Adik rasa kat dalam dunia ni, adik sorang je yang sedang mengalami masalah yang sangat serius macam ni sekali. Pensel kaler adik hilang. Adik nanges kuat-kuat sebab pensel kaler kesayangannya tak dijumpai, dia tak tahu siapa yang ambil atau siapa yang sorokkkan. Adik sangat sedih dan merasakan dunia ini tidak adil bagi dia. Dia terus menangis dan terus menangis.
Abang balik dari sekolah, dengar adik nangis. "Eh bising la adik.. Janganlah memekak kat dalam rumah ni. Kalau nak memekak pergi kat zoo laa.. Bising je.",marah abang pada adiknya tu. Abang tension gile, balik-balik je ada orang memekak kat rumah. Dahlah kat sekolah tadi dia baru je kene marah dengan cikgu, sebab tak siap kerja rumah yang telah cikgu bagi semalam. Pastu cikgu suruh buat balik kerja rumah tu dalam 10 salinan, sebagai denda tak siap kerja rumah tersebut. Dan kerja rumah 10 salinan tu kene hantar pada hari esok juga. Mana abang tak tension. Abang pon ada masalah.Abang rasa macam dunia ni tak adil, cikgu hukum dia macam tu sekali.
Bila dengar abang marah-marah adik macam tu, kakak tiba-tiba muncul dan marah abang balik. "Weh, tak payah lah sampai terpekik-pekik kalau nak marah adik sekalipon. Tak nampak ke akak tengah study ni... Bengang betul laa.. Tak pandai hormat orang langsung.", kata kakak dengan nada yang agak tinggi. Kakak next week akan ambik peperiksaan SPM, so agak tension kalau ada orang bising-bising kat rumah time dia tengah study. Result dia masa Trial SPM haritu drop kaw-kaw, sebab dia ada problem sikit dengan boyfriend dia.Boyfriend dia macam curang kat dia and ada scandal-scandal ngan perempuan lain. Kakak rasa tak adil sebab kenapa lah dia kena hadapi masalah dengan boyfriend dia time-time nak SPM ni. Kakak rasa macam tak adil bagi dia ditimpa masalah begini.
Memang kecoh keadaan kat ruang tamu pada waktu tu. Bila da kecoh macam tu, Mak pulak datang dan tegur anak-anaknya tu. "Dah la kamu semua ni.. Jangan pasal benda-benda kecik macam ni nak gaduh-gaduh pulak. Mak baru balik keja ni.. Kalau boleh tak nak lah anak-anak mak tambah letih mak..", kata Mak kepada anak-anaknya, lembut tetapi tegas. Mak baru saja kena marah dengan majikan di tempat kerjanya, dan proposal yang dia submit harini masih tak diluluskan lagi. Ini da kali ke 6 proposalnya kena reject oleh majikannya itu. Mak da lama bersabar dengan perangai majikannya tu, yang seakan-akan asik nak cari kesalahan dia je. Walhal orang lain buat kerja lagi teruk, tapi kenapa dia je yang asik kena marah. Mak kadang-kadang rasa dunia ni tak adil bagi dia.
"Bruumm.. Brummm..", bunyi motor Ayah kat luar. Ayah baru balik kerja, dan dia ternampak kasut kulit kesayangannya berada di luar pintu rumah. Semalam ayah pesan kat mak, simpankan kasut itu kat dalam rumah, sebab takut-takut dicuri oleh orang tak bertanggungjawab. Bila dia tengok kasut tu masih berada kat luar rumah, ayah naik berang dan menjerit "Mahh.. Kenapa kasut ni masih ada kat luar.. Abang da pesan kan semalam bawak masuk kasut ni kat dalam... Tak kan abang nak pesan 3 4 kali baru faham!". Ayah agak tak dapat mengawal emosinya. Mak hanya terdiam, sebab Mak tau memang salah mak sebab terlupa pasal kasut itu. Mak terus ambil kasut tu dan letakkan di atas rak dalam rumah. Abah terus buat muka kerut dan berkata "Haihh.. Semua nak bagi masalah kat aku..". Sebenarnya Ayah baru saja mengalami kerugian besar dalam perniagaannya. Perjalanan bisnes dia dalam masa sebulan ini macam tak berapa menggalakkan, walaupon banyak usaha yang dia dah cuba lakukan. Ayah rasa tak adil sebab kenapa orang lain tak perlu berusaha keras tetapi masih boleh hidup mewah.
