Diz is me again, Mr.Mcdreamy atau dalam jawanye, Encik Mimpi. Today , i'm going to tell u how to compose a song using Adobe Photoshop. Xkan la buat lagu guna photoshop, logik sket bro.. Di sini ade ditunjukkan tips2 bagaimana mencipta lagu dengan kemachoan dan keyakinan agar anda mampu berdaya saing dan mengharumkan nama Zabedah.
1- Berak : Ketika berak, bawa gitar sekali ke dalam bilik air. Kaedah ini sukar dilakukan di jamban bercangkung.Hanya jamban duduk saja yg dibenarkan oleh warden. Jika anda tidak suka jamban duduk(kerana setiap lepasan bom menjanjikan lantunan air suci ke arah punggung kembali),jangan amalkan petua ini.
2-Tawaduk dan Zuhud: Ketika berak, hendaklah bersifat tawaduk dan zuhud, di mana sifat ini sebenarnye adalah satu momentanasilasi(ape ni!?) untuk kita mencari idea untuk memulakan penciptaan rhythm atau dlm bahase brunei, 'melodi'.Petikkan gitar apabila mula mendapat idea.
3.Cekal : Anda harus menganggap setiap bunyi lepasan bahan kumbahan anda itu sebagai guide untuk anda menjaga tempo atau kelajuan muzik. Anggap saja ia seperti bunyi drum.
4.Lirik : Lagu yg baik haruslah disertakan lirik yg berkaitan dgn peristiwa dan perasaan sebenar yg dialami oleh penulis lirik sesebuah lagu itu.Untuk mendapatkan lirik yang bagus, kurangkan kerutan muka ketika meneran kesucian cinta abadi ketika berak.Menetapkan tajuk sesebuah lagu terlebih dahulu sebelum memikirkan lirik adalah satu method terbaik dalam penulisan sesebuah lagulisasi, agar penulisan lirik tidak lari dari penceritaan asal sesebuah lagu.(tgk AF la, kate kak oji kan cerita dalam lagu tu penting).

5. Taat Kepada IbuBapa : Setelah mendapat rhythm atau melodi serta mengenalpasti cerita ape yg ingin disampaikan dalam lagu yg ingin diciptalisasi, barulah kita rakam melodi tersebut dgn kaedah Humming. Humming tu ialah nyanyian tanpa lirik, seperti "La la la laa..la laaa la la laaa" atau pon "dum..dum di dum dumm dumm..". Jangan mengamalkan bunyian "ahh ahh Ahhh arhhh urhh " kerana ia tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 81 tahun.Rakaman boleh dijalankan menggunakan recorder hp atau pon komputer riba anda.Pastikan riba anda tidak berbulu.
Contoh Lagu Dengan Humming Method: