Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Wednesday, September 14, 2011

Selamat Malam Cinta ...

Okay. Aku jiwang. So ada masalah? Kalau tak suka janganlah baca. Ini kan blog kepunyaan daku. So aku boleh tulis and sampaikan apa yang aku rasa. Sebuk apahal. Eh, emo pulak ko ni. Rilek arr. Takde sape pon cakap ko apa-apa. Ko sendiri yang emo lebih. Mende entah. Haha, tu lah pasal.. Aku pon tak tau kenapa aku tiba-tiba emo sikit..Hehe, jangan marah!

Cakap sorang-sorang tak cantek sangat la.

Baru saja abes menulis sebuah lagu baru.. Dapat idea dari sorang kawan kat page FB dia.. Dia ada post lagu instrument yang bertajuk "Selamat Pagi Cinta".. Sangat sedap and menenangkan. So tengah duduk-duduk dengan gitar buruk ni, aku teringat tentang waktu tuu.. Waktu aku selalu nyanyikan lagu untuk orang yang aku pernah sayang. Aku ada kirimkan sebuah lagu "bangun pagi" untuk dia.. Aku pesan kat dia bila bangun tidur jangan lupa dengar lagu tu. Mesti kene dengar.. Supaya dia selalu ingat kat aku.. heh, jiwang 14karat.

Aku juga selalu nyanyikan untuk dia sebelum dia masuk tidur.. Aku nyanyikan lagu-lagu yang tenang supaya dia dapat masuk tidur dengan baik.. Dan aku juga ada tuliskan sebuah lagu tidur yang khas untuk dia.. Lagu yang bertajuk "Tidurlah Sayang".. Lagu ini selalu aku nyanyikan untuk dodoikan dia.. Mungkin bukan setiap malam, tapi aku akan nyanyikan untuk dia kalau dia nampak macam susah nak tidur... Dan aku mesti nyanyikan untuk dia kalau dia mintak aku dodoikan dia..

Perempuan.. Sangat suka dimanja dan dibelai oleh orang yang dia sayang. Dan lelaki macam aku pulak, sangat suka memanjakan dan membelai orang yang aku sayang. Sebab tu aku suka nyanyikan untuk dia waktu-waktu malam.. Sebab dia akan happy bila aku tujukan lagu untuk dia.. Lagi-lagi kalau aku nyanyikan lagu-lagu cinta untuk dia sampai dia tertidur. Dalam skype la weh, bukan sebilik hokeyyy...Hehe..

"Move on. It is just a chapter in the past, but don't close the book, just turn the page."

Aku taknak sentuh banyak pasal perkara yang dah lepas ni. Aku tau aku seorang yang kuat dan mampu meneruskan kehidupan dengan baik, InsyaAllah, dengan izin Allah. Cuma aku tak boleh tipu diri aku yang kadang-kadang aku rindu saat itu. Semoga Allah memudahkan segala urusan serta jalan kehidupan aku dan dia.

Semalam aku tuliskan lagu ni, hasil ilham lagu "Selamat Pagi Cinta" dan lagu "Tidurlah Sayang" yang pernah aku tulis dulu. Lagu ini aku tuliskan dengan hati aku. Dan aku tak tujukan lagu ni pada siapa-siapa, sebab untuk masa ini hati aku masih belum terbuka untuk siapa-siapa. Badget hot gila cakap.Ptui. Sebab apa yang aku fokus sekarang, hanya untuk dapatkan semangat aku yang pernah ada dulu, untuk aku berjaya lagi lebih-lebih dalam study aku. Aku letakkan jodoh itu di tangan Allah, kerana Dia lah yang lebih mengetahui. Rileks ar, aku baru 23. Drogba da 30 lebih.

Lagu ni, aku janji aku tak akan nyanyikan secara live untuk siapa-siapa.. Sebab aku tak nak sia-siakan lagu yang datang dari hati ini untuk dinyanyikan pada orang yang bukan sebenarnya dicipta untuk hidup dengan aku. Bunyi budget hot lagi, tapi itu yang aku rasa, itu yang aku akan pegang. Cuma aku akan nyanyikan lagu ini untuk orang yang betul-betul aku sayang dan aku cintakan nanti.

