Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Thursday, October 13, 2011

Ending Lagu "Cinta Muka Buku"

Assalamualaikum semua. Huh. Siapa yang tak tahu lagu "Cinta Muka Buku" memang cari pasal la. Bukan ke lagu tersebut selalu je diputarkan di radio dan menjadi siulan remaja dewasa ini? Tahniah saya ucapkan kepada Najwa Latif kerana berjaya mencipta lagu yang easy-listening macam tu. Semoga beliau akan terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti untuk masa akan datang.

Sekarang memang zaman moden, kalau boleh semua nak internet je. Semua nak berharap pada teknologi. Sebut je facebook or twitter, budak-budak pon tahu menatang apa tu. Memanglah social networking automotive macam Facebook dan Twitter ini memudahkan kita hendak berhubung dengan kenalan-kenalan kita. Tapi kadang-kadang kalau ianya disalahgunakan, mungkin boleh membawa padah. Tapi yakin je "automotive" aku sebut tadi.

Facebook dan Twitter?

  • Boleh buat kita bertambah kawan. Juga boleh buat kita bertambah musuh.
  • Boleh buat kita bertambah ilmu. Juga boleh buat kita bertambah buntu.
  • Boleh buat kita jatuh cinta. Juga boleh buat kita putus cinta.
  • Boleh buat kita lebih memahami. Juga boleh buat kita salah faham.
  • Boleh buat kita hilang rasa sepi. Juga boleh buat kita lebih menyendiri.
  • Boleh buat kita lebih terbuka. Juga boleh buat kita lebih bermuka-muka.

Saya tak mahu ulas panjang-panjang point-point yang telah diberikan di atas. Anda sendiri sebagai pengguna Facebook dan Twitter mesti lebih arif dan mungkin ada antara korang yang selalu mengalaminya sendiri. Jadi terpulang pada diri sendiri untuk memilih jalan mana yang baik untuk diri anda itu. Wah wah, macam pakar motivasi pulak I.

So sekarang mari kita berhibur dengan lagu sambungan kepada lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian asal Najwa Latif itu. Mungkin bagi pendengar-pendengar lagu tersebut, mesti ada yang tertanya-tanya soalan-soalan seperti:

  • "Eh apa da jadi dengan dorang lepas kapel melalui FB tu?" .
  • "Kalau maen FB mesti dorang maen Twitter sekali. Boleh ke follow dorang?"
  • "Dorang kahwen tak lepas tu? Kekal ke cinta-cinta alam maya macam tu?".
So bagi menjawab soalan-soalan tersebut, Encik Mimpi telah menyanyikan lagu ending untuk lagu "Cinta Muka Buku" tersebut. Tapi versi lelaki la. Silalah dengar.. Huhu.

Tajuk : Putus Di Twitter
Artis : Encik Mimpi (artis lah sgt)


P/S: Najwa jangan marah ye. I gurau-gurau je ni. I peminat U jugak tau. Huhu..


Ustazah Pilihan : "Tak salah kita berhibur, tapi ada batas-batasnya. Jangan sampai melekakan dan me"lagha" hidup kita hingga terlupa amanah kepada yang Maha Esa."

Amboi. Begitulah komen Ustazah pada hari ini.

Sunday, October 9, 2011

Sungai Lui Kat Mana Ye?

Nyanyi tau, maksud dan takrifan tajuk lagu itu sendiri tak tau. Itulah korang.. Sama lah kita. Duduk dengar lagu nyanyian Aizat Amdan yang bertajuk Sungai Lui tu, tp xtau kan lokasi dan info tentang Sungai Lui tu sendiri. Aizat Amdan, bukan Afiq Amdan ye rakan-rakan.

Kenapalah tajuk dia Sungai Lui. Sungai Klang mungkin xsesuai kerana kalernya yang macam neslo tu. Sungai Nil pula adalah sungai terpanjang di dunia, takut liriknye pon tak habes2 nak tulis. Bila search kat google, Sungai Lui macam tak wujud je. Yang ada cuma sebuah tempat yang bernama Kampung Sungai Lui.

Apa pendapat panel-panel yang hadir hari ini terhadap lagu Sungai Lui? Mengapa Aizat menulis lagu yang berkaitan dengan Sungai Lui. Dan mengapa tajuk itu yang dipilih beliau?

Prof Madya Samadi : Hmmm.. Bagi pendapat saya.. Mungkin Aizat menulis lagu berdasarkan sifat semula jadi sungai itu sendiri. Aliran sungai yang mengalir tenang jika tiada unsur luar yang mengganggu.. Maksudnya, mungkin tema "keamanan" yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut. Keamanan yang mampu memberi kehidupan yang bahagia juga abadi jika semua manusia di dunia ini cuba mempertahankan risalah keamanan itu.

Roberto Carlos : Bagi pendapat saya.. Mungkin Aizat pernah bertemu cinta pertamanya di Sungai Lui sewaktu sedang picnic dengan family nya. Ianya tak mustahil, sebab mungkin dia cuba abadikan kisah cinta itu dengan penulisan sebuah lagu. So sweet dia kan?

Safee Sali : Mungkin Aizat takde idea dah.

