Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Rindu tak dengan wa? Kalau rindu katakan rindu, jangan biar hati mu tertunggu-tunggu.Jangan biarkan dirimu tersiksa menahan kerinduan itu.Kita manusia biasa, perasaan rindu tu memang sangat normal beb. Lafazkan perkataan rindu itu dan kau akan berasa lebih lega.Rindu itu sebenarnya ibarat dedaun hijau yang mekar menemani bunga yang sedang berkembang.. Pheewwwitttt.. Masuk-masuk je terus jiwang. Lek luuu....
Wa nak tanya lu bro. Dalam sepanjang kehidupan lu kan, bape kali lu penah jatuh cinta.
Bro: Ko tanya aku ke? Haha ni temuramah ke apa? Ok Ok wa cuba jawab. Aku sekarang umur 26, so pengalaman jatuh cinta tu banyak jugak lah. Ada lah dalam 13 kali...
Eh, banyak gak . 13 kali tuuu... Muka biasa je, misai je lebih. Boleh tahan bro ni. Bro, lu yakin ke lu jatuh cinta 13 kali. Entah-entah itu bukan cinta. Itu mungkin perasaan suka-suka biasa je.
Bro: Eh, aku tau arr , itu kan perasaan aku, bukan perasaan adik angkat ko atau perasaan makcik cafe kuat ngumpat tu. So aku yakin yang aku jatuh cinta sebanyak 13 kali.
Jangan yakin sangat bro, cinta dengan suka lain. Contoh macam wa dengan Siti Nurhaliza, wa hanya minat dan suka pada dia. Wa suka dia menyanyi dan wa suka perwatakan dia. Tapi tu lah,wa kadang-kadang susah gak ngan dia tu. Dia selalu salah anggap ingat wa cintakan dia. Tapi wa jujur, wa cakap wa tak cintakan dia. Sebab tu dia frust dan pilih Dato K. So, bro, lu nampak tak perbezaan suka dengan cinta?
Bro: Amboiyy story ko ni. Nak gempak ajer. Memanglah suka dengan cinta tu lain weh. Aku tahu benda tu.Tapi bukankah kita semua bersaudara? (tibe-tibe). Cakerawala mencengkam sejenak ruang harmoni kehidupan abadi kann? Bulan ibarat sungai yang dipacak lambung oleh baiduri!!!
Apa maksud lu ni bro. Tolong kurangkan bahasa tamil.
Bro: Hehe. Aku saje je nak berfalsafah, sorry. Tadi aku bajet seniman la... Sorry sorry. Maksud aku, memang lah perasaan cinta dengan suka tu lain. Tapi, perasaan suka adalah basic kepada lahirnya perasaan cinta. Sebab kalau kita tak suka maka kita takkan cinta. Dan dari perasaan suka tu kita boleh didik dan pupuk perasaan cinta itu untuk datang jika kita betul-betul inginkan seseorang tu. Bila kita da suka kat seseorang tu, maksudnya 60% kebarangkalian kita boleh jatuh cinta dengan seseorang tu. Dengan syarat kita kena bagi peluang pada masa untuk menentukan yang kita betul-betul telah jatuh cinta pada seseorang itu.
Wa tak setuju. Kalau kita sendiri yang pupuk perasaan cinta tu datang, maknanya itu bukan cinta yang pure and essentials. Sebab kita tak naturally jatuh cinta kat dia. Ok cuba bayangkan 2 situasi ni.
Boy A jumpa Girl A. Boy A ada perasaan cinta kat Girl A ni, tapi Girl A ni suka biasa-biasa je kat Boy A ni. Boy A berusaha keras dan terus mencuba, dan akhirnya dia buat Girl A ni jatuh hati kat dia. Dorang pon bercinta.Boy B jumpa Girl B. Boy B ada menyimpan perasaan cinta kat Girl B ni, dan Girl B pon ada menyimpan perasaan cinta kat Boy B ni. Dan akhirnya dorang pon terus bercinta.Berdasarkan petikan di atas, lu rasa mana satu pasangan yang lebih bahagia? Pasangan A atau pasangan B. Semestinya pasangan B, sebab perasaan cinta tu telah lama wujud dalam diri masing-masing dan bukan perasaan cinta yang dipupuk atau diusahakan. Betul tak?
Bro: Alaaa ko ni. Cakap senang arr. Ingat senang ke nak cari pompuan yang boleh terus jatuh cinta kat kita. Ko boleh ar, rupa ada, cute plak tu. Orang macam aku ni kene berusaha untuk dapatkan cinta aku. Ko jangan samakan aku dengan ko. Bukankah kita semua bersaudara? (tibe-tibe lagi)
Hahaahaa.. Weh lek ah bro. Wa bagi pendapat wa je. Mungkin ada yang tak setuju. Wa cuma cakap benda yang wa rasa je. Wa bukan apa. Wa rasa semak bila tengok realiti kehidupan zaman sekarang. Wa bagi 1 lagi situasi.
