Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Sunday, October 16, 2011

Pembukaan (Al-Fatihah)

Alhamdulillah. Maaf jika begitu lama menyepi. Baru-baru ni besar rezeki yang Allah berikan pada aku. Aku tak tahu apa sebenarnya usaha yang aku betul-betul dah buat, tapi Allah telah kurniakan aku rezeki yang cukup hebat. Semua pujian dan kata-kata pujaan terhadap aku, aku cuba letakkan pada tahap terendah sebab aku sedar segala puji itu hanyalah untuk-Nya. Ya Allah, jauhilah aku dari sifat takbur dan riak. Tak kurang juga kata-kata tomahan dan kata-kata kesat pun aku dapat jugak lah satu set lengkap. Alhamdulillah juga, sebab aku tak tergolong dalam golongan yang suka menghina dan mengkeji seperti itu.

Surah "Al-Fatihah". InsyaAllah kita akan baca setiap hari terutamanya dalam solat lima waktu kita. Heh. Aku bukan bagus sangat. Belum cukup lagi ilmu aku nak ajar korang semua. Cuma ini sebagai ingatan kepada aku sendiri dan aku fikir mungkin boleh kongsi sekali dengan korang. Kita mungkin baca surah ini setiap hari, tapi mungkin kita akan dapat hayati solat kita tu dengan lebih baik jika kita tau maksud surah itu sendiri. Aku tak pandai sangat hal-hal agama ini, tapi aku still tau lagi mana yang buruk dan mana yang baik untuk kita berkongsi bersama.

Al-Fatihah bermaksud "pembukaan". Jadi aku berikan tajuk "Pembukaan" kepada lagu ini. Harap kita semua dapat amalkan bersama dan semoga lebih dapat menghayati solat-solat kita. Juga nasihat untuk diri sendiri untuk menjaga solat di bumi asing ini. InsyaAllah.


Pembukaan




Ya Allah
Dengan menyebut nama-Mu
Maha Pemurah
Nama-Mu Maha Penyayang
Oh Tuhan

Segala puji bagi Mu
Pencipta semesta alam
Tuhan yang Maha Pemurah
Maha Penyayang

Engkau yang miliki
Engkau yang adili
Di Hari Pembalasan Nanti

Hanyalah pada-Mu
Ku beri sembahku
Kami memohon hanya pada-Mu

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan di mana Kau berikan nikmat
Bukan mereka yang Kau murkai
Bukan juga yang sesat di hati

P/S: Lirik diolah mengikut kesesuaian melodi namun mengekalkan maksud asal surah tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila rujuk gambarajah di bawah. =)





Nuff n Klik Sini!