Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Sunday, December 11, 2011

S.U.K.A.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Rindu tak dengan wa? Kalau rindu katakan rindu, jangan biar hati mu tertunggu-tunggu.Jangan biarkan dirimu tersiksa menahan kerinduan itu.Kita manusia biasa, perasaan rindu tu memang sangat normal beb. Lafazkan perkataan rindu itu dan kau akan berasa lebih lega.Rindu itu sebenarnya ibarat dedaun hijau yang mekar menemani bunga yang sedang berkembang.. Pheewwwitttt.. Masuk-masuk je terus jiwang. Lek luuu....


Wa nak tanya lu bro. Dalam sepanjang kehidupan lu kan, bape kali lu penah jatuh cinta.

Bro: Ko tanya aku ke? Haha ni temuramah ke apa? Ok Ok wa cuba jawab. Aku sekarang umur 26, so pengalaman jatuh cinta tu banyak jugak lah. Ada lah dalam 13 kali...

Eh, banyak gak . 13 kali tuuu... Muka biasa je, misai je lebih. Boleh tahan bro ni. Bro, lu yakin ke lu jatuh cinta 13 kali. Entah-entah itu bukan cinta. Itu mungkin perasaan suka-suka biasa je.

Bro: Eh, aku tau arr , itu kan perasaan aku, bukan perasaan adik angkat ko atau perasaan makcik cafe kuat ngumpat tu. So aku yakin yang aku jatuh cinta sebanyak 13 kali.

Jangan yakin sangat bro, cinta dengan suka lain. Contoh macam wa dengan Siti Nurhaliza, wa hanya minat dan suka pada dia. Wa suka dia menyanyi dan wa suka perwatakan dia. Tapi tu lah,wa kadang-kadang susah gak ngan dia tu. Dia selalu salah anggap ingat wa cintakan dia. Tapi wa jujur, wa cakap wa tak cintakan dia. Sebab tu dia frust dan pilih Dato K. So, bro, lu nampak tak perbezaan suka dengan cinta?

Bro: Amboiyy story ko ni. Nak gempak ajer. Memanglah suka dengan cinta tu lain weh. Aku tahu benda tu.Tapi bukankah kita semua bersaudara? (tibe-tibe). Cakerawala mencengkam sejenak ruang harmoni kehidupan abadi kann? Bulan ibarat sungai yang dipacak lambung oleh baiduri!!!

Apa maksud lu ni bro. Tolong kurangkan bahasa tamil.

Bro: Hehe. Aku saje je nak berfalsafah, sorry. Tadi aku bajet seniman la... Sorry sorry. Maksud aku, memang lah perasaan cinta dengan suka tu lain. Tapi, perasaan suka adalah basic kepada lahirnya perasaan cinta. Sebab kalau kita tak suka maka kita takkan cinta. Dan dari perasaan suka tu kita boleh didik dan pupuk perasaan cinta itu untuk datang jika kita betul-betul inginkan seseorang tu. Bila kita da suka kat seseorang tu, maksudnya 60% kebarangkalian kita boleh jatuh cinta dengan seseorang tu. Dengan syarat kita kena bagi peluang pada masa untuk menentukan yang kita betul-betul telah jatuh cinta pada seseorang itu.

Wa tak setuju. Kalau kita sendiri yang pupuk perasaan cinta tu datang, maknanya itu bukan cinta yang pure and essentials. Sebab kita tak naturally jatuh cinta kat dia. Ok cuba bayangkan 2 situasi ni.

Boy A jumpa Girl A. Boy A ada perasaan cinta kat Girl A ni, tapi Girl A ni suka biasa-biasa je kat Boy A ni. Boy A berusaha keras dan terus mencuba, dan akhirnya dia buat Girl A ni jatuh hati kat dia. Dorang pon bercinta.

Boy B jumpa Girl B. Boy B ada menyimpan perasaan cinta kat Girl B ni, dan Girl B pon ada menyimpan perasaan cinta kat Boy B ni. Dan akhirnya dorang pon terus bercinta.

