Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Friday, October 28, 2011

Love Story : Cinta dan Malam Kita (Part 1)

"Sudahlah tu sayang.. Bawak bersabar ye .. Abang kan ada ni..", kataku pada dia, sambil mengusap-usap bahunya. Berharap agar dia akan lebih tenang dengan kata-kata pujukan ku itu. Memang inilah tugas aku, dan tanggungjawab diriku. Sebagai seorang suami, aku tak pernah jemu atau letih untuk memujuk dia ketika dia sedang bersedih atau berduka tentang sesuatu perkara.

Walaupun usia perkahwinan kami baru hanya menghampiri 5 tahun, sangat banyak cabaran dan dugaan yang telah datang menguji kekuatan rumah tangga kami. Aku memilih isteriku, Dira, sebagai teman hidupku 5 tahun dahulu, seikhlasnya kerana aku benar-benar mencintai dia, maka aku tinggalkan dan aku hapuskan semua cerita cintaku yang lain untuk membuktikan kesetiaanku padanya. Sebelum aku berkahwin dengan Dira, aku mempunyai sangat ramai kawan wanita atau scandal yang berada di sekeliling pinggangku. Maklumlah, aku adalah bekas seorang pemuzik yang agak dikenali. Setelah aku berjumpa dan berkenalan dengan Dira, segala-galanya telah berubah. Dira banyak mengajar aku erti kasih sayang dan maksud cinta yang sebenar. Aku belajar definisi sebenar perkataan “taat” dan “setia” seiring dengan hari-hariku yang aku luangkan bersama dengannya. Maka aku telah buat keputusan untuk melamar Dira dan terus meninggalkan gadis-gadis lain yang pernah wujud dalam diari hidupku Dan mungkin sebab itu juga, banyak pihak yang berdendam dengan aku, dan tidak senang melihat aku bahagia bersama Dira.

Pelbagai kata-kata fitnah dan tuduhan palsu ditaburkan kepada kami, tanpa kami tahu di mana asal-usulnya dan angkara siapa yang memulakannya. Yang pasti, semuanya tidak syak lagi, lahirnya dari perbuatan hasad dengki dari pihak-pihak ketiga yang tidak senang melihat kebahagiaan aku dan Dira. Aku sedar, sangat besar ujian yang Dira akan hadapi selepas berkahwin dengan aku yang merupakan seorang bekas playboy ini. Namun aku sangat bersyukur kerana Dira sangat mempercayai aku dan selalu berjanji setia untuk menghadapi segala cabaran bersama-sama dengan aku, walau apa jua yang bakal terjadi.

Namun, manusia tetap manusia. Yang mempunyai isi hati dan perasaan. Walau sekuat mana hati seseorang manusia itu, sudah tentu akan ada batasannya juga. Inikan pula hati seseorang manusia yang bernama wanita. Meskipun Dira seseorang yang sangat tabah, dia juga seorang yang sangat manja dan sensitif. Jadi perkara yang berlaku malam ini bukan sesuatu yang asing bagiku. Bila dia bersedih sebegini, akulah orangnya yang akan menenangkan hatinya kembali.

“Sayang.. Kita hadapi semua ni bersama, okay? Sayang jangan mudah mengalah dan putus asa ye.. Walau apa pun, abang akan ada di sisi sayang.. Abang akan selalu menyayangi sayang”, kata ku lagi, masih cuba untuk memujuk sang isteriku itu. Sayu aku melihat wajahnya yang sedang bermuram durja itu. Sambil memegang erat jari-jemarinya, aku menarik selimut di bawah kakinya dan aku litupkan tubuhnya yang sedang terbaring lemah di atas katil bilik tidur kami itu.

