Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Tuesday, November 1, 2011

Tak Reti Speaking, Ada Apa Hal?

Assalamualaikum semua.

Inilah masalah aku. Aku tak pandai berbahasa Inggeris la geng. Camane ahh? Lidah aku ni memang lidah melayu tulen la, keras gila nak sebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris ni. Keras macam otot brother iklan Ridsect. Haduiiy,tak macho gile, nak buat camane, naseb baik comel.

Aku bukan apa, yang buat aku tak pandai BI(Bahasa Inggeris) ni ada banyak perkara yang mempengaruhi. Salah satunya mungkin tekanan perasaan masa aku kat sekolah rendah dulu. Seperti yang korang sedia maklum, aku dulu bersekolah kat sebuah sekolah gay Methodist kat area KL ni. Memang gay sebab student semua lelaki sahaja, melainkan beberapa guru dan makcik kantin yang berjantina wanita. Dah kata makcik, mesti lah wanita. Teruk.

Waktu aku darjah 1 sampai darjah 6, result BI aku memang hancus kawkaw sebab aku memang tak pandai subjek tu. Maklumlah, melayu tulen, kat rumah memang tak cakap BI langsung laa. Ada pulak abah nak speaking ngan aku. Macam geli je kalau abah tiba-tiba try-try nak menggedik speaking ngan kitorang adik-beradik.Cari pasal pulak abah ni. Abah ngan mak orang perak, so kitorang kalau kat rumah kalau tak cakap bahasa KL, akan cakap dialek-dialek Perak sikit dalam perbualan harian. Lawak jugak perkataan "dialek" ni.

Nak dijadikan cerita, masa darjah 6, aku lah satu-satunya murid melayu yang diharapkan untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Sebab waktu tu, selain aku, takde murid melayu yang boleh bersaing dengan Karamdeep Singh, Sathia Narayanan, dan Govinraja. Tiga nama ni adalah top student kat sekolah aku masa aku darjah 6 tu. Aku selalu berada di belakang tiga-tiga budak ni kalau dalam apa-apa peperiksaan. Result paper-paper aku sebenarnye memang boleh bersaing dengan dorang bertiga, tapi paper BI je aku kalah dengan dorang. So aku akan senantiasa berada di belakang dorang dalam setiap musim exam. Cis.

Tambahan pula, mantap gila penandawacana. Tambahan pula, waktu tu ada seorang cikgu ni selalu dan suka sangat "psycho n pressure" (PnP) aku. Nama cikgu tu adalah cikgu Silva Nathan, dialah yang mengajar aku subjek BI waktu aku darjah 6 tu. Dia agak garang, pastu dia macam selalu sangat attack aku dalam kelas dia tu. Aku selalu mengumpat dia dengan kawan-kawan aku, sebab kalau dia berbahasa melayu memang lawak gila nada dia. Lagi lawak dari Johan jadi Karamsingh Walia. So memang kena bahan la dengan aku dan rakan-rakan kat belakang. Jahat gila, korang jangan buat macam ni. Tak baik, dia kan guru kita. Nasib baik aku comel (tak pasal-pasal).

Aku biasa setiap kali exam, result aku boleh lah nak dikatakan cemerlang jugak lah. Subjek-subjek lain memang result ok, tapi result BI je selalu aku dapat D atau C. Aku serius ni, aku memang bendul BI sket. Aku tak tau pon apa itu benda-benda grammar macam Past Tense, Future Tense, Future Hubby dan sebagainya. Aku tak tau bila nak letak "s" ,atau bila nak letak "ed" dalam perkataan-perkataan BI ni. Aku pon tak tau apa beza 'a cat' dengan 'the cat' . Haduiy, teruk gila aku waktu tu. Contohnya kalau nama aku 'Mimpi', kalau aku ditanya soalan basic seperti "What is your name?", kan senang kalau aku jawab "My name is Mimpi" . Tapi dulu kenapa lah aku selalu jawab " The name of the me is Mimpi". Bendul teruk ni. Bajet advanced. Ptui.

Tapi walaupun cikgu Silva tu garang gila dan selalu pressure aku, aku tau yang dia lakukan semua tu untuk aku jugak. Dia nak aku belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat improve result paper BI aku. Biasalah, semua cikgu macam tu. Marah tu bukan maksudnya dia benci atau tak suka kita, tapi dia hanya nak kita sedar supaya kita boleh jadi yang lebih baik. Sebab tu wujudnya satu peribahasa yang berbunyi "Guru itu ibarat roda, kadang-kala di atas, kadang-kala di bawah". Amboi pelik bunyinya.

