Encik Mimpi and The Tidur's Blog!

Welcome to blog aku. Aku seorang lelaki biasa yang minat bermain muzika dan suka menyampaikan perasaan atau pendapat melalui seni muzik aku sendiri. Aku suka menulis lagu dan melalak berseorangan ditemani gitar akustik buruk aku.Aku takde la hebat mana pon bergitar, tapi macho lah jugak. So kalau suka, dengar. Tak suka, senyap sudah. :-)

Monday, December 19, 2011

A letter for my Ex-Bestfriend

Assalamualaikum.

Sebelum aku cakap apa-apa, aku ingin menujukan beberapa soalan. Ada sape-sape yang tak tau maksud BFF? Tak kan tak tau beb. Zaman urban camni kene ar tau istilah-istilah sofistikated macam ni beb. BFF bermaksud "Best Friend Forever", bukan Backstreet Boy okay. Jangan sampai aku ludah muka mahasiswa.

Yang aku maksudkan kat sini bukan Best Friend biasa, i mean Best Friend yang berlainan jantina dengan kita dan dialah satu-satunya orang yang kita ceritakan semua masalah kita and kadang-kadang tu dengan boyfriend/girlfriend kita sendiri pon kita tak share benda macam ni sekali. Korang mesti ada bestfren macam ni kan?

Aku rasa benda ni memang biasa dah dengan masyarakat kita zaman sekarang. Kadang-kadang ada certain benda kita tak nak/ tak boleh nak share dengan BF/GF kita sendiri. Lagi-lagi kalau masalah yang melibatkan hubungan kita dengan pasangan kita tu sendiri.

Aku pon ade bestfriend macam ni dulu. Semua masalah aku akan kongsi dengan dia. Aku percaya kat dia n dia percaya kat aku. Kitorang saling share kegembiraan and kesedihan antara satu sama lain. Ayat-ayat seperti "weh aku rindu ko arr" kalau lama tak bertegur, atau ayat seperti " weh ko jangan sedih , aku kan sayang ko", kalau ingin memujuk jika ada yang bersedih antara kitorang seperti ini menjadi kebiasaan kepada hubungan "bestfriend" kitorang ni.

Waktu tu aku dah ada GF, and aku mengaku aku sangat tak adil pada GF aku waktu tu. Sebab banyak perkara yang aku rasa lagi selesa nak share dengan bestfren aku ni berbanding dengan GF aku sendiri. Waktu tu pulak bestfren aku ni takde BF. Waktu kitorang awal-awal rapat dulu aku ada tanya dia, takpe ke kita rapat macam ni. Aku kan ada GF. Dia kata dia tak kisah. Dia siap mintak permission lagi nak rapat dengan aku. Dia tanya "boleh tak aku jadi bestfriend ko?". Agak pelik soalan tersebut, sebab aku terfikir sejenak waktu tu, perlu ke mintak kebenaran untuk jadi bestfriend. Huhu.. Dia kata dia cuma nak jadi kawan yang setia mendengar semua masalah aku dan dia nak bersama dengan aku waktu aku susah dan senang. So sweet of her.

Dan kitorang pon makin hari makin rapat. Sangat-sangat rapat. Dia selalu bagi aku coklat dan juga kad-kad yang comel. Lagi-lagi waktu exam,dia bagi kad/surat sebagai pembakar semangat untuk hadapi paper-paper yang mendatang. Aku pon tak lupa untuk membalas coklat dan kad yang dia bagi kat aku tu. Aku mengaku aku betul-betul sayang kat dia, tapi aku tak pernah ada perasaan cinta kat dia. Aku jujur, aku cuma rasakan aku sayang dia gila babas sebagai kawan yang sangat caring dan memahami je, tak lebih dari itu. Bagi aku, perasaan cinta yang ada kat aku ni bukan untuk dia, perasaan cinta ini hanya untuk GF aku waktu tu. Perghh.

Aku sayang kat dia. Dia sahabat aku di waktu aku kecewa dan ketawa. Waktu aku fly pon dia yang lebih ambik berat tentang aku berbanding GF aku sendiri. Perempuan yang terakhir aku jumpa before aku fly pon dia jugak. Walaupon aku ade awek aku sendiri, aku tak pernah lupa tentang dia and selalu concern pasal life dia kat malaysia. Bagi aku yang ada awek waktu tu, awek tetap awek, tapi bestfren tetap bestfren jugak. Aku tak pernah ketepikan dia dengan beralasankan awek aku.