“Abang.. Kadang-kadang Dira rasa Dira tak mampu.. Walaupun Dira tau semua itu hanya fitnah semata, tapi Dira tak mampu menahan sedih bila orang sekeliling berkata sesuatu yang buruk terhadap abang.. Dira sayang sangat kat abang, Dira tak sanggup dengar semua tu abang…”, ujar sang isteriku. Tersentuh hatiku mendengar kata-kata dari insan yang sangat aku sayangi itu. Aku cuba menahan air mata kerana aku tidak mahu kelihatan lemah di depan isteriku yang sedang bersedih. Lagi-lagi kerana ini bukan masanya yang sesuai untuk aku mengalirkan air mataku. Kerana tugasku sekarang untuk menghilangkan kesedihan dia, maka aku tidak boleh turut serta menunjukkan kesedihan yang aku rasa.

“Sayang.. Sabar ye sayang.. Yang penting kita berdua tahu kebenarannya yang sebenar kan... Abang tak nak benda macam ni buat sayang abang ni takde semangat macam ni. Abang tak mahu sayang abang ni bersedih..”, kataku padanya sambil mengusap-usap rambut isteriku itu. Aku cuba berikan belaian yang terindah padanya untuk cuba meyakinkan dia bahawa aku akan selalu ada di sampingnya, aku akan selalu berada dalam hatinya walau apa yang berlaku.

“Cuba senyum sikit. Tak comel la sayang abang ni kalau buat muka sedih macam ni!”, Aku cuba mengusiknya dengan harapan dia akan rasa lebih bersemangat. “Tengok tu, pipi sayang dah tak tembam dah sebab buat muka sedih. Tenggelam dah pipi tu. Tak comel lah kalau tak tembam! Cepat senyum! Bagi dia tembam balik!”, ujarku lagi padanya. Dan usikan aku itu nampaknya berbuahkan hasil. Sang isteri mula mengukirkan sedikit senyuman walaupun senyuman itu nampak seperti “senyuman terpaksa” dan dibuat-buat.

Aku teruskan mengusiknya lagi. “Amboiyy, senyum tak ikhlas nampak. Siapa ajar ni? Abang tak pernah ajar sayang buat kerja-kerja tak ikhlas kan? Cepat senyum betul-betul. Sayang abang tak?”, kataku seolah-olah mengugutnya manja. Lalu dia membalas, “Kalau nak Dira senyum betul-betul, cepat nyanyikan “lagu tu”.. Nyanyikan ulang-ulang “lagu tu” sampai Dira tertidur. Cepat! Sayang Dira tak?”. Tersenyum aku mendengar kata-katanya itu yang seolah-olah mengajuk balik kata-kataku tadi.

Tanpa berfikir panjang, aku terus meregangkan tubuh badanku untuk menggapai gitar akustik ku yang selalu aku letakkan di sisi katil bilik itu. Setelah gitar buruk itu telah berjaya aku capai, aku pangkukan gitar itu di ribaku, dan aku berkata “Alah, setakat “lagu tu” , lapan juta kali abang boleh nyanyikan untuk sayang lah. Basic sangat kot.”. Isteriku terus tersenyum manja mendengar kata-kataku. Sejuk hatiku bila memandang senyumannya yang bagiku seindah mutiara itu.

Itulah antara sifat semula jadi isteriku yang manja ini. Sangat sensitif, sangat mudah tersentuh namun jika kena caranya, sangat mudah untuk hatinya dipujuk. Dan aku sangat bersyukur kerana mempunyai bakat bermain muzik dan menyanyi untuk aku hiburkan isteriku itu disaat dia sedang berduka. Dan telah menjadi kebiasaan bagiku, jika dia bersedih, dia akan selalu meminta aku menyanyikan kepadanya “lagu itu”. “Lagu itu” merupakan sebuah lagu yang aku tuliskan khas untuk dirinya, sebagai lagu penemannya jika dia bersedih ketika mahu masuk ke alam lena.

Aku tahu aku hanya insan biasa, aku tidak mempunyai mukjizat atau kuasa luar biasa yang membolehkan aku masuk ke dalam alam tidur seseorang. Jika insan yang aku sayang itu telah masuk ke alam mimpinya, aku tidak mampu untuk ikut sekali menyelami dunia ilusi itu. Jadi aku tidak tahu apa yang dia akan alami ketika berada di alam lena tersebut. Mungkin dia akan dibawa ke alam mimpi yang indah. Mungkin juga dia akan diheret masuk ke alam mimpi yang menakutkan dan menyedihkan. Aku sebagai manusia biasa tidak mampu mengawal perkara-perkara tersebut.

