Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Wednesday, November 9, 2011

Masalah Masalah Masalah .....

Adik rasa kat dalam dunia ni, adik sorang je yang sedang mengalami masalah yang sangat serius macam ni sekali. Pensel kaler adik hilang. Adik nanges kuat-kuat sebab pensel kaler kesayangannya tak dijumpai, dia tak tahu siapa yang ambil atau siapa yang sorokkkan. Adik sangat sedih dan merasakan dunia ini tidak adil bagi dia. Dia terus menangis dan terus menangis.

Abang balik dari sekolah, dengar adik nangis. "Eh bising la adik.. Janganlah memekak kat dalam rumah ni. Kalau nak memekak pergi kat zoo laa.. Bising je.",marah abang pada adiknya tu. Abang tension gile, balik-balik je ada orang memekak kat rumah. Dahlah kat sekolah tadi dia baru je kene marah dengan cikgu, sebab tak siap kerja rumah yang telah cikgu bagi semalam. Pastu cikgu suruh buat balik kerja rumah tu dalam 10 salinan, sebagai denda tak siap kerja rumah tersebut. Dan kerja rumah 10 salinan tu kene hantar pada hari esok juga. Mana abang tak tension. Abang pon ada masalah.Abang rasa macam dunia ni tak adil, cikgu hukum dia macam tu sekali.

Bila dengar abang marah-marah adik macam tu, kakak tiba-tiba muncul dan marah abang balik. "Weh, tak payah lah sampai terpekik-pekik kalau nak marah adik sekalipon. Tak nampak ke akak tengah study ni... Bengang betul laa.. Tak pandai hormat orang langsung.", kata kakak dengan nada yang agak tinggi. Kakak next week akan ambik peperiksaan SPM, so agak tension kalau ada orang bising-bising kat rumah time dia tengah study. Result dia masa Trial SPM haritu drop kaw-kaw, sebab dia ada problem sikit dengan boyfriend dia.Boyfriend dia macam curang kat dia and ada scandal-scandal ngan perempuan lain. Kakak rasa tak adil sebab kenapa lah dia kena hadapi masalah dengan boyfriend dia time-time nak SPM ni. Kakak rasa macam tak adil bagi dia ditimpa masalah begini.

Memang kecoh keadaan kat ruang tamu pada waktu tu. Bila da kecoh macam tu, Mak pulak datang dan tegur anak-anaknya tu. "Dah la kamu semua ni.. Jangan pasal benda-benda kecik macam ni nak gaduh-gaduh pulak. Mak baru balik keja ni.. Kalau boleh tak nak lah anak-anak mak tambah letih mak..", kata Mak kepada anak-anaknya, lembut tetapi tegas. Mak baru saja kena marah dengan majikan di tempat kerjanya, dan proposal yang dia submit harini masih tak diluluskan lagi. Ini da kali ke 6 proposalnya kena reject oleh majikannya itu. Mak da lama bersabar dengan perangai majikannya tu, yang seakan-akan asik nak cari kesalahan dia je. Walhal orang lain buat kerja lagi teruk, tapi kenapa dia je yang asik kena marah. Mak kadang-kadang rasa dunia ni tak adil bagi dia.

"Bruumm.. Brummm..", bunyi motor Ayah kat luar. Ayah baru balik kerja, dan dia ternampak kasut kulit kesayangannya berada di luar pintu rumah. Semalam ayah pesan kat mak, simpankan kasut itu kat dalam rumah, sebab takut-takut dicuri oleh orang tak bertanggungjawab. Bila dia tengok kasut tu masih berada kat luar rumah, ayah naik berang dan menjerit "Mahh.. Kenapa kasut ni masih ada kat luar.. Abang da pesan kan semalam bawak masuk kasut ni kat dalam... Tak kan abang nak pesan 3 4 kali baru faham!". Ayah agak tak dapat mengawal emosinya. Mak hanya terdiam, sebab Mak tau memang salah mak sebab terlupa pasal kasut itu. Mak terus ambil kasut tu dan letakkan di atas rak dalam rumah. Abah terus buat muka kerut dan berkata "Haihh.. Semua nak bagi masalah kat aku..". Sebenarnya Ayah baru saja mengalami kerugian besar dalam perniagaannya. Perjalanan bisnes dia dalam masa sebulan ini macam tak berapa menggalakkan, walaupon banyak usaha yang dia dah cuba lakukan. Ayah rasa tak adil sebab kenapa orang lain tak perlu berusaha keras tetapi masih boleh hidup mewah.
Masalah... Masalah.. Masalah...