Berdasarkan petikan di atas, lu rasa mana satu pasangan yang lebih bahagia? Pasangan A atau pasangan B. Semestinya pasangan B, sebab perasaan cinta tu telah lama wujud dalam diri masing-masing dan bukan perasaan cinta yang dipupuk atau diusahakan. Betul tak?

Bro: Alaaa ko ni. Cakap senang arr. Ingat senang ke nak cari pompuan yang boleh terus jatuh cinta kat kita. Ko boleh ar, rupa ada, cute plak tu. Orang macam aku ni kene berusaha untuk dapatkan cinta aku. Ko jangan samakan aku dengan ko. Bukankah kita semua bersaudara? (tibe-tibe lagi)

Hahaahaa.. Weh lek ah bro. Wa bagi pendapat wa je. Mungkin ada yang tak setuju. Wa cuma cakap benda yang wa rasa je. Wa bukan apa. Wa rasa semak bila tengok realiti kehidupan zaman sekarang. Wa bagi 1 lagi situasi.

Sabrina seorang wanita yang cantik dan berumur 25 tahun. Dia telah bercinta dengan Fakhri selama 3 tahun, dan dia sangat mencintai Fakhri dan Fakhri juga mencintai dia sepenuh hati. Sabrina betul-betul bahagia bila mencinta dan dicintai oleh Fakhri. Namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, Sabrina dan Fakhri akhirnya terpisah. Sabrina didesak oleh ibunya untuk mencari calon suami secepat mungkin untuk berkahwin sebab ibunya risau dengan umur Sabrina yang semakin meningkat itu. Maka suatu hari Sabrina berkenalan dengan Azman, seorang lelaki 30-an yang berkerjaya dan telah established. Sabrina sebenarnya hanya suka biasa-biasa je dengan Azman ni. Tapi bila fikir-fikir balik, Sabrina bertekad mahu berkahwin dengan Azman ni. Sebab dia fikir yang Azman ni dah established dan berharta, nanti masa depan dia senang la sikit. Perasaan cinta tu walaupon takda sangat, tapi dia boleh pupuk perasaan tu datang nanti. Mereka pon berkahwin.....

Lu orang tak rasa semak ke dengan cerita kat atas ni? Wa rasa semak gila weh. Memanglah perasaan cinta tu boleh dipupuk, tapi bila perasaan itu bukannya semula jadi dari awal-awal lagi, banyak perkara yang tak membahagiakan kita akan dapat rasa sedikit demi sedikit. Mungkin kita hidup senang dan mungkin juga kita boleh bahagia, tapi bahagia yang kita rasa tu tak sama dengan bahagia yang kita rasa dengan orang yang betul-betul kita cinta pada asalnya. I mean, still memang boleh bahagia macam tu, tapi tahap kepuasan bahagia tu tak sama weh.

Tapi itulah kehidupan. Kehidupan kadang-kadang tak jadi seperti apa yang kita harap-harapkan. Memanglah kita harapkan kita dapat merasa bahagia yang seperti itu, tapi tak semestinya kita akan dapat benda tu. Setiap orang ada alasan atau kisah mereka tersendiri, kenapa dia memilih bahagia seperti itu dan orang lain memilih bahagia seperti ini. Sebab kita manusia yang lemah hanya mampu merancang, bila perkara yang kita betul-betul harapkan tu tak berlaku, mungkin kita cuba teroka jalan baru yang mungkin boleh memberi kita kebahagian nanti. Jadi dalam kes ni, wa takde lah nak salahkan Sabrina tu sangat. Mungkin keadaan yang memaksa dia. Cuma wa lagi suka kalau dia bersabar sedikit lagi dan mencari cinta yang dia betul-betul inginkan dalam hidupnya. Jangan mudah serahkan semuanya pada takdir je tanpa usaha. Apa-apa pun jangan lupa berdoa pada Allah, sebab Allah tu Maha Adildan Maha Penyayang. Semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn...

Bro :Amboiiyy, panjang membebel sorang nampak. Da tak nak bagi aku cakap ke apa ni.