Namun, aku sangat-sangat tidak mahu melihat dia bersedih meskipun hanya di alam mimpi. Maka “lagu itu” aku tuliskan untuknya, dengan harapan aku akan menjelma dan muncul di dalam tidurnya untuk terus menjadi pelindung dirinya. Bersama dengan kelamnya hening malam, aku memohon agar terus diberikan peluang untuk melindungi permaisuri hatiku itu.

Maka, aku mula nyanyikan “lagu itu” padanya.. Dengan diiringi petikan gitar tua itu, aku nyanyikan dengan penuh kasih sayang dan cintaku. Aku menyanyi dengan sepenuh hatiku, dengan sepenuh jiwaku. Aku terus menyanyi dan menyanyi sehingga aku mendengar dengan jelasnya suara nafasnya yang telah lena dibawa arus mimpi.

Seketika aku hentikan nyanyian ku itu, dan aku rapatkan bibir ke dahi isteriku untuk memberikan kucupan malam sebagai pengganti ucapan rinduku padanya. Seterusnya, aku merapatkan bibirku ke telinganya dan aku bisikkan perlahan-lahan kepadanya….”SELAMAT MALAM CINTA….”

Aku memangku gitarku kembali dan aku teruskan menyanyi berulang-ulang kali “lagu itu” . Lagu yang penuh makna bagi kami berdua… Lagu bertajuk “Selamat Malam Cinta”.


Selamat Malam Cinta

(A lullaby song)


Lagu: Encik Mimpi
Lirik: Encik Mimpi

Sebelum kau terlena
Dengarkan irama ku
Sebagai peneman rindu
Mengharungi malam mu

Hilangkan resah hati mu
Hilangkan duka jiwa mu
Yakin ku ada di sisi
Temani mimpi-mimpi mu

Malam, ku meminta kepadamu
Lindungi permaisuri ku
Ku sungguh menyayangi nya

Sayang, pegang erat jemariku
Dan jangan kau lepaskannya
Ku kan ada di sisi mu
Selamat Malam Cinta

P/s: Segala jalan cerita dan watak di dalam penulisan ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan hidup Rosdi, Talib ataupun Marwan. Atau Michael .


Monday, October 24, 2011

Tolong Jangan Gagap Sangat

Assalamualaikum.

Hadoi.. Wa bukan apa.. Geram kat diri sendiri.. Wa ni macho tu memang macho, tapi kalau setakat macho je lebih, tapi tak pandai bercakap pon tak guna. Wa ni bukan jenis yang petah bercakap. Cakap memang berterabur dan tak tersusun, pastu suka cakap meleret-leret malah kuat merepek pula tu. Sebab tu walaupon wa kat sekolah dulu masa muda-mudi tak pernah masuk pertandingan bahas ataupon syarahan. Sebab ape? Sebab memey wa tak pandai bercakap atau berucap. Ade laaa sekali mase wa sekolah rendah wa masuk pertandingan bercerita, tapi langsung kalah. Tak dapat nombor pon. Haduii.. Nasib baik cute.

Lagi-lagi kalau bercakap dengan gadis, sebenarnya wa sangat kekok. Dalam kekok-kekok tu sebenarnye wa struggle control tak bagi nampak kekok kalau bercakap atau berkomunikesyen . Maklumlah depan gadis kene tunjuk cool. Ketiak basah takpe, tak perasan sangat. Memang control jugak sebenarnye, abes tu nak buat camana. Lagi-lagi kalau berhadapan dengan gadis yang wa ada hati atau gadis yang wa pernah crash. Memang tak natural. Mungkin sebab dulu mase sekolah rendah, 6 tahun wa bersekolah kat sekolah gay kot. I mean sekolah lelaki lah,yakni Methodist Boy School. Crash..