Sabrina seorang wanita yang cantik dan berumur 25 tahun. Dia telah bercinta dengan Fakhri selama 3 tahun, dan dia sangat mencintai Fakhri dan Fakhri juga mencintai dia sepenuh hati. Sabrina betul-betul bahagia bila mencinta dan dicintai oleh Fakhri. Namun atas sebab yang tak dapat dielakkan, Sabrina dan Fakhri akhirnya terpisah. Sabrina didesak oleh ibunya untuk mencari calon suami secepat mungkin untuk berkahwin sebab ibunya risau dengan umur Sabrina yang semakin meningkat itu. Maka suatu hari Sabrina berkenalan dengan Azman, seorang lelaki 30-an yang berkerjaya dan telah established. Sabrina sebenarnya hanya suka biasa-biasa je dengan Azman ni. Tapi bila fikir-fikir balik, Sabrina bertekad mahu berkahwin dengan Azman ni. Sebab dia fikir yang Azman ni dah established dan berharta, nanti masa depan dia senang la sikit. Perasaan cinta tu walaupon takda sangat, tapi dia boleh pupuk perasaan tu datang nanti. Mereka pon berkahwin.....Lu orang tak rasa semak ke dengan cerita kat atas ni? Wa rasa semak gila weh. Memanglah perasaan cinta tu boleh dipupuk, tapi bila perasaan itu bukannya semula jadi dari awal-awal lagi, banyak perkara yang tak membahagiakan kita akan dapat rasa sedikit demi sedikit. Mungkin kita hidup senang dan mungkin juga kita boleh bahagia, tapi bahagia yang kita rasa tu tak sama dengan bahagia yang kita rasa dengan orang yang betul-betul kita cinta pada asalnya. I mean, still memang boleh bahagia macam tu, tapi tahap kepuasan bahagia tu tak sama weh.
Tapi itulah kehidupan. Kehidupan kadang-kadang tak jadi seperti apa yang kita harap-harapkan. Memanglah kita harapkan kita dapat merasa bahagia yang seperti itu, tapi tak semestinya kita akan dapat benda tu. Setiap orang ada alasan atau kisah mereka tersendiri, kenapa dia memilih bahagia seperti itu dan orang lain memilih bahagia seperti ini. Sebab kita manusia yang lemah hanya mampu merancang, bila perkara yang kita betul-betul harapkan tu tak berlaku, mungkin kita cuba teroka jalan baru yang mungkin boleh memberi kita kebahagian nanti. Jadi dalam kes ni, wa takde lah nak salahkan Sabrina tu sangat. Mungkin keadaan yang memaksa dia. Cuma wa lagi suka kalau dia bersabar sedikit lagi dan mencari cinta yang dia betul-betul inginkan dalam hidupnya. Jangan mudah serahkan semuanya pada takdir je tanpa usaha. Apa-apa pun jangan lupa berdoa pada Allah, sebab Allah tu Maha Adildan Maha Penyayang. Semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn...
Bro :Amboiiyy, panjang membebel sorang nampak. Da tak nak bagi aku cakap ke apa ni.
Lek bro, lu nak cakap apa lagi?
Bro : Weh, aku rasa aku cam jatuh hati kat sorang awek ni la bro. Aku memang suka kat dia, tapi aku tau aku bukan sekadar suka je kat dia, aku rasa aku dah betul-betul jatuh cinta kat dia arrr. Tapi kitorang baru je kenal, macam pelik je nak cakap aku cinta kat dia. So apa pendapat ko ahh? Nak terus cakap aku cinta dia ke camane?
Aippppp... lu jangan salah faham. Suka atau cinta itu bukan soal perkataan yang keluar dari mulut.Ini soal hati. Kadang-kadang mulut kata cinta, padahal hati kata suka biasa-biasa je. So untuk kes lu ni, tak perlu lu nak luahkan perkataan "cinta" tu dulu. Kalau hati lu betul-betul cinta kat dia, lu kene tunjukkan rasa cinta tu tapi tak semestinya dengan mengungkapkan perkataan cinta beb. Lu cuma perlu bagi dia nampak sendiri yang lu cintakan dia, dengan apa cara sekalipun .Bagi dia nampak yang lu betul-betul take care and "suka"kan dia. Maka bila nanti lu sebut lu "suka" kat dia nanti, dia akan faham sendiri apa yang lu maksudkan "suka" tu sebenarnya bukan bermaksud "suka" yang "suka" biasa tu. "Suka" yang bermaksud lebih dari suka. :)