Lek bro, lu nak cakap apa lagi?

Bro : Weh, aku rasa aku cam jatuh hati kat sorang awek ni la bro. Aku memang suka kat dia, tapi aku tau aku bukan sekadar suka je kat dia, aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta kat dia arrr. Tapi kitorang baru je kenal, macam pelik je nak cakap aku cinta kat dia. So apa pendapat ko ahh? Nak terus cakap aku cinta dia ke camane?

Aippppp... lu jangan salah faham. Suka atau cinta itu bukan soal perkataan yang keluar dari mulut.Ini soal hati. Kadang-kadang mulut kata cinta, padahal hati kata suka biasa-biasa je. So untuk kes lu ni, tak perlu lu nak luahkan perkataan "cinta" tu dulu. Kalau hati lu betul-betul cinta kat dia, lu kene tunjukkan rasa cinta tu tapi tak semestinya dengan mengungkapkan perkataan cinta beb. Lu cuma perlu bagi dia nampak sendiri yang lu cintakan dia, dengan apa cara sekalipun .Bagi dia nampak yang lu betul-betul take care and "suka"kan dia. Maka bila nanti lu sebut lu "suka" kat dia nanti, dia akan faham sendiri apa yang lu maksudkan "suka" tu sebenarnya bukan bermaksud "suka" yang "suka" biasa tu. "Suka" yang bermaksud lebih dari suka. :)

89 comments:

  1. Replies
    1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. bro nk kord bley?bez r lgu ni..

    ReplyDelete
  3. bile laaa juliana evans nak suke aku macam aku suke die...ermmmm.. =-='

    ReplyDelete
  4. uhuhuu suka giloss !

    encik mimpi dah boleh jadi doc cinta ni ;)

    ReplyDelete
  5. bro..ley gtw kord dy ap x?sye nk maen kn tok awek sye ni..

    ReplyDelete
  6. sweetnyeee suara en.mimpi :)
    i like it. mesti en. mimpi sebenarnyee org mcm ni kan? haha

    ReplyDelete
  7. Err bestnya kalo lagu tu untuk saya ! =')

    ReplyDelete
  8. kesian makcik cafe tu..xpasal2 name naik !! haha~

    ReplyDelete
  9. tuh dia haa cerita, panjang lebar plak penerangan dia, but nice and true. :D

    ReplyDelete
  10. Panjangnya entry kali ini..

    RINDU EM bila lama tak update blog, SUKA suara EM..SUKA bila EM petik gitar..SUKA Lagu S.U.K.A n last but not least SUKA EM :)

    ReplyDelete
  11. bahagia tu milik Allah..minta la pd Allah..bahagia bkn pd harta juga bkn pda manusia..aku ada pengalaman kot i mean mak aku la..dia terlalu cintakan ayah aku n buat yg terbaik utk ayah aku..last2 hmm.mak aku ckp kita x mampu jaga cinta, Allah je yg berkuasa sbb tu kita kena selalu mntk kt Allah..<<--ustazah pilihan soh ckp bnda ni!!

    ReplyDelete
  12. UHIBU! UHIBU!...
    walaupun panjang tapi mesej yang disampaikan tepat..best..

    ReplyDelete
  13. aku SUKA dengan lagu ni , boleh teruja tuu . hehehe

    ReplyDelete
  14. SAYA SUKA AWAK ! SUKE SANGAT SANGAT <3

    ReplyDelete
  15. suka gila lagu nihh!! you're the best! ((:

    ReplyDelete
  16. SUKA suara kamu!!!!
    sweet je lagu..
    SUKA..SUKA..SUKA.. xD

    ReplyDelete
  17. entry best.. lagu pun best!! wa sukaaa!!!

    wa suka sama lu! wakaka

    ReplyDelete
  18. SUKA sangat2... terbaik la bro, first time jmpa blog ni n dengar lagu en.mimpi, memang jatuh hati terus lah... u r the best

    ReplyDelete
  19. Sekali dengar terus suka... terbaek.. :)

    ReplyDelete
  20. hey, lagu ni gempak lah! entry pun seronokk je baca. :)

    ReplyDelete
  21. Apa beza cinta ngn suka..?