Cikgu Silva nampak bersungguh-sungguh nak aku skor A dalam subjek BI mase UPSR tu. Banyak latihan dan nota dia bagi kat aku pada waktu-waktu kritikal sebelum minggu UPSR nak mula. Waktu tu aku rasa pressure gila, walhal dia buat tu untuk kebaikan aku. Aku rasa makin tak suka dengan subjek BI. Last-last, bila result UPSR keluar, ternyata aku telah hampakan harapan dia. Aku hanya mampu dapat B je dalam paper BI. So result aku 4A1B, manakala Karamdeep Singh, Sathiya Narayanan dan Govinraja ketiga-tiga mereka mendapat 5A.

Aku frust jugak la dengan result tu. Sebab aku kalau boleh memang nak dapat 5A supaya memudahkan aku masuk ke asrama penuh. Tapi nak buat camana, takde rejekki.

Kepada cikgu Silva, kalau cikgu baca blog saya ni, saya mohon ampun dan maaf sebab telah mengecewakan harapan cikgu. Saya juga mintak maaf kerana selalu mengumpat cikgu kat belakang-belakang. Dan saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada saya. Terima kasih cikgu Silva, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

....................................................................................................................................

Macam tu lah story pasal English Education wa masa sekolah rendah dulu. Ye lah, dulu masa zaman wa tu, mana ada Astro, so tak banyak rancangan or program dalam bahasa Inggeris. Internet dengan komputer pon tak maju lagi, so lagi susah la nak improve BI kita ni. Kadang-kadang dulu masa cikgu Silva bagi kerja rumah, suh translate kan satu ayat ni kepada Bahasa Melayu, rasa macam susah gila babas nak buat. Kena bukak kamus dan cari satu-satu perkataan. Sekarang budak-budak senang je, guna je Google Translate. Tak aci betul la, aci kat kedai.

Sekarang wa punya BI still teruk, tapi takde lah seteruk "the name of the me is Mimpi" macam zaman hingus-hingus dulu tu. Cuma wa mengaku, wa punya lidah still keras nak sebut perkataan-perkataan English. Rasa kekok gila lidah ni, dan lidah wa selalu kene hamstring bila wa cuba nak speaking. So bila ada follower-follower wa mintak wa nyanyi lagu English, wa tak tau macamana nak tolak. Wa akan rasa macam diri ini macam bendul-bendul kalau nyanyi lagu English.

So, bagi menunaikan jugak permintaan folowers wa yang nak wa nyanyi lagu English, wa terpaksalah translate kan dulu lagu tu kepada Bahasa Melayu. Wa sebenarnya tak pandai jugak nak translate-translate ni , sebab wa kan ngokngek BI. So wa terpaksa menggunakan khidmat Google Translate.

So bila guna Google Translate untuk translate lirik English ni, dia punya ayat yang di Melayukan tu jadi macam pelik-pelik sikit. Haihh, nak wat camane,sebab wa memang da tak pandai sangat English-English ni, nyanyi je la apa yang Google Translate cakap tu. Setuju dan nyanyi bulat-bulat je laaa apa dia translate kan. Haduiyy..

Terimalah, Price Tag (Tag Harga).



Lirik Asal

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that
We're paying with love tonight...

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ah) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

We need to take it back in time,
When music made us all unite,
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one getting... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling
All right.



Lirik Google Translate

Nampaknya seperti semua orang mempunyai harga,
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka tidur pada waktu malam.
Apabila jualan itu datang pertama,
Dan kebenaran itu datang kedua,
Hanya berhenti, selama satu minit dan
Smile

Mengapa semua orang begitu serius!
Bertindak demikian sialan misteri
Ada warna mata anda
Dan tumit tinggi
Yang boleh anda tidak mempunyai masa yang baik.

Semua orang melihat ke kiri mereka
Semua orang melihat kepada hak mereka
Bolehkah anda merasa bahawa
Kami membayar dengan kasih sayang malam ini ...

Ini bukan soal wang, wang, wang,
Kita tidak memerlukan wang anda, wang, wang
Kami hanya mahu membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga

Tidak mengenai (ah) Cha Cha-Ching-Ching.
Tidak kira-kira (yeah) Ba Ba Bling-Bling
Ingin membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga.