Eh sebenarnye wa sorang je ke rasa macam ni ke atau kat luar sana ramai gak yang rasa macam wa ni? Wa kadang kohonpius (confuse) jugak, adakah benda ini normal bagi seseorang lelaki ataupon wa ni memang jenis tak gentle. Wa ingat lagi 1st time wa cakap dengan gadis dalam phone, waktu tu sekolah menengah wa form 2. Time tu wa dok asrama, pastu time tu komfrem la wa tak ada handphone lagi. Time tu kalau nak kol kat asrama kene guna public phone la gamaknye. Da lah public phone time tu tak macam public phone sekarang. Takde touch screen langsung, hadui..

Nak dijadikan cerita, waktu tu wa tengah syok kat sorang gadis ni. Budak satu sekolah, tapi kelas lain. Entah camana ntah wa dapat nombor dia, wa pon tak hengat. Time tu google takda lagi, wa tak rasa wa dapat dari google. Yang penting dialah gadis pertama wa kol and bercakap dalam phone. Kaki ketaq kaw-kaw, peluh membasahi ruangan ketiak yang sempit, tangan yang memegang ganggang telefon pon turut serta mengikut rentak getaran. Memang chuak beb. Maklumlah, pengalaman pertama. Bila dia angkat je panggilan, and bila wa dengar je suara dia cakap "Hello".. Hadoi.. Rasa nak gugur je wa punya tiup falopio. Neves gila babas dan wa tak mampu nak bercakap dengan teratur. Gagap kaw kaw dan dia pon macam pelik dengan keadaan wa waktu tu. Adoi.. Bila fikir balik, rasa cam down sikit-sikit pon ada. Rase macam tak cool langsung. Nasib baik cute. Sekarang wa tak tau gadis tu sekarang apa cerita. Tak kisah la, wa bukan minat dia sangat. Dia yang terhegeh-hegeh nak kat wa . *pulak..

Haa tu lah sediki sebanyak cerita pasal wa. Tapi sekarang wa takde lah gagap macam dulu-dulu tu. Start sekolah menengah form 4 wa da pandai manage sikit-sikit cara bergaul and skill bercakap dengan orang lain. Takde lah seteruk masa kecik-kecik dulu. Bila da pandai bercakap ni, dah mula jugaklah pandai bermain ayat-ayat manis dengan pelbagai jenis lapisan gadis . Menabur janji-janji palsu. Memang tak guna punya olang. Haha gurau je. Sikit-sikit ada la. Diam ah kau.

So wa nak jemput la Ustazah Pilihan untuk memberikan sepatah dua kata. Silakan Ustazah.

Ustazah Pilihan : Tiada masalah kalau kita tidak pandai bercakap sekalipun. Tiada masalah kalau kita seorang yang gagap duakalipun. Sesunggunya, diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata. Kerana setiap bicara yang baik akan membawa keselamatan dan keharmonian, sebaliknya bicara yang buruk membawa kepada kehancuran dan dosa. Jadi gunakan nikmat berkata-kata itu pada perkara yang betul ..

Amboi seriusnya...



Aishiteru acousticed by Encik Mimpi

Sunday, October 16, 2011

Pembukaan (Al-Fatihah)

Alhamdulillah. Maaf jika begitu lama menyepi. Baru-baru ni besar rezeki yang Allah berikan pada aku. Aku tak tahu apa sebenarnya usaha yang aku betul-betul dah buat, tapi Allah telah kurniakan aku rezeki yang cukup hebat. Semua pujian dan kata-kata pujaan terhadap aku, aku cuba letakkan pada tahap terendah sebab aku sedar segala puji itu hanyalah untuk-Nya. Ya Allah, jauhilah aku dari sifat takbur dan riak. Tak kurang juga kata-kata tomahan dan kata-kata kesat pun aku dapat jugak lah satu set lengkap. Alhamdulillah juga, sebab aku tak tergolong dalam golongan yang suka menghina dan mengkeji seperti itu.