Sekarang dia dah ada boyfriend. Aku happy untuk dia sebab aku nampak dia bahagia dengan BF dia tu. Aku nampak BF dia tu pon sangat baik dan menyayangi dia. Ok what. Cuma yang tak best nya hubungan kitorang da tak macam dulu lagi. Aku sedar dia dah ada yang punya, dia kene tetapkan hati pada siapa yang dia cintakan. Aku pon rasa aku kena belajar tentang setia, jadi mungkin sedikit sebanyak kehadiran dia dalam hidup aku boleh mengganggu kesetiaan dan kejujuran aku pada orang yang sepatutnya aku berikan rasa itu.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tinggalkan dia. Aku ambil keputusan untuk hapuskan "hubungan bestfriend" yang ada antara kitorang. Aku tak tegur and tak contact dia langsung walau sedikit pon dalam satu tempoh masa yang sangat panjang.

Aku lakukan ini semua sebab aku sedar yang aku dan dia semakin meningkat dewasa, dan akan memilih haluan masing-masing untuk teruskan kehidupan. Sampai bila kitorang nak "bersayangan" begini sedangkan masing-masing mempunyai komitmen hidup tersendiri. Mungkin dengan cara kita menamatkan "hubungan bestfriend" ini adalah jalan yang terbaik untuk kita berdua lebih bahagia di masa hadapan. Cuma aku tak boleh bohong yang aku kadang-kadang sangat rindukan kenangan-kenangan yang pernah kita berdua lalui pada waktu dulu.

Apa-apa pun, life must go on.

Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita ikhlas dalam kehidupan.

Dan aku ada pesanan untuk dia. Aku harap dia baca benda ni. Aku tak tau nak bagitau dia macamana lagi. Aku tak tau dia akan baca atau tak, tapi tak salah jika aku mencuba kan?

Dear my Ex-Bestie,

Assalamualaikum

Weh, kau sehat tak. Lama gila tak contact kan. Da hampir 3 tahun jugak kan. Aku tak tau nak mulakan pesanan aku ni macamana. Sebab da lama gila kita tak bertegur. Rasa macam awkward gila. Huhu.

Camane hidup? Aku rasa kau takde hal kan.. Aku kenal kau.. Kau seorang yang sangat kuat dan tabah. Kau boleh handle semua perkara yang datang kat kau. Kau sangat berkeyakinan dalam apa pon perkara yang kau buat. Kau sangat berusaha keras untuk dapatkan apa yang kau mahukan. So aku tak risau kalau kau ditimpa apa-apa masalah sebab kau sangat berani menghadapi apa-apa dugaan pon. Aku kenal kau dengan sifat kau yang sangat positive macam ni. Hee..

Hey. Baru-baru ni time aku kemas-kemas barang aku kat sini, aku terjumpa barang yang kau bagi kat aku dulu. It's a pair key chain yang ko bagi before aku fly dulu. Keychain yang bentuk macam boy tengah pakai headphone tu. Aku simpan lagi tau! Aku sayang nak guna sebab aku takut dia rosak atau kotor. Ko pon tak pernah suh pakai kat mana-mana. Aku tak pakai la, aku just simpan baik-baik. Ko simpan lagi tak pair dia tu? Hee..

Sebab tu lah aku tiba-tiba rasa nak hantar pesanan ni kat engkau. Entahlah, aku tak tau kenapa aku tulis benda ni. Sorry kalau apa yang aku tulis ni mengganggu hidup kau sekarang ni, tapi izinkan untuk kali terakhirnya aku sampaikan pesanan ini untuk kau.

Aku cuma nak sampaikan yang aku kat sini baik-baik saja. Study aku pon dah makin baik.. Makan minum semua aku berjaya jaga dengan baik. Sebab tu lah aku da makin berisi sekarang. Huhu.. Aku cakap semua ni sebab dulu kau selalu ingat aku ni tak pandai jaga diri. Asek nak risau kat aku je keje. Huhu.

So aku nak kau pon lakukan benda yang sama. Jaga diri kau baik-baik kat sana. Jaga makan minum kau tu jugak.. Study kau tu.. Aku tau study medic memang bz dan susah, tapi jangan mudah mengalah ok. Jangan mudah mengeluh jika diuji.. Pastikan kau grad dengan bergaya nanti..Aku sentiasa doakan kebahagiaan kau kat sana. Kebahagian kau dengan 'dia' pon aku tak lupa untuk doakan, semoga korang kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu cicit nanti. :)

Lastly, aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada kau. Aku tau aku pernah kecewakan kau, aku buat kau sakit hati, aku tinggalkan kau tanpa sebarang kata. Semua yang aku buat ini adalah untuk kebaikan kita bersama jugak. Kau ada dia, and I had mine. Kita masing-masing perlu belajar erti kesetiaan dan kejujuran pada orang yang betul-betul kita pilih. Harap kau maafkan aku dengan seikhlas hati kau. Halalkan makan minum aku. Halalkan masa yang pernah kau spend dengan aku. Halalkan kenangan manis yang pernah kau beri kat aku dulu.

