternyata aku telah hampakan harapan dia. Aku hanya mampu dapat B je dalam paper BI. So result aku 4A1B, manakala Karamdeep Singh, Sathiya Narayanan dan Govinraja ketiga-tiga mereka mendapat 5A.

Aku frust jugak la dengan result tu. Sebab aku kalau boleh memang nak dapat 5A supaya memudahkan aku masuk ke asrama penuh. Tapi nak buat camana, takde rejekki.

Kepada cikgu Silva, kalau cikgu baca blog saya ni, saya mohon ampun dan maaf sebab telah mengecewakan harapan cikgu. Saya juga mintak maaf kerana selalu mengumpat cikgu kat belakang-belakang. Dan saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada saya. Terima kasih cikgu Silva, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

....................................................................................................................................

Macam tu lah story pasal English Education wa masa sekolah rendah dulu. Ye lah, dulu masa zaman wa tu, mana ada Astro, so tak banyak rancangan or program dalam bahasa Inggeris. Internet dengan komputer pon tak maju lagi, so lagi susah la nak improve BI kita ni. Kadang-kadang dulu masa cikgu Silva bagi kerja rumah, suh translate kan satu ayat ni kepada Bahasa Melayu, rasa macam susah gila babas nak buat. Kena bukak kamus dan cari satu-satu perkataan. Sekarang budak-budak senang je, guna je Google Translate. Tak aci betul la, aci kat kedai.

Sekarang wa punya BI still teruk, tapi takde lah seteruk "the name of the me is Mimpi" macam zaman hingus-hingus dulu tu. Cuma wa mengaku, wa punya lidah still keras nak sebut perkataan-perkataan English. Rasa kekok gila lidah ni, dan lidah wa selalu kene hamstring bila wa cuba nak speaking. So bila ada follower-follower wa mintak wa nyanyi lagu English, wa tak tau macamana nak tolak. Wa akan rasa macam diri ini macam bendul-bendul kalau nyanyi lagu English.

So, bagi menunaikan jugak permintaan folowers wa yang nak wa nyanyi lagu English, wa terpaksalah translate kan dulu lagu tu kepada Bahasa Melayu. Wa sebenarnya tak pandai jugak nak translate-translate ni , sebab wa kan ngokngek BI. So wa terpaksa menggunakan khidmat Google Translate.

So bila guna Google Translate untuk translate lirik English ni, dia punya ayat yang di Melayukan tu jadi macam pelik-pelik sikit. Haihh, nak wat camane,sebab wa memang da tak pandai sangat English-English ni, nyanyi je la apa yang Google Translate cakap tu. Setuju dan nyanyi bulat-bulat je laaa apa dia translate kan. Haduiyy..

Terimalah, Price Tag (Tag Harga).



Lirik Asal

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that
We're paying with love tonight...

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ah) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

We need to take it back in time,
When music made us all unite,
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one getting... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling
All right.



Lirik Google Translate

Nampaknya seperti semua orang mempunyai harga,
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka tidur pada waktu malam.
Apabila jualan itu datang pertama,
Dan kebenaran itu datang kedua,
Hanya berhenti, selama satu minit dan
Smile

Mengapa semua orang begitu serius!
Bertindak demikian sialan misteri
Ada warna mata anda
Dan tumit tinggi
Yang boleh anda tidak mempunyai masa yang baik.

Semua orang melihat ke kiri mereka
Semua orang melihat kepada hak mereka
Bolehkah anda merasa bahawa
Kami membayar dengan kasih sayang malam ini ...

Ini bukan soal wang, wang, wang,
Kita tidak memerlukan wang anda, wang, wang
Kami hanya mahu membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga

Tidak mengenai (ah) Cha Cha-Ching-Ching.
Tidak kira-kira (yeah) Ba Ba Bling-Bling
Ingin membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga.

Kita perlu mengambil ia kembali ke masa,
Apabila muzik yang dibuat kita semua bersatu,
Dan ia tidak pukulan rendah dan cangkul video,
Adakah saya satu-satunya ... letih?

Mengapa semua orang begitu obses?
Duit tidak boleh membeli kami kebahagiaan
Bolehkah kita semua perlahan dan nikmati sekarang
Jaminan kita akan berasa
Baiklah.

Nuff n Klik Sini!