Mungkin aku tak jumpa lagi siapa-siapa lagi untuk masa ni, tapi jika aku jumpa dan pasti dia tercipta untuk temani hidup aku selama-lamanya, aku akan cuba hiburkan dia pada setiap hari.. Aku akan sayangi dia setiap waktu.. Dan akan cuba temani dia tiap-tiap malam.. Aku akan nyanyikan lagu ini untuk dia agar dia dapat tidur dengan lena.. Supaya esoknya dia akan bangun disambut oleh pagi dengan hati yang tenang.. InsyaAllah, walaupon aku juga bukan insan yang sempurna, tapi aku cuba untuk sempurnakan cinta pada dia jika aku diberikan peluang sekali lagi untuk mencinta dan dicintai... Dengan izin mu Ya Ilahi...


p/s: Video ni hanya original sketch je.. Guna hp. So kualiti jangan komen ok..Heh. Lagu ini akan dirakam balik dengan proper recordings device for better quality. Pergh speaking maut...




Selamat Malam Cinta
(A lullaby song)


Lagu: Encik Mimpi
Lirik: Encik Mimpi

Sebelum kau terlena
Dengarkan irama ku
Sebagai peneman rindu
Mengharungi malam mu

Hilangkan resah hati mu
Hilangkan duka jiwa mu
Yakin ku ada di sisi
Temani mimpi-mimpi mu

Malam, ku meminta kepadamu
Lindungi permaisuri ku
Ku sungguh menyayangi nya

Sayang, pegang erat jemariku
Dan jangan kau lepaskannya
Ku kan ada menjagamu
Selamat Malam Cinta


Nota Kaki : Jodoh, rejekki (jawa pekat), hidup dan mati adalah ketentuan Yang Esa. Jadi janganlah lupa berdoa kepada-Nya supaya dimudahkanNya segala urusan kita. Dan ingatlah, cinta pada Allah itulah cinta yang kekal abadi ^^

Monday, September 12, 2011

Tetiba je rasa nak nyanyi lagu ni

Assalamualaikum dan salam 3 rasa untuk semua pembaca! Hey, masih tak terlambat untuk En Mimpi mengucapkan Ah Selamat Hari Raya, Aidilfitri mulia kepada semua muslimin dan muslimat yang berada di Malaysia dan juga seluruh dunia!

Tahun ni macam tahun lepas gak, En Mimpi dapat cuti and dapat lagi beraya di Malaysia dengan family kat sini. Memang terbaik, Malaysia memang terbaik selain daripada topap sudah naik harga sedikit. Chet. Tapi dari segi kualiti makanan, lagi-lagi time raye macam ni, Malaysia memang paling best dalam dunia arr. Duk luar negara apa ada? Ada ke ketupat rendang dan dodol? Ah, perkataan biasa digunakan dalam lagu raya!

Da lama x update, tetiba je Encik Mimpi rasa nak update blog ni plak.Mesti korang semua rindu gila ngan En Mimpi kan? Perasan kaw liaw.. Biasanya kalau En Mimpi balik malaysia, memang tak akan update blog ni, sebab kat Malaysia macam-macam nak buat, sampai hand not win (tak menang tangan). Tapi entah, sebab maybe harini duduk rumah je kot, so rasa nak update n nyanyi 2 buah lagu ni. Entah kenapa 2 lagu ni pulak.Nak dedicate for someone kot. Entah lah. Dengar je lah! Banyak bunyik pulak =)


Note: Dua-dua lagu ni En Mimpi rakam guna handphone pinjam dari adik. Kualiti memang taraf 3gp tepi tangga atau pasar malam, tapi sebab kamera En Mimpi rosak, so ni jelah modal yang ada. Hentam saje laaa...

Bila Cinta acousticed by Encik Mimpi



n enjoy this one jugop!


Inilah Cinta (Akim) acoucticed by Encik Mimpi



p/s: Raya lama lagi. Pasni nak buat lagu raya sepam dua arr plak.

Nuff n Klik Sini!