Sincerely.
-me-



Ustazah Pilihan : Jangan bersedih pada kebahagiaan yang telah pergi kerana kebahagiaan yang akan datang lebih setia menanti jika kita jujur dalam kehidupan. Dan ikhlaslah bersahabat kerana Allah SWT.

171 comments:

  1. sob sob...tak faham kenapa perlu senyap tiba-tiba.mesti dia sangat kecewa.apa-apa pun,all the best and God bless!

    ReplyDelete
  2. sedih pulak wa baca entry lu kali ni. stay strong bro! yeah, ure right. kita kena tinggalkan org yg kita sayang demi kebahagiaan bersama :)

    -aku bukan tomboy-

    ReplyDelete
  3. sadisnyee . hopefully BFF saya tak lupekan sy if dia dah ade BF . uhukk

    ReplyDelete
  4. dah macam cerita hidup denn lahh pulok:) heeeeeeee semoga dia baca.

    ReplyDelete
  5. salam. wah, menarik entry kali ni. takpe, mesti ade hikmah. sentiasa mndoakan kesejahteraan si dia. :)

    ReplyDelete
  6. pengalaman yang hampir sama ......

    ReplyDelete
  7. tertouching pulak.haha..
    sedih.and hopefully, mybff tak penah buang / terasa nak buang kita dri fikirang dia (:

    ReplyDelete
  8. huhu , sedih kot entry . encik mimpi yg gile-gile bertukar serius . -.-''

    ReplyDelete
  9. mmg sush bff dgn berlainan jantina..persaan syg tu senang jek nak jd lebih..tu yg kesetiaan bley tergugat..so wat u did is quite rite.

    ReplyDelete
  10. encik mimpi ! encik mimpi ! ex bff encik mimpi tau ke psl blog ni ? klau die tau , insyaallah die akan bace .. :)

    ReplyDelete
  11. Awak kejam! Huhu~ Kenapa nak tinggalkan dia? Kenapa kena diamkan diri 3 tahun? Kenapa kena buat orang lain sedih?

    Sbb pnh duk dlm situasi bff Encik Mimpi ni 3 thn gak, sy bg pihak dia nk ckp bnde ni.

    1. Tau x aku risau spjg 3 thun ni?
    2. Tau x aku rindu giler kat kau?
    3. Tau x byk giler bnde yg aku nk cte kt kau?
    4. Kenapa kau tibe2 tgglkn aku?
    5. Aku ade buat slh kat kau ke?
    6. Kenapa kita jd mcm ni?
    7. Pernah tak kau ingat aku time kau sedih/hepy ble kat sana?
    8. Aku pun simpan lg bnde yg kau bg kt aku 2. Aku x guna gak bnde 2 sbb tkut kotor @ rosak.
    9. Medic mmg ssh, sbb tu aku perlukan kau utk cte sume kesusahan aku. Sbb aku rasa aku dh xblh go on hdp bz mcm ni.
    10. Aku sgt sedih skrg. Blh kau dtg blk dlm hidup aku? Teman aku mcm dulu2..... :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik mimpi punya cerita macam sama dengan isha idiaz la....korang ni BFF ke?

      Delete
    2. Ahaa..ntah2 Isha Idiaz ni bff EM takk?? cuma xperasan je .wahh

      Delete
    3. Isha idiaz ni novelis laaa..read her cerpen about encik mimpi here
      http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=1199&idc=5818#.Uh1sq301ZoM

      Delete
    4. so it means dorang la BFF omg

      Delete
    5. Tajuk cerpen tu pe...x ley bukak link laa

      Delete
  12. rasa nak menangis skrg!=( i had one before..but now, things change when he have a GF.maybe i am the one yg m'jauhkan diri, cz rse mcm dh x comfortable nak converse like before.hmmmm...

    ReplyDelete
  13. setiap pertemuan pasti ada perpisahan...kalau tak ada perpisahan..kita takkan dapat rasa apakah nilai persahabatan kita dulu..sebab perpisahan jugak akan wat kita lebih menghargai yang mendatang..dengan perpisahan jugak akan wat kita sedar siapa dia sebenarnya pada kita..

