Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Friday, October 28, 2011

Love Story : Cinta dan Malam Kita (Part 1)

"Sudahlah tu sayang.. Bawak bersabar ye .. Abang kan ada ni..", kataku pada dia, sambil mengusap-usap bahunya. Berharap agar dia akan lebih tenang dengan kata-kata pujukan ku itu. Memang inilah tugas aku, dan tanggungjawab diriku. Sebagai seorang suami, aku tak pernah jemu atau letih untuk memujuk dia ketika dia sedang bersedih atau berduka tentang sesuatu perkara.

Walaupun usia perkahwinan kami baru hanya menghampiri 5 tahun, sangat banyak cabaran dan dugaan yang telah datang menguji kekuatan rumah tangga kami. Aku memilih isteriku, Dira, sebagai teman hidupku 5 tahun dahulu, seikhlasnya kerana aku benar-benar mencintai dia, maka aku tinggalkan dan aku hapuskan semua cerita cintaku yang lain untuk membuktikan kesetiaanku padanya. Sebelum aku berkahwin dengan Dira, aku mempunyai sangat ramai kawan wanita atau scandal yang berada di sekeliling pinggangku. Maklumlah, aku adalah bekas seorang pemuzik yang agak dikenali. Setelah aku berjumpa dan berkenalan dengan Dira, segala-galanya telah berubah. Dira banyak mengajar aku erti kasih sayang dan maksud cinta yang sebenar. Aku belajar definisi sebenar perkataan “taat” dan “setia” seiring dengan hari-hariku yang aku luangkan bersama dengannya. Maka aku telah buat keputusan untuk melamar Dira dan terus meninggalkan gadis-gadis lain yang pernah wujud dalam diari hidupku Dan mungkin sebab itu juga, banyak pihak yang berdendam dengan aku, dan tidak senang melihat aku bahagia bersama Dira.

Pelbagai kata-kata fitnah dan tuduhan palsu ditaburkan kepada kami, tanpa kami tahu di mana asal-usulnya dan angkara siapa yang memulakannya. Yang pasti, semuanya tidak syak lagi, lahirnya dari perbuatan hasad dengki dari pihak-pihak ketiga yang tidak senang melihat kebahagiaan aku dan Dira. Aku sedar, sangat besar ujian yang Dira akan hadapi selepas berkahwin dengan aku yang merupakan seorang bekas playboy ini. Namun aku sangat bersyukur kerana Dira sangat mempercayai aku dan selalu berjanji setia untuk menghadapi segala cabaran bersama-sama dengan aku, walau apa jua yang bakal terjadi.

Namun, manusia tetap manusia. Yang mempunyai isi hati dan perasaan. Walau sekuat mana hati seseorang manusia itu, sudah tentu akan ada batasannya juga. Inikan pula hati seseorang manusia yang bernama wanita. Meskipun Dira seseorang yang sangat tabah, dia juga seorang yang sangat manja dan sensitif. Jadi perkara yang berlaku malam ini bukan sesuatu yang asing bagiku. Bila dia bersedih sebegini, akulah orangnya yang akan menenangkan hatinya kembali.

“Sayang.. Kita hadapi semua ni bersama, okay? Sayang jangan mudah mengalah dan putus asa ye.. Walau apa pun, abang akan ada di sisi sayang.. Abang akan selalu menyayangi sayang”, kata ku lagi, masih cuba untuk memujuk sang isteriku itu. Sayu aku melihat wajahnya yang sedang bermuram durja itu. Sambil memegang erat jari-jemarinya, aku menarik selimut di bawah kakinya dan aku litupkan tubuhnya yang sedang terbaring lemah di atas katil bilik tidur kami itu.

“Abang.. Kadang-kadang Dira rasa Dira tak mampu.. Walaupun Dira tau semua itu hanya fitnah semata, tapi Dira tak mampu menahan sedih bila orang sekeliling berkata sesuatu yang buruk terhadap abang.. Dira sayang sangat kat abang, Dira tak sanggup dengar semua tu abang…”, ujar sang isteriku. Tersentuh hatiku mendengar kata-kata dari insan yang sangat aku sayangi itu. Aku cuba menahan air mata kerana aku tidak mahu kelihatan lemah di depan isteriku yang sedang bersedih. Lagi-lagi kerana ini bukan masanya yang sesuai untuk aku mengalirkan air mataku. Kerana tugasku sekarang untuk menghilangkan kesedihan dia, maka aku tidak boleh turut serta menunjukkan kesedihan yang aku rasa.

