Assalamualaikum dan salam satu malaya.
Hey semua. Korang yakin ke korang sayang mak korang? Jangan kondifent sangat... Cakap mulut boleh arr.. Sayang konon! Apa bukti korang sayang mak korang? Apa usaha yang korang da buat untuk tunjuk yang korang betul-betul hargai mak korang! Emo betul la! Kalau betul korang sayang mak korang, korang mesti tau jawapan untuk soalan-soalan berikut:
-Apakah tarikh lahir,tempat lahir dan WAKTU TEPAT beliau dilahirkan oleh opah korang?
-Apakah makanan kegemaran beliau? Tak mungkin Friskis kan.
-Apakah jenis darah beliau?
-Apakah perkara yang paling tidak disukai beliau?
-Bagaimana kisah cinta beliau dan abah berlaku sehingga kamu dilahirkan?
-Kenapa beliau meminati Encik Mimpi?
Kalau korang berjaya menjawab soalan di atas, maknanya barulah boleh korang mengaku yang korang memang sayang kepada mak korang. Or ibu korang. Or umi, mama, mummy , mumia dan sebagainya lah.
Dan tahukah engkorang , tarikh hari ibu pada tahun ini jatuh kepada tanngal berapa dan bulan berapa?? Huh. Tak tau lah tu. Tengok muke confius je tu. Nak google la tu. Chet. Kemonlah. Hari Ibu tarikhnya berbeza mengikut negara. Macam amereka, dorang sambut Hari Ibu pada hari Ahad yang ke-2 pada bulan May. Maknanya dalam dua minggu lagi la kan. Tapi bagi kebanyakan negara seperti Brazil, Chile, Denmark, Jepun, dan juga Malaysia, Hari Ibu disambut pada 8rd May. Haa, camne ntah nak sebut "8rd".
So dengarkanlah lagu sempena Hari Ibu yang bakal tiba dalam seminggu je lagi ni. Lagu asal P.Ramlee, tapi di paramore kan sendiri oleh Encik Mimpi yang kreatif dan pemalu ini.
Encik Mimpi - Ibu Engkaulah Ratu Hatiku
Lirik - P.Ramlee/Encik Mimpi
Lagu - P.Ramlee/ Encik Mimpi
Dulu waktu ku kecil
Kau selalu memanjakan ku
Walau diriku degil
Kau selalu menyayangi ku
Siang serta malam mu
Kau gigih menjagakan ku
Ikhlas suci hati mu
Curahkan kasih pada ku
Ibu ku sayangkan mu
Ibu ku cintakanmu
Ibu ku rindukan belai mu
Jangan kau jauh dariku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu , Ibu
Engkaulah ratu hatiku
Jika daku terleka
Kau datang nasihati ku
Jika daku terlupa
Kau datang mengingati ku
Ibu ku sayangkan mu
Ibu ku cintakanmu
Ibu ku rindukan belai mu
Jangan kau jauh dariku
Ibu ampunkan diri ku
Andai kau pernah terluka
Ikrar ku kepadamu
Kan hadirku menjagamu
Kan hadirku menyayang mu
Dan bila kau berduka
Aku hiburkan selalu
Ibu , Ibu
Engkaulah ratu hatiku
PlayStation (P/S) : Jangan lupa belikan hadiah untuk ibu-ibu korang ye. Dan selalulah doakan beliau dalam doa-doa kita selepas solat! =)
Buat Agar-agar Pandan Santan untuk berbuka
6 days ago