Kita perlu mengambil ia kembali ke masa,
Apabila muzik yang dibuat kita semua bersatu,
Dan ia tidak pukulan rendah dan cangkul video,
Adakah saya satu-satunya ... letih?

Mengapa semua orang begitu obses?
Duit tidak boleh membeli kami kebahagiaan
Bolehkah kita semua perlahan dan nikmati sekarang
Jaminan kita akan berasa
Baiklah.

105 comments:

  1. mak aih...transLate terus dari googLe...pandai ! aLahai...CG duLu pon engLish berterabur...Lintang pukang sebut...tapi practise makes perfect okay =)

    ReplyDelete
  2. errkkk..bila marah dlm BI,dh mcm ckp siam pulak rasanye.

    ReplyDelete
  3. Upsr sy hanye dpt 3A2B je..
    B tok bi n bm... msalh bhse tu,,
    bhahahhahahha

    ReplyDelete
  4. google translate is the best u know ! hahaha

    ReplyDelete
  5. hakhakkk...lawaksss gle hokehhh!!1

    ReplyDelete
  6. tetap berusaha walaupun ta pandai BI . heee (:

    ReplyDelete
  7. "jap...scroll down, scroll down, ok!" haha!

    ReplyDelete
  8. Haha! No wonder lar cam cuak je bila request lagu english.. hehe.. tapi sedap gak.. ok je dengar walaupun merepek sikit.. hehe.. panjang lak ek pernafasan encik mimpi? hebat3! :D

    ReplyDelete
  9. funnnnehhh ! hahaha, seriously cool ! ;)

    ReplyDelete
  10. hahaha...nice la~ haha :D (x henti ketawa)

    ReplyDelete
  11. haha..lagu 2 seram kaka dengar.. :p

    ReplyDelete
  12. sweet tp cm pelik ckit...hehe :)
    pas nie transate la tok bhsa perak lak...

    ReplyDelete
  13. kahkahkahakahakahakahkaha walla~~!!

    ReplyDelete
  14. HAKHAKHAKHAKHAK... gile berdekah dengar...
    adeyh... sengal betol.. gud job dude!

    ReplyDelete
  15. google translate sangat teruk...
    baru dpt tau makne video hoes tu..
    half naked gurlz dalam music videos..
    hamek..fail tol google translate...

    ReplyDelete
  16. kahkah.. lawak gila kot..! mantopp! hehe
    lidah keras cam saya gak faktor utama suka makan sambal belacan.! boleh?? haha :)

    ReplyDelete
  17. hahaa cool lah lu bro! KEEP IT UP. wa bangga sama lu

    ReplyDelete
  18. hahaha. comel- enough said!
    BRO, UPSR kita sama laa. tapi yg b tuh bm (penulisan) :p

    ReplyDelete
  19. hehe...terbaik r....same r..bi pon kureng...hehe....pape pon sore awk mmg best..:p peace..

    ReplyDelete
  20. kelakar habis...good work mcdreamy..:-)

    ReplyDelete
  21. hahaha kelakar habis la beb... good try bro... Jangan risau, student Phd dari iran kat U saya dulu pun guna google translate nak wat research paper diorang sampai pensyarah pening nak baca...so selamat berjaya ok...

    ReplyDelete
  22. cha ching! cha ching! hakhakhakhakhakhak!! funny,cute,cm sakai pown adee..sebutan "world" uhuhuhu..cntik2..google translate x blh pakai laaa..:p

    ReplyDelete
  23. erk?cangkul video?tarian dunia?hahaha..lawak oiii..hadoi..

    ReplyDelete
  24. okeyh..maaf maaf...lawak ! hahahaha...turbo je nyanyi tu...cha ching pun macam cacing je..hehehhehe....ampun encik mimpi...hahaha...#gelakgulingguling

    ReplyDelete
  25. bhahahahahahahahahhahahahhahhahaha~~

    ReplyDelete
  26. dapat kat A. Samad Said ni mesti gelak gila2 dia...

    ape2 pun bro bahasa jiwa bangsa... apa bangang belajar BI kat subjek math dengan sains...