“Sayang.. Sabar ye sayang.. Yang penting kita berdua tahu kebenarannya yang sebenar kan... Abang tak nak benda macam ni buat sayang abang ni takde semangat macam ni. Abang tak mahu sayang abang ni bersedih..”, kataku padanya sambil mengusap-usap rambut isteriku itu. Aku cuba berikan belaian yang terindah padanya untuk cuba meyakinkan dia bahawa aku akan selalu ada di sampingnya, aku akan selalu berada dalam hatinya walau apa yang berlaku.

“Cuba senyum sikit. Tak comel la sayang abang ni kalau buat muka sedih macam ni!”, Aku cuba mengusiknya dengan harapan dia akan rasa lebih bersemangat. “Tengok tu, pipi sayang dah tak tembam dah sebab buat muka sedih. Tenggelam dah pipi tu. Tak comel lah kalau tak tembam! Cepat senyum! Bagi dia tembam balik!”, ujarku lagi padanya. Dan usikan aku itu nampaknya berbuahkan hasil. Sang isteri mula mengukirkan sedikit senyuman walaupun senyuman itu nampak seperti “senyuman terpaksa” dan dibuat-buat.

Aku teruskan mengusiknya lagi. “Amboiyy, senyum tak ikhlas nampak. Siapa ajar ni? Abang tak pernah ajar sayang buat kerja-kerja tak ikhlas kan? Cepat senyum betul-betul. Sayang abang tak?”, kataku seolah-olah mengugutnya manja. Lalu dia membalas, “Kalau nak Dira senyum betul-betul, cepat nyanyikan “lagu tu”.. Nyanyikan ulang-ulang “lagu tu” sampai Dira tertidur. Cepat! Sayang Dira tak?”. Tersenyum aku mendengar kata-katanya itu yang seolah-olah mengajuk balik kata-kataku tadi.

Tanpa berfikir panjang, aku terus meregangkan tubuh badanku untuk menggapai gitar akustik ku yang selalu aku letakkan di sisi katil bilik itu. Setelah gitar buruk itu telah berjaya aku capai, aku pangkukan gitar itu di ribaku, dan aku berkata “Alah, setakat “lagu tu” , lapan juta kali abang boleh nyanyikan untuk sayang lah. Basic sangat kot.”. Isteriku terus tersenyum manja mendengar kata-kataku. Sejuk hatiku bila memandang senyumannya yang bagiku seindah mutiara itu.

Itulah antara sifat semula jadi isteriku yang manja ini. Sangat sensitif, sangat mudah tersentuh namun jika kena caranya, sangat mudah untuk hatinya dipujuk. Dan aku sangat bersyukur kerana mempunyai bakat bermain muzik dan menyanyi untuk aku hiburkan isteriku itu disaat dia sedang berduka. Dan telah menjadi kebiasaan bagiku, jika dia bersedih, dia akan selalu meminta aku menyanyikan kepadanya “lagu itu”. “Lagu itu” merupakan sebuah lagu yang aku tuliskan khas untuk dirinya, sebagai lagu penemannya jika dia bersedih ketika mahu masuk ke alam lena.

Aku tahu aku hanya insan biasa, aku tidak mempunyai mukjizat atau kuasa luar biasa yang membolehkan aku masuk ke dalam alam tidur seseorang. Jika insan yang aku sayang itu telah masuk ke alam mimpinya, aku tidak mampu untuk ikut sekali menyelami dunia ilusi itu. Jadi aku tidak tahu apa yang dia akan alami ketika berada di alam lena tersebut. Mungkin dia akan dibawa ke alam mimpi yang indah. Mungkin juga dia akan diheret masuk ke alam mimpi yang menakutkan dan menyedihkan. Aku sebagai manusia biasa tidak mampu mengawal perkara-perkara tersebut.

Namun, aku sangat-sangat tidak mahu melihat dia bersedih meskipun hanya di alam mimpi. Maka “lagu itu” aku tuliskan untuknya, dengan harapan aku akan menjelma dan muncul di dalam tidurnya untuk terus menjadi pelindung dirinya. Bersama dengan kelamnya hening malam, aku memohon agar terus diberikan peluang untuk melindungi permaisuri hatiku itu.

Maka, aku mula nyanyikan “lagu itu” padanya.. Dengan diiringi petikan gitar tua itu, aku nyanyikan dengan penuh kasih sayang dan cintaku. Aku menyanyi dengan sepenuh hatiku, dengan sepenuh jiwaku. Aku terus menyanyi dan menyanyi sehingga aku mendengar dengan jelasnya suara nafasnya yang telah lena dibawa arus mimpi.