Masalah... Masalah.. Masalah...
..............................................................................
Itulah dia yang dinamakan "masalah". Setiap orang yang mengalami masalah,lazimnya mereka akan berfikir mereka lah yang ada masalah yang paling rumit dalam dunia. Mereka akan fikir mereka lah orang yang paling malang dalam dunia. Mereka akan menyalahkan takdir dan merasakan semua yang berlaku sangat tidak adil bagi mereka.
Itulah manusia. Kadang-kadang kita lupa yang sebenarnya orang lain mempunyai masalah yang lebih besar dari kita. Manusia mudah leka dan lalai. Selalu sangat pentingkan masalah sendiri tanpa memikirkan keadaan orang lain. Itulah hakikat makhluk bernama manusia.
Sebab itu perbuatan "senyum" diciptakan oleh Tuhan. Senyum mampu membantu kita untuk mengurangkan tekanan yang kita alami. Senyum mampu menjana semangat untuk tidak mudah mengalah dalam diri kita. Senyum juga mampu memberikan anjakan kepada kita untuk tidak mudah mengeluh atau melenting dalam menghadapi sesuatu perkara. Dan senyum juga merupakan satu ibadah jika kita lakukan dengan ikhlas. Setiap senyuman mampu melembutkan hati insan yang melihatnya. Kadang-kadang memang payah untuk menghadapi kesulitan dengan senyuman. Tapi kita harus tahu senyum itu mampu memberi kekuatan pada diri kita sendiri, mampu memujuk hati kita yang sedang sedih atau runsing . Dengan senyuman sedikit sebanyak mampu menjadi ubat kepada hati kita yang lemah ini.
Walaupun sebenarnya adakalanya kita berpura-pura dalam senyuman, tidak mengapa, kerana dalam masa yang sama kita sebenarnya sedang membelai hati kita supaya tidak bertambah sedih atau sakit. Kita juga tidak mahu menyusahkan orang lain untuk turut risau di atas masalah yang kita hadapi. Kita mahu orang disekeliling kita senang dengan kehadiran kita. Dan sudah pasti Allah akan membantu kita jika kita cuba membantu orang lain untuk merasa senang dengan kita.
Jadi, walau berat mana masalah atau kesulitan yang kita hadapi, usah mudah mengalah, dan hadapilah semuanya dengan senyuman. :)
P/s: Suara sangat tak sihat harini. Selsema teruk.Tapi nak siapkan video ni harini jugak atas sebab-sebab tertentu. Maaf sebab kesilapan vokal bersepah-sepah. :(
Ustazah Pilihan : Ada masalah? Apa susah, penawar hati yang mujarab bagi kita umat Islam tak lain dan tak bukan adalah Zikrullah dan membaca Al-Quran. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh
4 months ago
Walaupun sedikit sengau..your voice is still amazing.. :)
ReplyDeleteTak bersepah ler vokal encik mimpi. Masih mampu menjadi igauan gadis2 di dunia. Ceh2.. Haha.. :D
ReplyDelete1st !! pffttt
ReplyDeleteyeah, evry single person hv their own probs. just diri sendiri tu kena pandai manage untuk hadapi that probs ^^. btw, nice entry encik mimpi. =) may Allah bless.
ReplyDeletebest le..asl x rakam je..masuk carta era..mesti no 1..
ReplyDeleteary suka cara anda... tabik bro...
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh :)
ReplyDeletedalam senyuman ada tangisan..
ReplyDeletedalam ketawa ada esakan..
dalam gembira ada kesedihan..
masalah itu ujian..
tika masalah itu datang..
hadapilah dengan senyuman..
moga2 masalah itu cepat hilang..
:D
awesome encik mimpi....
ReplyDeleteget well soon encik mimpi :)
ReplyDeletetapi kalau dah banyak sangat masalah. nak senyum pun xleh da.. macam mna?
