Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Saturday, April 30, 2011

Encik Mimpi dan Hari Ibu

Assalamualaikum dan salam satu malaya.

Hey semua. Korang yakin ke korang sayang mak korang? Jangan kondifent sangat... Cakap mulut boleh arr.. Sayang konon! Apa bukti korang sayang mak korang? Apa usaha yang korang da buat untuk tunjuk yang korang betul-betul hargai mak korang! Emo betul la! Kalau betul korang sayang mak korang, korang mesti tau jawapan untuk soalan-soalan berikut:

-Apakah tarikh lahir,tempat lahir dan WAKTU TEPAT beliau dilahirkan oleh opah korang?
-Apakah makanan kegemaran beliau? Tak mungkin Friskis kan.
-Apakah jenis darah beliau?
-Apakah perkara yang paling tidak disukai beliau?
-Bagaimana kisah cinta beliau dan abah berlaku sehingga kamu dilahirkan?
-Kenapa beliau meminati Encik Mimpi?

Kalau korang berjaya menjawab soalan di atas, maknanya barulah boleh korang mengaku yang korang memang sayang kepada mak korang. Or ibu korang. Or umi, mama, mummy , mumia dan sebagainya lah.

Dan tahukah engkorang , tarikh hari ibu pada tahun ini jatuh kepada tanngal berapa dan bulan berapa?? Huh. Tak tau lah tu. Tengok muke confius je tu. Nak google la tu. Chet. Kemonlah. Hari Ibu tarikhnya berbeza mengikut negara. Macam amereka, dorang sambut Hari Ibu pada hari Ahad yang ke-2 pada bulan May. Maknanya dalam dua minggu lagi la kan. Tapi bagi kebanyakan negara seperti Brazil, Chile, Denmark, Jepun, dan juga Malaysia, Hari Ibu disambut pada 8rd May. Haa, camne ntah nak sebut "8rd".

So dengarkanlah lagu sempena Hari Ibu yang bakal tiba dalam seminggu je lagi ni. Lagu asal P.Ramlee, tapi di paramore kan sendiri oleh Encik Mimpi yang kreatif dan pemalu ini.

Encik Mimpi - Ibu Engkaulah Ratu Hatiku
Lirik - P.Ramlee/Encik Mimpi
Lagu - P.Ramlee/ Encik Mimpi




Dulu waktu ku kecil
Kau selalu memanjakan ku
Walau diriku degil
Kau selalu menyayangi ku

Siang serta malam mu
Kau gigih menjagakan ku
Ikhlas suci hati mu
Curahkan kasih pada ku

Ibu ku sayangkan mu
Ibu ku cintakanmu
Ibu ku rindukan belai mu
Jangan kau jauh dariku

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu , Ibu
Engkaulah ratu hatiku

Jika daku terleka
Kau datang nasihati ku
Jika daku terlupa
Kau datang mengingati ku

Ibu ku sayangkan mu
Ibu ku cintakanmu
Ibu ku rindukan belai mu
Jangan kau jauh dariku

Ibu ampunkan diri ku
Andai kau pernah terluka
Ikrar ku kepadamu
Kan hadirku menjagamu
Kan hadirku menyayang mu

Dan bila kau berduka
Aku hiburkan selalu
Ibu , Ibu
Engkaulah ratu hatiku


PlayStation (P/S) : Jangan lupa belikan hadiah untuk ibu-ibu korang ye. Dan selalulah doakan beliau dalam doa-doa kita selepas solat! =)

Tuesday, April 26, 2011

Kuota Persahabatan (Friendship Quotes)

"Setiap teman mewakili sebuah dunia rahsia di dalam diri kita, dunia itu mungkin tidak muncul sehinggalah mereka tiba dalam hidup kita, dan hanya dengan pertemuan ini membawa kita ke sebuah dunia yang baru ."
- Anais Nin


"Seorang teman adalah orang yang percaya pada kita, di saat kita tidak lagi percaya pada diri kita sendiri."
- Lysha

"Seorang teman adalah seseorang yang tahu lagu di dalam hatimu, dan boleh menyanyikannya kembali kepada mu apabila kamu lupa liriknya."
-Donna Roberts


"Hidup adalah sebahagian apa yang kita lakukan seharian, dan sebahagian lagi adalah apa yang dibuat oleh teman-teman yang kita pilih."
- Tehyi Hsieh

"Teman ibarat roda. Kadang-kala di atas. Kadang-kala dibawah. Eh, macam pelik je bunyinya."
-Encik Mimpi


Perpisahan Ini - Encik Mimpi

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Cinta Facebook

Tajuk : Kisah Cinta Facebook
Lirik/Lagu : Encik Mimpi





Wah blog ni update setahun sekali ke pe! =P

Nuff n Klik Sini!