Seketika aku hentikan nyanyian ku itu, dan aku rapatkan bibir ke dahi isteriku untuk memberikan kucupan malam sebagai pengganti ucapan rinduku padanya. Seterusnya, aku merapatkan bibirku ke telinganya dan aku bisikkan perlahan-lahan kepadanya….”SELAMAT MALAM CINTA….”

Aku memangku gitarku kembali dan aku teruskan menyanyi berulang-ulang kali “lagu itu” . Lagu yang penuh makna bagi kami berdua… Lagu bertajuk “Selamat Malam Cinta”.


Selamat Malam Cinta

(A lullaby song)


Lagu: Encik Mimpi
Lirik: Encik Mimpi

Sebelum kau terlena
Dengarkan irama ku
Sebagai peneman rindu
Mengharungi malam mu

Hilangkan resah hati mu
Hilangkan duka jiwa mu
Yakin ku ada di sisi
Temani mimpi-mimpi mu

Malam, ku meminta kepadamu
Lindungi permaisuri ku
Ku sungguh menyayangi nya

Sayang, pegang erat jemariku
Dan jangan kau lepaskannya
Ku kan ada di sisi mu
Selamat Malam Cinta

P/s: Segala jalan cerita dan watak di dalam penulisan ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan hidup Rosdi, Talib ataupun Marwan. Atau Michael .


66 comments:

  1. wah ada bakat berkarya ..good job!!

    ReplyDelete
  2. superb , =) , keep posting Encik Mimpi.

    ReplyDelete
  3. wah!!! sweeettttt sgt! :)
    suke! >.<

    ReplyDelete
  4. hambuyy....!!! sakan ye wt cte.... nie brangan ke hape...? kehkehkeh...! anyway gud job la bro...! troskan... lau na jd novelis aq ley knl kn kt someone (anis ayuni)... cikgu aq je tuh.... btol nie... ta tpu...!

    -mirazaty-

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Suka dengar lagu ni..pandai En Mimpi gubah lagu.. Sweet sgt2... :)

    ReplyDelete
  7. wah...encik mimpi dah buat novel la plak...suker suker suker ;)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Berminat nak tulis cerpen atau novel? Hehe.

    ReplyDelete
  10. ahhh...terasa sangat jeles.. kenapa? entah.. tapi tiap kali datang sini dgr lagu2 encik mimpi, boley sott kejap saya..hehe
    semua lagu best!! bertuahnya Dira dalam cerita tu...

    ReplyDelete
  11. romantik kot cte En.Mimpi...best!!

    ReplyDelete
  12. cerita best lagu lagi best!
    call it jiwang or whatever
    but i like it! :)

    ReplyDelete
  13. suke sunggoh la ngan encik mimpi ni..dari lagu cinta facebook dulu kot..adooii..cair!

    ReplyDelete
  14. Saya jatuh hati :P

    http://much2love.blogspot.com/2011/10/lelaki-dan-gitar-saya-suka-encik-mimpi.html

    ReplyDelete
  15. Please jgn buat mcm ni lagi..
    -Dira

    ReplyDelete
  16. Encik Mimpi tulis cerpen? Oh my~ Tertukar minat dah ke? (^_^)Y

    ReplyDelete
  17. best lagu2 ang ni.. nak tanye..hang record guna ape? soung clear habis beb!

    ReplyDelete
  18. wah.... siapalah agaknya 'Dira' Encik Mimpi... romantik lah lagu nie

    ReplyDelete
  19. wah, sgt sweet...lgu pun kena dn citer...keep it up...;)

    ReplyDelete
  20. cubaan yang baik...teruskan cerita tu ye encik mimpi... ^_^

    ReplyDelete
  21. kalau aku mesti macam dah merah pipi tersipu-sipu dengar husband nyanyi lagu cegini :D hahaha :P

    ReplyDelete
  22. cop2..ni part 1 kan?? so,ade part 2 kee?? hah?? saye tertanye nih..

    ReplyDelete
  23. 3 hari lepas aku dtg sini, Encik Mimpi single lg.. arini baca2 je ternampak "Walaupun usia perkahwinan kami baru hanya menghampiri 5 tahun" hahaha.. but good job.. harap2 ada komposer yg perasan video2 lu bro..

    ReplyDelete
  24. sangat kreatif dan antara blog yg terbaik awok ikut...bangga awok ade orang2 muda yang hebat nie...keep it up bro!! caiyok2 gambate~ ^.^ -smile-

    ReplyDelete
  25. knp xtry buat novel??