Surah "Al-Fatihah". InsyaAllah kita akan baca setiap hari terutamanya dalam solat lima waktu kita. Heh. Aku bukan bagus sangat. Belum cukup lagi ilmu aku nak ajar korang semua. Cuma ini sebagai ingatan kepada aku sendiri dan aku fikir mungkin boleh kongsi sekali dengan korang. Kita mungkin baca surah ini setiap hari, tapi mungkin kita akan dapat hayati solat kita tu dengan lebih baik jika kita tau maksud surah itu sendiri. Aku tak pandai sangat hal-hal agama ini, tapi aku still tau lagi mana yang buruk dan mana yang baik untuk kita berkongsi bersama.

Al-Fatihah bermaksud "pembukaan". Jadi aku berikan tajuk "Pembukaan" kepada lagu ini. Harap kita semua dapat amalkan bersama dan semoga lebih dapat menghayati solat-solat kita. Juga nasihat untuk diri sendiri untuk menjaga solat di bumi asing ini. InsyaAllah.


Pembukaan




Ya Allah
Dengan menyebut nama-Mu
Maha Pemurah
Nama-Mu Maha Penyayang
Oh Tuhan

Segala puji bagi Mu
Pencipta semesta alam
Tuhan yang Maha Pemurah
Maha Penyayang

Engkau yang miliki
Engkau yang adili
Di Hari Pembalasan Nanti

Hanyalah pada-Mu
Ku beri sembahku
Kami memohon hanya pada-Mu

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan di mana Kau berikan nikmat
Bukan mereka yang Kau murkai
Bukan juga yang sesat di hati

P/S: Lirik diolah mengikut kesesuaian melodi namun mengekalkan maksud asal surah tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila rujuk gambarajah di bawah. =)





Thursday, October 13, 2011

Ending Lagu "Cinta Muka Buku"

Assalamualaikum semua. Huh. Siapa yang tak tahu lagu "Cinta Muka Buku" memang cari pasal la. Bukan ke lagu tersebut selalu je diputarkan di radio dan menjadi siulan remaja dewasa ini? Tahniah saya ucapkan kepada Najwa Latif kerana berjaya mencipta lagu yang easy-listening macam tu. Semoga beliau akan terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti untuk masa akan datang.

Sekarang memang zaman moden, kalau boleh semua nak internet je. Semua nak berharap pada teknologi. Sebut je facebook or twitter, budak-budak pon tahu menatang apa tu. Memanglah social networking automotive macam Facebook dan Twitter ini memudahkan kita hendak berhubung dengan kenalan-kenalan kita. Tapi kadang-kadang kalau ianya disalahgunakan, mungkin boleh membawa padah. Tapi yakin je "automotive" aku sebut tadi.

Facebook dan Twitter?

  • Boleh buat kita bertambah kawan. Juga boleh buat kita bertambah musuh.
  • Boleh buat kita bertambah ilmu. Juga boleh buat kita bertambah buntu.
  • Boleh buat kita jatuh cinta. Juga boleh buat kita putus cinta.
  • Boleh buat kita lebih memahami. Juga boleh buat kita salah faham.
  • Boleh buat kita hilang rasa sepi. Juga boleh buat kita lebih menyendiri.
  • Boleh buat kita lebih terbuka. Juga boleh buat kita lebih bermuka-muka.

Saya tak mahu ulas panjang-panjang point-point yang telah diberikan di atas. Anda sendiri sebagai pengguna Facebook dan Twitter mesti lebih arif dan mungkin ada antara korang yang selalu mengalaminya sendiri. Jadi terpulang pada diri sendiri untuk memilih jalan mana yang baik untuk diri anda itu. Wah wah, macam pakar motivasi pulak I.