En Mimpi : Tak tau camana nak cakap. Kampung Sungai Lui adalah sebuah tempat di mana bagi penduduk-penduduk di situ, itulah tempat mereka hidup dan membesar. Bagi mereka, tiada tempat lain yang boleh membahagiakan seperti mana mereka bahagia di tempat mereka itu. Mungkin Aizat cuba sampaikan mesej "sejauh mana kita pergi, ingatlah di mana asal-usul kita". Pandai-pandai je aku ni!!

Ustazah Pilihan : Sedap lagu ni. Kan lebih sedap jika Aizat menyanyikan lagu berunsur dakwah atau ketuhanan. Huhu.

Haa itu lah pendapat tetamu-tetamu saya yang hadir hari ini. Tak kisah la pendapat yang mana korang nak setuju, terpulang kepada fahaman masing-masing. Setiap orang ada pendapat yang sendiri , dan kita harus menghormati pendapat masing-masing.. Tapi ustazah macam tak berapa menjawab soalan la.. Takpe, sekarang kita menjemput artis undangan kita , Encik Mimpi untuk membuat persembahan. Di persilakan....!!


Wednesday, October 5, 2011

Lagu Annoying Sangat Ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai , ini Encik Mimpi. Memang cari pasal la kalau tak kenal. Femes gila beb. View kat youtube pon da sampai 12 viewers sehari. Jangan jeles. NyumNyum...

Alhamdulillah, En Mimpi telah selamat sampei kat tempat study En Mimpi ni awal tengahari semalam. Sampei? Setelah sebulan setengah cuti musim panas di Malaysia. Alhamdulillah segalanye selamat, cuma semalam kat airport kene tahan dengan kastam sini sebab disyaki membawa masuk daun2 yg boleh mengkhayalkan dan disyaki daun-daun tersebut adalah ganja ataupon marijuana. Halloooowww.... Memang la daun-daun I ade bawak, dan memang lah boleh mengkhayalkan. Tapi ini daun kari, daun pandan dan daun limau purut untuk I masak kat sini, kalau dah masuk dalam masakan tak ke mengkhayalkan. Hammboiy.. Suka-suka je nak tahan-tahan I. Bukan ganja atau marijuana hokayyyhh.. Tak kuasa Mak nak layan pegawai-pegawai kastam tu. Da la kene tahan kat bilik kebal, pastu kene soal siasat pulak. Cita-cita nak jadi polis la tuh, tapi dapat jadi pegawai kastam je. Haha jangan marah tuan, gurau je. Nasib baik lepas je lepas tu and takde kene masuk lokap ke ape. Alhamdulillah.

Sepanjang kat dalam kapal terbang Air Asia yang takde hiburan tu, En Mimpi yang kebosanan hanya mampu dengar lagu dari Ipod En Mimpi ni je. Selama 8jam di dalam , Ipod je la peneman setia di samping kadang-kadang menggaru peha. Dalam ipod ni, ada satu lagu yang femes gak la kat Msia skang.. Boleh kata selalu jugak la kuar radio. Sebab tu la En Mimpi masukkan dalam iPod ni sebab boleh laa dengar-dengar dalam flight tu.

Lagu bertajuk "Lelaki Seperti Aku", nyanyian Aziz Satar. Ala, yang berlakon dengan P.Ramlee dulu-dulu tu. Sekarang dengar cerita, da dapat pangkat Datuk dah. Mungkin cucu da banyak da sekarang... Tapi suara dia dalam lagu ni still dengar macam muda-muda gitu. Still bertenaga dan kita tak expect pon yang nyanyi lagu ni Aziz Satar. Tahniah diucapkan kepada Aziz Satar, vokal yang mantap, orang melayu kata, "tak lekang dek usia".

Tapi lirik untuk lagu "Lelaki Seperti Aku" ni macam poyo jugak ar. Macam lelaki yang perasan bagus. Perasan gila. En Mimpi seumur hidup tak pernah perasan macam tu. Tapi orang selalu ar cakap En Mimpi ni cute, hemsem, macho, sopan, menhormati orang tua, menggiurkan dan sebagainya. Nak buat camana, orang da cakap camtu terima je la. Tapi segala puji bagi Allah la tapi. Hee..

So sebab nak bagi lagu "Lelaki Seperti Aku" ni kurang sikit sifat-sifat poyo dan "perasan" itu, Encik Mimpi nyanyikan lagu ini kembali dengan lirik yang sedikit telah diubah mengikut piawaian sirim. Agar lagu ni takde lah annoying sangat dengar.. so Enjoy la. Hayati liriknya dengan penuh keinsafan ok.

Lelaki Seperti Aku - Encik Mimpi


P/S: Haa kan da kurang sikit poyo dan perasan lagu ni. Ke rasa lagi bertambah poyo dan bertambah perasan?


Ustazah Pilihan : Setiap manusia diciptakan Allah ada kekurangan dan kelebihannya yang tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang telah diciptakan-Nya, kerana walau betapa hebatnya kelebihan yang kita ada, itu semua milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara saja di dalam dunia ini. Amboi.

Nuff n Klik Sini!