    ReplyDelete
  26. try buat story lak.. kdg2 dgn dgr lagu je dh dpt ilham untk wat citer... that me..

    ReplyDelete
  27. THIS IS REAL STORY.

    ReplyDelete
  28. kamu!!! lamanya blog ilang2 :))

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum.. thankss kepada smue yang komen.. sorryyy nak reply satu-satu mmg En Mimpi xlarat. just nk ckp tenggggkyuuu sgt2 sbb menyokong n mendengar lagu2 En Mimpi. ade yg tanye kenape tulis cerpen. entah, sy kan blogger, so sy menulis ape2 je yg saya rasa nak tulis. maen hentam je tulis2 citer ni. thanks kepda yg suke. n insyaAllah akn ade sambungan part 2 atau mungkin ade drama kat slot akasia tv3. pandai2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Mimpi.,
      Wlupun bukan lagu ni jd ost drama tv3 but awk lungs cerpen almost sama dgn drama playboy tu.. hmm after few years.. anyway, congrats! ~~

      Delete
  30. assalamualaikum,.. encik mimpi, sy suka sngat dengan lagu2 encik mimpi, memang power la,.. satu perkara sy nk bgitahu, sy pelajar uitm n skrang lam proses nk wat short film,. kami memerlukan lagu OST utk short film kami tuh,. utk final projek,. lau encik mimpi xkeberatan boleh ker encim mimpi mencipta sebuah lagu untuk kami pnyer short film tuh,. lau encik mimpi setuju,.. encik mimpi bolehla email kat sy di uitmhelmi@yahoo.com nanti kita blh bncang sal tema n bnda lain lgi,. thanks,.

    ReplyDelete
  31. yehooo..best2 lagu tu,...
    smpai nk terlena daku dgr di petang hari ini...

    ReplyDelete
  32. Wahaha .. harap ini bukan kes berangan sudah lha ehh .. :) btw , sweet sangat , Encik Mimpi .. :-)

    ReplyDelete
  33. sweet macam coklat..
    dan coklat ini sedang cair~~
    uurrgghh.. XD

    ReplyDelete
  34. waaaaaaaaaaa...suka..suka...!!
    >_<..sampai telena tetido..bila tedengar irama lagumu!!!...hahahahahah

    ReplyDelete
  35. waahhhh !! terbuai dengar lagu ni, best sgt ! suka dgr suara anda (:

    ReplyDelete
  36. :) i like..i like.. i like.. :)

    ReplyDelete
  37. best ! hehari ku dgar lagu nyh taw ! teheee

    ReplyDelete
  38. ...miz dngan sme1 yg pnah nyanyi lgu ny 2k sy....

    ReplyDelete
  39. lagu nie membuat aq terasa rindu sgt2 kat bf ku yang jauh di sana..huhuhu..sedihnya.. :(

    ReplyDelete
  40. Ya Allah...sapew lhaa yg beruntung dpt Encik Mimpi nieyh.....lelaki idaman wanita.....romantik....sweet...

    ReplyDelete
  41. salam . cair dengar lagu En. Mimpi :) suka sangat . tambahtambah heroin dia nama Dira . dengan perwatakan pun sebijik. huhu terperasan kejap . sorry ye :)

    ReplyDelete
  42. Hai encik mimpi, lama tak masuk sini lepas bloglist hilang :p First time saya dengar lagu ni kat youtube, saya ulang -- ulang dari pkl 2pg sampai 4++pagi.

    Sekarang sambung lagi kat ofis ehehe.

    ReplyDelete
  43. Sumpah best lagu ni! Hope Encik Mimpi will sing this song for me before go to sleep ;p
    perasan jeh :P
    untung la gf encik mimpi sbab ada pkwe y macho dan suara y peh! tataw nk kata apa dah. haha >.<

    ReplyDelete
  44. When someone writеs an article hе/she keеps the plan
    of a user in his/her brаin that hοw a uѕеr сan unԁerstanԁ it.
    Therefore that's why this post is amazing. Thanks!

    my web-site :: diet plan

    ReplyDelete
  45. Hi there, You've done a fantastic job. I'll definitely digg it and peгsonally
    recommend tо my friends. I'm sure they will be benefited from this website.

    my homepage - hcg extreme

    ReplyDelete
  46. waaaa....bestttt !!!
    lgu pun d best ever...
    wish luck for ur career n life e.m..

    ReplyDelete
  47. mainkan pkv games untuk raih bonus hingga jutaan disini. kunjungi 180.215.200.34

    ReplyDelete

Nuff n Klik Sini!