    ReplyDelete
  27. waduh bro...jangan diguna lagi pakcik google nie.. pening bebenor awok mengdengornye... hehe~ ^.^ -ibtisamah-

    ReplyDelete
  28. sore sdap. lawak lol... cm org xbtol gelak sorang2. hehe xsbo tunggu lagu trbaru dri en mimpi

    ReplyDelete
  29. cover lagu Pokok - Hazama, MUH boleh?
    for me? ;)

    ReplyDelete
  30. gelak guling2. HAHAHAHA! u mke my day encek mimpi

    ReplyDelete
  31. Hahahaha..Adoi..mmg lawak..Hahaha tapi sweet je :)

    ReplyDelete
  32. kah3,dah macam keli** ayat bila tukor dgn google translate.lawak2.

    ReplyDelete
  33. encik mimpi...
    teringin sangat nak dengar encik mimpi nyanyi lagu percaya paddaku~ungu....
    please encik mimpi...
    hehehe...
    btw,you are the best ! :)

    ReplyDelete
  34. typo....
    *padaku...
    hehehe..
    blh ye encik mimpi...:)

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. style lah kamuuu!! hahaha ....terbaekkk!!!

    ReplyDelete
  37. hai2...hehe...cm nilah sng kalo nk learn english nie.senang yo...dgr lagu english....then print out lirik lagu ue...then study lah..bukak kmaus...dari situ pun dah boleyh reti dah...n bnykkan dgr stesen radio english jugak...n kate encik mimpi jugak,melayu tulen kan..ngklah drama melayu...skunk kan ade drama melayu yang sediakan subtitle english..bace dri situlah..nanty phm..itulah care pengajaran bahase english terbaik..n banyk2 ngk u tube....bnyk dgr arvil lavinge sbb lirik lagu dye kebnykkan nye mudah dan gunakan english yg mudah....trylah ye..hehe...

    tips dri budak sekolah menengah!!

    ReplyDelete
  38. persetan kan jer bahasa omputeh tuu. suara awak sedap gilaaaaa!

    ReplyDelete
  39. boleh la...lalalala

    ReplyDelete
  40. wahaha . terbaik laa cik mimpi ! Bi tak pandai takpe, BM kena fasih la kan . lagu tu best sangat, penat gelak tadi . haha

    ReplyDelete
  41. En Mimpi!! Nak sign??? hahahaha terbaikkk giler la,part last 'world' tu sgt me'mengsankan' aku XD

    ReplyDelete
  42. woRRRRRRRld dance...kekeke...nak belajar cakap BI boleh belajar melalui video,encik mimpi terbaik :D

    ReplyDelete
  43. "cangkul video" "Tarian Dunia"....my fav words. haha....sakit perut aku ketawa tengok video kau nih...haaaaaa

    ReplyDelete
  44. Minat gler dgn lagu2 encik mimpi .. Mmang TERBAIK .. Ahaha .. Anyway ,, keep it up ! Lagu price tag ni lawak siot .. X pernah jemu dgr .. =)

    ReplyDelete
  45. hhehee.. comel jer en mimpi ni..sedap suara!! ketawa terbahak2 sy dgr.. thnks ceria kn hari sy~ :D

    ReplyDelete
  46. oit, x sedap r lagu ni
    sakit telinge pk cok dengor

    ReplyDelete
  47. bhahahhahahhah......googlate!...

    ReplyDelete
  48. hahhaa!terbaik translation dia.. apepun aku rasa lagu ko comel gila encik mimpi..plus.. citer ko zaman sekolah same mcm aku. tapi aku subject math la yang buat hal.. haha!

    ReplyDelete
  49. erm,
    mcm pengalaman aku lemah BI kat skolah dlu...

    ReplyDelete
  50. Gempak habis lagu dia , Encik Mimpi oii ..
    haha .. :') menangis saya dengar ..

    ReplyDelete
  51. HAHAHA ! bodh plusplus pnya lagu ! asyek tergelak jea aku :)

    ReplyDelete
  52. tesembur air kopi yg wa minum kt screen bile tarian dunia tu..hamlaoo btol..kah kah kah. seb bek xde sebut beatles..kalo d google translate an jd siti nurhaliza....