So sekarang mari kita berhibur dengan lagu sambungan kepada lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian asal Najwa Latif itu. Mungkin bagi pendengar-pendengar lagu tersebut, mesti ada yang tertanya-tanya soalan-soalan seperti:

  • "Eh apa da jadi dengan dorang lepas kapel melalui FB tu?" .
  • "Kalau maen FB mesti dorang maen Twitter sekali. Boleh ke follow dorang?"
  • "Dorang kahwen tak lepas tu? Kekal ke cinta-cinta alam maya macam tu?".
So bagi menjawab soalan-soalan tersebut, Encik Mimpi telah menyanyikan lagu ending untuk lagu "Cinta Muka Buku" tersebut. Tapi versi lelaki la. Silalah dengar.. Huhu.

Tajuk : Putus Di Twitter
Artis : Encik Mimpi (artis lah sgt)


P/S: Najwa jangan marah ye. I gurau-gurau je ni. I peminat U jugak tau. Huhu..


Ustazah Pilihan : "Tak salah kita berhibur, tapi ada batas-batasnya. Jangan sampai melekakan dan me"lagha" hidup kita hingga terlupa amanah kepada yang Maha Esa."

Amboi. Begitulah komen Ustazah pada hari ini.

Sunday, October 9, 2011

Sungai Lui Kat Mana Ye?

Nyanyi tau, maksud dan takrifan tajuk lagu itu sendiri tak tau. Itulah korang.. Sama lah kita. Duduk dengar lagu nyanyian Aizat Amdan yang bertajuk Sungai Lui tu, tp xtau kan lokasi dan info tentang Sungai Lui tu sendiri. Aizat Amdan, bukan Afiq Amdan ye rakan-rakan.

Kenapalah tajuk dia Sungai Lui. Sungai Klang mungkin xsesuai kerana kalernya yang macam neslo tu. Sungai Nil pula adalah sungai terpanjang di dunia, takut liriknye pon tak habes2 nak tulis. Bila search kat google, Sungai Lui macam tak wujud je. Yang ada cuma sebuah tempat yang bernama Kampung Sungai Lui.

Apa pendapat panel-panel yang hadir hari ini terhadap lagu Sungai Lui? Mengapa Aizat menulis lagu yang berkaitan dengan Sungai Lui. Dan mengapa tajuk itu yang dipilih beliau?

Prof Madya Samadi : Hmmm.. Bagi pendapat saya.. Mungkin Aizat menulis lagu berdasarkan sifat semula jadi sungai itu sendiri. Aliran sungai yang mengalir tenang jika tiada unsur luar yang mengganggu.. Maksudnya, mungkin tema "keamanan" yang ingin disampaikan dalam lagu tersebut. Keamanan yang mampu memberi kehidupan yang bahagia juga abadi jika semua manusia di dunia ini cuba mempertahankan risalah keamanan itu.

Roberto Carlos : Bagi pendapat saya.. Mungkin Aizat pernah bertemu cinta pertamanya di Sungai Lui sewaktu sedang picnic dengan family nya. Ianya tak mustahil, sebab mungkin dia cuba abadikan kisah cinta itu dengan penulisan sebuah lagu. So sweet dia kan?

Safee Sali : Mungkin Aizat takde idea dah.

En Mimpi : Tak tau camana nak cakap. Kampung Sungai Lui adalah sebuah tempat di mana bagi penduduk-penduduk di situ, itulah tempat mereka hidup dan membesar. Bagi mereka, tiada tempat lain yang boleh membahagiakan seperti mana mereka bahagia di tempat mereka itu. Mungkin Aizat cuba sampaikan mesej "sejauh mana kita pergi, ingatlah di mana asal-usul kita". Pandai-pandai je aku ni!!

Ustazah Pilihan : Sedap lagu ni. Kan lebih sedap jika Aizat menyanyikan lagu berunsur dakwah atau ketuhanan. Huhu.

Haa itu lah pendapat tetamu-tetamu saya yang hadir hari ini. Tak kisah la pendapat yang mana korang nak setuju, terpulang kepada fahaman masing-masing. Setiap orang ada pendapat yang sendiri , dan kita harus menghormati pendapat masing-masing.. Tapi ustazah macam tak berapa menjawab soalan la.. Takpe, sekarang kita menjemput artis undangan kita , Encik Mimpi untuk membuat persembahan. Di persilakan....!!