..............................................................................

Itulah dia yang dinamakan "masalah". Setiap orang yang mengalami masalah,lazimnya mereka akan berfikir mereka lah yang ada masalah yang paling rumit dalam dunia. Mereka akan fikir mereka lah orang yang paling malang dalam dunia. Mereka akan menyalahkan takdir dan merasakan semua yang berlaku sangat tidak adil bagi mereka.

Itulah manusia. Kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya orang lain mempunyai masalah yang lebih besar dari kita. Manusia mudah leka dan lalai. Selalu sangat pentingkan masalah sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Itulah hakikat makhluk bernama manusia.

Sebab itu perbuatan "senyum" diciptakan oleh Tuhan. Senyum mampu membantu kita untuk mengurangkan tekanan yang kita alami. Senyum mampu menjana semangat untuk tidak mudah mengalah dalam diri kita. Senyum juga mampu memberikan anjakan kepada kita untuk tidak mudah mengeluh atau melenting dalam menghadapi sesuatu perkara. Dan senyum juga merupakan satu ibadah jika kita lakukan dengan ikhlas. Setiap senyuman mampu melembutkan hati insan yang melihatnya. Kadang-kadang memang payah untuk menghadapi kesulitan dengan senyuman. Tapi kita harus tahu senyum itu mampu memberi kekuatan pada diri kita sendiri, mampu memujuk hati kita yang sedang sedih atau runsing . Dengan senyuman sedikit sebanyak mampu menjadi ubat kepada hati kita yang lemah ini.

Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.

Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)



P/s: Suara sangat tak sihat harini. Selsema teruk.Tapi nak siapkan video ni harini jugak atas sebab-sebab tertentu. Maaf sebab kesilapan vokal bersepah-sepah. :(

Ustazah Pilihan : Ada masalah? Apa susah, penawar hati yang mujarab bagi kita umat Islam tak lain dan tak bukan adalah Zikrullah dan membaca Al-Quran. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Monday, November 7, 2011

Love Sentences......

Assalamualaikum..

Update ringkas , cheong sam berita penting.

Minggu ni adalah merupakan minggu yang sangat bermakna bagi Encik Mimpi.Salah satunya adalah sebab kita baru je menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 November yang lepas. Ingat ye, 6 November. Bukan tu je, pada tarikh tersebut pun ada something yang berlaku yang membuatkan Encik Mimpi sangat happy the whole day. Amboi speaking, mentang-mentang da pandai guna Goolate. Tapi, memang sangat happy, Alhamdulillah! Sedikit sebanyak menghilangkan perkara-perkara sedih yang kadang-kadang datang menyerang jiwa ni.

Harini Encik Mimpi rasa nak nyanyi lagu ni. Tiba-tiba suka sangat dengan lagu ni. Sebelum ni tak pernah pon nyanyi lagu ni, baru je semalam cuba-cuba nak nyanyi. And da lama Encik Mimpi taknyanyi lagu dengan serius. Asek maen-maen je menyanyi, kali nak serius sikit. Harap suka . :)




Ustazah Pilihan : (Tak dijemput kali ini. Jaga anak je lah kat rumah.)

Tuesday, November 1, 2011

Tak Reti Speaking, Ada Apa Hal?

Assalamualaikum semua.

Inilah masalah aku. Aku tak pandai berbahasa Inggeris la geng. Camane ahh? Lidah aku ni memang lidah melayu tulen la, keras gila nak sebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris ni. Keras macam otot brother iklan Ridsect. Haduiiy,tak macho gile, nak buat camane, naseb baik comel.

Aku bukan apa, yang buat aku tak pandai BI(Bahasa Inggeris) ni ada banyak perkara yang mempengaruhi. Salah satunya mungkin tekanan perasaan masa aku kat sekolah rendah dulu. Seperti yang korang sedia maklum, aku dulu bersekolah kat sebuah sekolah gay Methodist kat area KL ni. Memang gay sebab student semua lelaki sahaja, melainkan beberapa guru dan makcik kantin yang berjantina wanita. Dah kata makcik, mesti lah wanita. Teruk.

Waktu aku darjah 1 sampai darjah 6, result BI aku memang hancus kawkaw sebab aku memang tak pandai subjek tu. Maklumlah, melayu tulen, kat rumah memang tak cakap BI langsung laa. Ada pulak abah nak speaking ngan aku. Macam geli je kalau abah tiba-tiba try-try nak menggedik speaking ngan kitorang adik-beradik.Cari pasal pulak abah ni. Abah ngan mak orang perak, so kitorang kalau kat rumah kalau tak cakap bahasa KL, akan cakap dialek-dialek Perak sikit dalam perbualan harian. Lawak jugak perkataan "dialek" ni.

Nak dijadikan cerita, masa darjah 6, aku lah satu-satunya murid melayu yang diharapkan untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Sebab waktu tu, selain aku, takde murid melayu yang boleh bersaing dengan Karamdeep Singh, Sathia Narayanan, dan Govinraja. Tiga nama ni adalah top student kat sekolah aku masa aku darjah 6 tu. Aku selalu berada di belakang tiga-tiga budak ni kalau dalam apa-apa peperiksaan. Result paper-paper aku sebenarnye memang boleh bersaing dengan dorang bertiga, tapi paper BI je aku kalah dengan dorang. So aku akan senantiasa berada di belakang dorang dalam setiap musim exam. Cis.

Tambahan pula, mantap gila penandawacana. Tambahan pula, waktu tu ada seorang cikgu ni selalu dan suka sangat "psycho n pressure" (PnP) aku. Nama cikgu tu adalah cikgu Silva Nathan, dialah yang mengajar aku subjek BI waktu aku darjah 6 tu. Dia agak garang, pastu dia macam selalu sangat attack aku dalam kelas dia tu. Aku selalu mengumpat dia dengan kawan-kawan aku, sebab kalau dia berbahasa melayu memang lawak gila nada dia. Lagi lawak dari Johan jadi Karamsingh Walia. So memang kena bahan la dengan aku dan rakan-rakan kat belakang. Jahat gila, korang jangan buat macam ni. Tak baik, dia kan guru kita. Nasib baik aku comel (tak pasal-pasal).

Aku biasa setiap kali exam, result aku boleh lah nak dikatakan cemerlang jugak lah. Subjek-subjek lain memang result ok, tapi result BI je selalu aku dapat D atau C. Aku serius ni, aku memang bendul BI sket. Aku tak tau pon apa itu benda-benda grammar macam Past Tense, Future Tense, Future Hubby dan sebagainya. Aku tak tau bila nak letak "s" ,atau bila nak letak "ed" dalam perkataan-perkataan BI ni. Aku pon tak tau apa beza 'a cat' dengan 'the cat' . Haduiy, teruk gila aku waktu tu. Contohnya kalau nama aku 'Mimpi', kalau aku ditanya soalan basic seperti "What is your name?", kan senang kalau aku jawab "My name is Mimpi" . Tapi dulu kenapa lah aku selalu jawab " The name of the me is Mimpi". Bendul teruk ni. Bajet advanced. Ptui.

Tapi walaupun cikgu Silva tu garang gila dan selalu pressure aku, aku tau yang dia lakukan semua tu untuk aku jugak. Dia nak aku belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat improve result paper BI aku. Biasalah, semua cikgu macam tu. Marah tu bukan maksudnya dia benci atau tak suka kita, tapi dia hanya nak kita sedar supaya kita boleh jadi yang lebih baik. Sebab tu wujudnya satu peribahasa yang berbunyi "Guru itu ibarat roda, kadang-kala di atas, kadang-kala di bawah". Amboi pelik bunyinya.

Cikgu Silva nampak bersungguh-sungguh nak aku skor A dalam subjek BI mase UPSR tu. Banyak latihan dan nota dia bagi kat aku pada waktu-waktu kritikal sebelum minggu UPSR nak mula. Waktu tu aku rasa pressure gila, walhal dia buat tu untuk kebaikan aku. Aku rasa makin tak suka dengan subjek BI. Last-last, bila result UPSR keluar, ternyata aku telah hampakan harapan dia. Aku hanya mampu dapat B je dalam paper BI. So result aku 4A1B, manakala Karamdeep Singh, Sathiya Narayanan dan Govinraja ketiga-tiga mereka mendapat 5A.

Aku frust jugak la dengan result tu. Sebab aku kalau boleh memang nak dapat 5A supaya memudahkan aku masuk ke asrama penuh. Tapi nak buat camana, takde rejekki.