ReplyDeletemcm lagu nasyid, hihi...but still, the best! :D
ReplyDeletebest je la...tapi perasan jugaklah yang bila part perlukan suara sprano tu bunyik lain macem je..huhu
ReplyDeletepeminat encik mimpi :D
ReplyDeletesedap lhaa sore encik mimpi nie .. tergoda kejup i :)
ReplyDeletesuara n lagu en.mimpi wat hati rasa selesa...=)
ReplyDeletejust found blog nie...ok nice suke ini blog :D
ReplyDeletejuga baru taw u got blog also..biase dengar kat fb je..pengaruh adik k yang suke replay ur song ;p
ReplyDeleteTuhan tak akan menduga hambanya kalau hambanya itu tidak mampu untuk mengharungi suatu dugaan...So kita kena yakin setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian... Sebab yang maha Esa sentiasa ada dengan kita untuk jadi tempat mengadu dan memohon pertolongan....Anyway ur voice still meletop walaupun selesema...
ReplyDeletesalam..encik mimpi selsema eh ? alololoh shiannye.. :( btw tlg makan ubat cepat-cepat tau..get well soon ! take care ! :)
ReplyDeleteMc dreamy boleh pinjam ayat penguat semangat tu?Kerana sy mahu sentiasa tersenyum..:-)
ReplyDeleteko nie suke wt ak teruja ngan sore ko..yes..ko mmg ader bakat nyanyi..ak sush nk puji org..kalo ak puji 2 kire mmg ak ikhlas la tue ok..neway..get well soon..
ReplyDeletesy sukee :))
ReplyDeleteEncik Mimpi..wekkk! :p
ReplyDeleteu hv been tagged
ReplyDeletesuara time slesema lagi best la..!!! record byk2 lagu time slesema ni...
ReplyDeleteHaha , Lagi best suara time saket .. Ops .. Rek0d mnyk-2 time saket au ! :-)
ReplyDeletesian ko.. Get well soon ha..syafakallah..
ReplyDeletesayer suker suara encik mimpi wpon x sehat ....;)
ReplyDeletesuara en mimpi tetap best...harap cepat sembuh erk...peace
ReplyDeletesetiap manusia mesty d uji oleh Allah swt...
ReplyDeletekite kne hadapi dengan penuh kesabaran kerana jika Allah uji kita bermakna Dy syg kn kte lgi...
4 en.Mimpi jgn lupe mkn obat 2 k..
i love u en.mimpi
ReplyDelete:your kipas susah mati
suke !
ReplyDeleteen mimpi!!.. jom ke blog saye nak tak
ReplyDeletekalo ade mslah..ur voice make me smile again..
ReplyDeletechaiyokkkk encik mimpi
Hai en mimpi.. dah lama Putri tak jenguk sini.. busy cikit.. semua org de masalah.. tapi kite kena hadapi dgn tabah.. tak sihat ye.. semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteslm!..first time dgr video lagu awak en mimpi....nice sgt....lagu pun ringan je...haaaa..dah lame x pegang gitar kat umah nie...bz..dgr lagu encik mimpi rase nk main gitar semule jew.....huhu....
ReplyDeletetahniah2..selamat beramal!!!..
ReplyDeletebest jer..x bunyi cm org sakit pun....hihik.....jom kite duet....hahak.....hope evrything gonna be allright...:)
ReplyDeletesore best cam nk makan!!! haha...:p
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDelete^_^
ReplyDeleteENCIK MIMPI, i love ur voice damn much xD
ReplyDeletesenyum x prlu kta apa2..............
ReplyDeletesweet..^^
ReplyDeleteoh! how I love your voice :D
ReplyDeletebest ape suare..:)
ReplyDeletebest la encik mimpi ni..
bru first time tgok blog ni rse dah suke..
>.<
part enmimpi nyanyi 'menyerahlah untuk menang' wow! sgt touching kot
ReplyDeletei love you encik mimpi!! <3
ReplyDeleterajen gile ko nie :)
ReplyDeletemaksud aku (menyanyi.video,menulis n so on)
you got a style bro!
Encik.mimpi did you know you're so sweet,funny & etc.i've watch almost all of your vid.on youtube and you almost make all the viewer fall in love at you..
ReplyDeleteoppstt tumpang lalu.. walaupun lambat komen .. tapi saya nak bg tau yg saya peminat EM..huhu suara jgn ckp best sgt walaupun selesema.. huhu
ReplyDeleteRasanya. Eh rasa ke ? Dengarnya lagi sedap la. Maybe sbb nyanyi dgn feeling. Good luck
ReplyDeletekesempatan untuk mendapatkan pendapatan tambahan, mainkan sekarang juga dominoqq bandarqq dan pkv games dengan deposit terjangkau anda bisa untung besar http://www.e-ktp.com/
ReplyDelete