Wednesday, October 5, 2011

Lagu Annoying Sangat Ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai , ini Encik Mimpi. Memang cari pasal la kalau tak kenal. Femes gila beb. View kat youtube pon da sampai 12 viewers sehari. Jangan jeles. NyumNyum...

Alhamdulillah, En Mimpi telah selamat sampei kat tempat study En Mimpi ni awal tengahari semalam. Sampei? Setelah sebulan setengah cuti musim panas di Malaysia. Alhamdulillah segalanye selamat, cuma semalam kat airport kene tahan dengan kastam sini sebab disyaki membawa masuk daun2 yg boleh mengkhayalkan dan disyaki daun-daun tersebut adalah ganja ataupon marijuana. Halloooowww.... Memang la daun-daun I ade bawak, dan memang lah boleh mengkhayalkan. Tapi ini daun kari, daun pandan dan daun limau purut untuk I masak kat sini, kalau dah masuk dalam masakan tak ke mengkhayalkan. Hammboiy.. Suka-suka je nak tahan-tahan I. Bukan ganja atau marijuana hokayyyhh.. Tak kuasa Mak nak layan pegawai-pegawai kastam tu. Da la kene tahan kat bilik kebal, pastu kene soal siasat pulak. Cita-cita nak jadi polis la tuh, tapi dapat jadi pegawai kastam je. Haha jangan marah tuan, gurau je. Nasib baik lepas je lepas tu and takde kene masuk lokap ke ape. Alhamdulillah.

Sepanjang kat dalam kapal terbang Air Asia yang takde hiburan tu, En Mimpi yang kebosanan hanya mampu dengar lagu dari Ipod En Mimpi ni je. Selama 8jam di dalam , Ipod je la peneman setia di samping kadang-kadang menggaru peha. Dalam ipod ni, ada satu lagu yang femes gak la kat Msia skang.. Boleh kata selalu jugak la kuar radio. Sebab tu la En Mimpi masukkan dalam iPod ni sebab boleh laa dengar-dengar dalam flight tu.

Lagu bertajuk "Lelaki Seperti Aku", nyanyian Aziz Satar. Ala, yang berlakon dengan P.Ramlee dulu-dulu tu. Sekarang dengar cerita, da dapat pangkat Datuk dah. Mungkin cucu da banyak da sekarang... Tapi suara dia dalam lagu ni still dengar macam muda-muda gitu. Still bertenaga dan kita tak expect pon yang nyanyi lagu ni Aziz Satar. Tahniah diucapkan kepada Aziz Satar, vokal yang mantap, orang melayu kata, "tak lekang dek usia".

Tapi lirik untuk lagu "Lelaki Seperti Aku" ni macam poyo jugak ar. Macam lelaki yang perasan bagus. Perasan gila. En Mimpi seumur hidup tak pernah perasan macam tu. Tapi orang selalu ar cakap En Mimpi ni cute, hemsem, macho, sopan, menhormati orang tua, menggiurkan dan sebagainya. Nak buat camana, orang da cakap camtu terima je la. Tapi segala puji bagi Allah la tapi. Hee..

So sebab nak bagi lagu "Lelaki Seperti Aku" ni kurang sikit sifat-sifat poyo dan "perasan" itu, Encik Mimpi nyanyikan lagu ini kembali dengan lirik yang sedikit telah diubah mengikut piawaian sirim. Agar lagu ni takde lah annoying sangat dengar.. so Enjoy la. Hayati liriknya dengan penuh keinsafan ok.

Lelaki Seperti Aku - Encik Mimpi


P/S: Haa kan da kurang sikit poyo dan perasan lagu ni. Ke rasa lagi bertambah poyo dan bertambah perasan?


Ustazah Pilihan : Setiap manusia diciptakan Allah ada kekurangan dan kelebihannya yang tersendiri. Bersyukurlah dengan apa yang telah diciptakan-Nya, kerana walau betapa hebatnya kelebihan yang kita ada, itu semua milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara saja di dalam dunia ini. Amboi.

Nuff n Klik Sini!