Kepada cikgu Silva, kalau cikgu baca blog saya ni, saya mohon ampun dan maaf sebab telah mengecewakan harapan cikgu. Saya juga mintak maaf kerana selalu mengumpat cikgu kat belakang-belakang. Dan saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak atas segala ilmu yang telah cikgu curahkan kepada saya. Terima kasih cikgu Silva, fikir-fikirkan dan selamat beramal.

....................................................................................................................................

Macam tu lah story pasal English Education wa masa sekolah rendah dulu. Ye lah, dulu masa zaman wa tu, mana ada Astro, so tak banyak rancangan or program dalam bahasa Inggeris. Internet dengan komputer pon tak maju lagi, so lagi susah la nak improve BI kita ni. Kadang-kadang dulu masa cikgu Silva bagi kerja rumah, suh translate kan satu ayat ni kepada Bahasa Melayu, rasa macam susah gila babas nak buat. Kena bukak kamus dan cari satu-satu perkataan. Sekarang budak-budak senang je, guna je Google Translate. Tak aci betul la, aci kat kedai.

Sekarang wa punya BI still teruk, tapi takde lah seteruk "the name of the me is Mimpi" macam zaman hingus-hingus dulu tu. Cuma wa mengaku, wa punya lidah still keras nak sebut perkataan-perkataan English. Rasa kekok gila lidah ni, dan lidah wa selalu kene hamstring bila wa cuba nak speaking. So bila ada follower-follower wa mintak wa nyanyi lagu English, wa tak tau macamana nak tolak. Wa akan rasa macam diri ini macam bendul-bendul kalau nyanyi lagu English.

So, bagi menunaikan jugak permintaan folowers wa yang nak wa nyanyi lagu English, wa terpaksalah translate kan dulu lagu tu kepada Bahasa Melayu. Wa sebenarnya tak pandai jugak nak translate-translate ni , sebab wa kan ngokngek BI. So wa terpaksa menggunakan khidmat Google Translate.

So bila guna Google Translate untuk translate lirik English ni, dia punya ayat yang di Melayukan tu jadi macam pelik-pelik sikit. Haihh, nak wat camane,sebab wa memang da tak pandai sangat English-English ni, nyanyi je la apa yang Google Translate cakap tu. Setuju dan nyanyi bulat-bulat je laaa apa dia translate kan. Haduiyy..

Terimalah, Price Tag (Tag Harga).



Lirik Asal

Seems like everybody's got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile

Why is everybody so serious!
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good time.

Everybody look to their left
Everybody look to their right
Can you feel that
We're paying with love tonight...

It's not about the money, money, money
We don't need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag

Ain't about the (ah) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain't about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.

We need to take it back in time,
When music made us all unite,
And it wasn't low blows and video Hoes,
Am I the only one getting... tired?

Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we'll be feeling
All right.



Lirik Google Translate

Nampaknya seperti semua orang mempunyai harga,
Saya tertanya-tanya bagaimana mereka tidur pada waktu malam.
Apabila jualan itu datang pertama,
Dan kebenaran itu datang kedua,
Hanya berhenti, selama satu minit dan
Smile

Mengapa semua orang begitu serius!
Bertindak demikian sialan misteri
Ada warna mata anda
Dan tumit tinggi
Yang boleh anda tidak mempunyai masa yang baik.

Semua orang melihat ke kiri mereka
Semua orang melihat kepada hak mereka
Bolehkah anda merasa bahawa
Kami membayar dengan kasih sayang malam ini ...

Ini bukan soal wang, wang, wang,
Kita tidak memerlukan wang anda, wang, wang
Kami hanya mahu membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga

Tidak mengenai (ah) Cha Cha-Ching-Ching.
Tidak kira-kira (yeah) Ba Ba Bling-Bling
Ingin membuat tarian dunia,
Lupakan tentang Tag Harga.

Kita perlu mengambil ia kembali ke masa,
Apabila muzik yang dibuat kita semua bersatu,
Dan ia tidak pukulan rendah dan cangkul video,
Adakah saya satu-satunya ... letih?

Mengapa semua orang begitu obses?
Duit tidak boleh membeli kami kebahagiaan
Bolehkah kita semua perlahan dan nikmati sekarang
Jaminan kita akan berasa
Baiklah.

Nuff n Klik Sini!