    Di hadapan org y kita cinta, hati kita akan berdegup kencang..
    Tpi di depan org y kita suka, hati kita akan gembira..

    Di depan org y kita cinta, musim sentiasa berbunga..
    Di depan org y kita suka, musim itu cuma berangin sje..

    Jikalau kita lihat di dlm mata org y kita cinta, kita akn kaku..
    Jikalau kita melihat mata org y kita suka, kita akan tersenyum..

    Di depan org y kita cinta, lidah kelu untk berkata kata..
    Di depan org y kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja..

    Di depan org y kita cinta, kita akan jdi malu..
    Di depan org y kita suka, kita akan tunjukkan imej y sbnr..

    Sukar untuk kita merenung mata org y kita cinta..
    Tapi kita selalu merenung mata org y kita suka..

    Bila org y kita cnta menangis, kita akan turut menangis..
    Bila org y kita suka menangis, kita akn membuat dia gembira..

    Perasaan cinta bermula dri kata..
    Perasaan suka bermula dari telinga..

    Jadi, jikalau kita berhenti menyukai sseorg y kita suka , umpama kita membuang telinga kita. Tapi, jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi air mata.. setiap org pasti akan memgalami ini dalam hidup mereka…

    *copysemataduamata.deyy tetibe aq komen jiwang2 lak kat cnie =='*

    ReplyDelete
  22. btw,EM sye suke style anda ^^ maka,update lah selalu :D

    ReplyDelete
  23. encik mimpi~ i like ur post la. i use ur song for my blog . boleh kan ? lagu S.U.K.A. tu

    ReplyDelete
  24. suka,sy jatuh suka ngan lagu suka ni

    ReplyDelete
  25. sy SUKA lagu nie...:) teruskan usaha awk en.mimpi.. cinta hadir tanpa diduga...cinta juga boleh hadir dalam mimpi...peace...:)

    ReplyDelete
  26. I Like you the best :) comel kan lagu tu? hee.

    ReplyDelete
  27. Teruskan usaha anda Encik Mimpi makin ramai peminatnya sekarang .haha.(^_^) -NF-

    ReplyDelete
  28. this is best bro \m/ bro, wa rasa se 'otai otai' lu pun, lu hati taman bro hahahaha. wa solute sama lu bro :)

    -aku bukan tomboy, lagi-

    ReplyDelete
  29. suka? cinta? penat dngr bende nie....letih....huhuhuhu...lagu best....hebat encik mimpi boleyh buat lagu cm ni...kalahkan najwa latif lah lepas nie..ahahhaha....note best...cinta mmg susah nk dijangka..kdg2 ape yaang kite harapkan lain pula yang jadi..tapi manusia sekunk kaya dengan cinta..sampai x tau nk pilih yang mane...jadi rambang mata..huhuhu...penat~

    ReplyDelete
  30. saye ke?? :) hihih.. (suke perasan macam encik mimpi)

    ReplyDelete
  31. bosan lagu yg kau wt weh..style sama je.ikut suke engkau lah lgu engkau kn..smoga bjaya dlm hdup

    ReplyDelete
  32. nk dengar encik mimpi nyayi lagu tema ombak rindu,,

    ReplyDelete
  33. i like this song..huhuhu...suka suka.. (^_^)

    ReplyDelete
  34. pnjang berjela-jela but nice..gud job EM..

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum. Always like your entry.. :) Cinta is a big word. Dah 18tahun pun, saya still cari maksud cinta sebenar. Yeah.. It's a big difference between cinta dengan suka.

    But most of all, cinta yang paling Allah berkati ialah cinta lepas nikah. My parents always told me that though they never encourage me to marry in an early age.