    ReplyDelete
  53. IT'S OK EN MIMPI!....DUN GIVE UP!!!...
    CHAYOK!....KAMU PASTI BOLEH..HIHIHIIH..:)

    ReplyDelete
  54. bro, tq sbb berjaya memecahkan isi perut aku ktawa malam2 ni.. ntah pontianak pn mengaku kwn dgr aku ketawa..job well done beb.. ko memang pro..masuk raja lawak la ble? hahahaa

    ReplyDelete
  55. "uhm,one more lah".TERBAIK WOOOOOOOOOO~

    ReplyDelete
  56. lawak lagu ni. "mende cangkul video" <-- hahaha lawak

    ReplyDelete
  57. muahahahaha :)) aku dgr cacing aje =))

    ReplyDelete
  58. Tahniah buat encik mimpi yang berjaya membuat sy pening dgr lirik anda! hahahaha .. anda buat sy terpksa mkn ubat brhnti ktwaaa ..
    nice try encik mimpi ..
    sy ske part scroll down ..
    errrr kte x pndai english..
    tp ok je sbut ..
    just ble dh sbut ,.,
    terover plak ..
    hehehe
    sawadikap buat encik mimpi ..
    errr encik gile2 ..
    sy ske cacing2!
    dun wury ..
    bg sy x heran cacing2 tu ..
    sbb kalau org snap pix pn ..
    akn dgr seakan2 cacing2 ..
    glad to know encik mimpi ..
    Mr. Dream :)
    -Chika-

    ReplyDelete
  59. oh ya .. terasa nak request lgu .. boleh x encik mimpi nyanyi lgu twinkle2 little star?
    pasti seronok! :)

    ReplyDelete
  60. terrrrrbaeekk!!!!!!!!!!!!!!!!
    nice song n sgt2 lawak then wat aye ilang stress nk exam jap...huhuhu
    pape pon...thanks bro... nice song! <3 it!!

    ReplyDelete
  61. en mimpi..nk kord lagu dalam diam ku mencintaimu bleh x...it nice song..sesuai sngt ngn dri aku ni...

    ReplyDelete
  62. ehem .. nak gelak kjp .. (EM=ENCIK MIMPI) EM ce ko traY translate lgu what do u want from me by adam lambert.. :D then ko mainkan lagu tu.. :D hehe

    ReplyDelete
  63. haha! so funny! boleh sempat ckp laju2 lagi! hakhak!

    ReplyDelete
  64. wahahaha... saye dh cam owg giler dh... gelak sorang2... haha.. =)

    ReplyDelete
  65. kelakar giler lagu ni..'TAG HARGA'..haha...

    ReplyDelete
  66. hahahhaha comel!!! boleh tak nak lempang!

    ReplyDelete
  67. berjaya buat sya ketawa.. :D
    boleh tuition BI dgn sya...

    ReplyDelete
  68. Price Tag Version Melayu . . . Harap boleh buat lebih hebat dari ini . . . I like . . . Kalo nak Share Pon x Rugi ni . . .

    ReplyDelete
  69. hehehehe encik mimpi stady ober-c kat ne ye??out of question sy ni hehehehhe curioss!!tolong jawab ye....peh-liss.....

    ReplyDelete
  70. hahahha,, lawak btol la,,,,

    ReplyDelete
  71. haha....result upsr kitew same la... (ade jodoh!)haha.

    ReplyDelete
  72. hahaha..ak pon bongok jgak BI..UPSR BI dpat B..PMR pon BI dpat B..SPM pon dpat 3B jgak BI..brbelas taun blajar pon ak x reti2 jgak english..

    ReplyDelete
  73. Ya Allah, tergelak guluin guling. Hahahahaha. Nice one. The name of the me is Mimpi. Bhahahahaha

    ReplyDelete
  74. Ikutkan apa yg saya blajar dkat skolah,mana ada~future hubby...

    ReplyDelete
  75. ekekke...kalo translate gna Google mmg tunggang terbalik cket ayt dia..wakak..lawak2..hehe..

    sma la kita..BI tah pape..still now,x ley lwn owg len..hoho..wlpn kt U lecturer dh ajr smla..kiki.. :p

    ReplyDelete
  76. haha pape pon suare ohsem ! ;)

    ReplyDelete
  77. hahaha, gelak guling2 jap dgr, comel betul google trnslate ni, hehe

    ReplyDelete
  78. hahahahah gua bace pun gelak2 ar!!! tp gua dah masuk U pun bi hancur...klu present ..pakat bedal..janji comfiden tinggi..hahahaha

    ReplyDelete
  79. Encik mimpi yg sangat lucu ;-)

    ReplyDelete
  80. dengar cita IIC nak tutup? cewah tetibe :DDDDD

    ReplyDelete

Nuff n Klik Sini!