    Yeah.. I also believe in cinta lepas nikah and that's the most sweetest thing. Watch this video ek, encik mimpi. Hehe.. Dia belajar kat uia and baru berumur 19tahun. http://www.youtube.com/watch?v=3k75QdqW9Yk&feature=share

    Btw encik mimpi. Suara encik mimpi memang terbaik. Bila lar agaknya dapat jumpa encik mimpi nie. Hehe.. I'll always support you! :)

    ReplyDelete
  36. terbaik encik mimpi.....semalam sy dah dengar...hari ni sy nak dengar sekali lagi

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. hay encik mimpi...ko nk tau tak aku 'suka' lagu ni..ko memang terbaek punya lah..jgn lupa reka lagu bnyk2 ye...huhu

    ReplyDelete
  39. encik mimpi, pandangan kite berbeza..

    sye percaya, wlaupon cinta dtg hanya bila dipupuk, it still blh mendatangkan bahagia. org dulu2 cinta after kahwin kan? bahagia smpai akhir hayat. but now, cinta bagai nak rak, tak ke mana pon..

    kite yg rase kite tau itu sekadar suka atau cinta..:-)

    ReplyDelete
  40. sedapp suara. like gila

    ReplyDelete
  41. fuhhhhhhhhhhh !!! sumpah ..best gile suare encik mimpi !! memang the best and no satu .. encik mimpi bukak blog nie tau !!
    http://ieza98.blogspot.com/
    follow tau !! luv you and your suare .. hehe

    ReplyDelete
  42. best lagu nie. terbuai skjap.
    hikhik. ok larh cau lu. tatai ;)

    ReplyDelete
  43. I 'like' U too Encik Mimpi... ;)

    ReplyDelete
  44. Kadang kadang org suka tersalah tafsir. Bila sayang antara kawan tu kadang kadang hanyalah sayang dan tak lebih dr tu. Bila disalah tafsir dan dipilih orh yang salah dan org yang sepatutnya menerima the real love kan dah tersingkir. Even so, believe in jodoh :) Salam dr beruangbuluh .

    ReplyDelete
  45. aku suka ... good .. keep it ..

    ReplyDelete
  46. Suka nya!!! Kalau lah ada someone yang nyanyikan lagu nie untuk kta... lagi la suka kn???

    ReplyDelete
  47. ok guys..saba..saba..
    bukankah kita semua bersaudara??
    haa nmpak x?? tetibe nye tu..
    hakhak..

    ReplyDelete
  48. Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasih ku~ <3

    ReplyDelete
  49. yup. suka untuk bestfriend , cinta untuk boy/girlfriend. aku suka kat bestfriend aku sebab dia selalu ade kalau aku tengah susah or sedih. tapi aku akan cinta hanya pada crush aku sebab kalau aku tengah susah or sedih hanya dengan tengok muka DIA je aku dah boleh senyum balik :)

    ReplyDelete
  50. Best la entry kli ni.SYe S.U.K.A lgu ni..
    SYe S.U.K.A EM

    ReplyDelete
  51. bro ... bard sini ... cmne nak contact ko ... add we chat aku ... bardrule ...ade bende nk bincang atau g fb aku

    ReplyDelete
  52. Aritu...sy ada g kenduri kawan sy kt kl...trlihat mcm awk... kdg2 ada logik jugak sbb kawan sy tu slalu sebut psal awk bkn spt peminat tp spt knln...nice to know you,matt y.....

    ReplyDelete
  53. assalamualaikum...baguslah suara awak dan lagu2 awak. tapi kenapa awak pakai topeng? tak mahu dikenali ke? ummm itupun bagus. kalau keluar mana-mana orang tak kenal dan tak rimas kan. Good luck ye.

    ReplyDelete
  54. malaysian singer ke singapore singer?!!

    ReplyDelete
  55. Jangan kau berhenti menulis, menyanyi.

    ReplyDelete
  56. Jangan kau berhenti menulis, menyanyi.

    ReplyDelete
  57. makasih yah atas informasinya, jangan lupa kunjungi blog aku juga.
    QUEENXXX92

    ReplyDelete
  58. Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams

    ReplyDelete
  59. Soo sweeeet..... lagunya kreeen bgt

    ReplyDelete

Nuff n Klik Sini!