    ReplyDelete
  14. Aduh..sedihnya..saya pun pernah buat perkara yang sama macam Encik Mimpi buat.. Lama dan sehingga sekarang, saya masih belum berani nak tegur dia semula..

    Life must go on..be strong..jangan berhenti berdoa :)

    ReplyDelete
  15. lagu nie buat sy tringat kat bff sy...sy tahu dy suka kat sy..tp sy wat derk..bila sy sdh..dy org prtama yg sampai...bila sy rasa geram dy sudi jd punch bag sy...bila sy happy dy buat sy lg happy..tp skg dy ade GF...sy dah x de tempat kat sisi dy lagi...x de lg org yg sudi jd punch bag sy...x de lg org sudi kongsi sgalanya dengan sy... :'(

    ReplyDelete
  16. wah, 3 tahun.. lma bebenor
    Cukup unt mgtakan 'I MISS U' =3KATA

    nak layan lagu 3 kata-kRU lah ;p
    E.mimpi compern mimpikan dia mlm ni~

    ReplyDelete
  17. aku pnah berada di tempat yg sama ngn GF encik mimpi n pnah rsa jgk jd bestie kpd org cm en.mimpi ni..aku ngn bestie aku siap syg2 lg.ngn BF aku sy awak je.tp mmg aku syg BF aku lg tp BF xlayan aku sgt..bestie aku je slalu teman aku time aku perlukan seseorg..aku heran jgk bila masa bestie aku ni layan awek dia..kdg2 bnda cmni buat aku xpcya kt laki owh..xfhm lgsg xleh ke awek layan cm awek,kwn lyn cm kwn..xfhm owh.ko pn sama la en.mimpi mmg xadil trhadap awek ko..

    ReplyDelete
  18. sgt sedeh sbb ak berada same cituasi dgn kmu ! tp bru 1thun.. ni pon ngez gak bce entry kali ni..:((

    ReplyDelete
  19. cerita kita sama. tapi skrip, watak dan pengarahnya berbeza. dulu sy pon ade bestfren macam ni, tapi masing2 ngah single mingle lagi time tu. mmg kitorang kawan atas dasar 'aku kawan ko, ko kawan aku', otak sekepala. time tu, he was my shoulder, he was my enemy, was my bestie, was my abang. but, dye lame2 dye macam menjauhkan diri dari sy. kaji punya kaji. sy taw yg dye da ade GF.
    haapy sangat bile dapat taw yg dye ade sumone special, tapi terkilan sebab sepatah pon dye xgtaw sy. now, da nak masok stahun sy lost contact ngan dye. latest sy dapat taw yg dye ade kat brisbane. blaja kat sane. i miss him sooooooooo much!

    ReplyDelete
  20. nsib yg sme..bff sy pun lupe kn sy..:(

    ReplyDelete
  21. lgu xbest..lirik x mantap..suara kurang sedap dri dlu

    ReplyDelete
  22. mungkin dulu masing2 ada rasa cinta tapi terlindung di balik persahabatan yang diikat lama..mendiamkan diri sebagai pengubat rasa kecewa

    ReplyDelete
  23. Sedih la en.mimpi. Sobsss. T______T

    BFF sy pun dh lupakan sy.

    ReplyDelete
  24. aku pun pernah lalui benda ni. i have a good friend, tapi bila dia dah ada gf, dia pun dah lupakan aku, and aku decide nak jauhkan diri drp dia, and aku bg sebab ni jgk. tapi dia tak boleh terima and salahkan aku balik.

    sedih, tapi dah org taknak terima kan, nak buat mcm mana. but i feel you. takkan la dah kawen pun still nak syg2 dgn bestie yg lain jantina ni. so i decided to have very good gfs je.

    :)

    glad to know we're in the same boat.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.

    Cerita encik mimpi ni buat saya sedih lak. Sebab saya pun ada gak best friend yang lain jantina. Bila encik mimpi cerita camnie, buat saya rasa sedih sebab takut saya akan kehilangan best friend saya gak.

    But then, saya takde bf pun since I'm waiting for a man propose me for marridge.. Hehe.. Dia pun takde awek but sebab dia ada rupa ( entah2 cam encik mimpi.. sila jangan perasan.. hehe), ramai lar gak minat dengan dia.

    Tapi, saya tak pernah cakap sayang atau rindu kat dia. Dia pun sama. Paling penting, saya tak nak timbulkan perasaan lain kat dia. Dan saya pun tak nak dia timbul pape perasaan kat saya.

    Btw, I don't know why I've to tell you this. Hehe.. Tapi encik mimpi dah berjaya buatkan saya terasa nak mesej dia sekarang. Nak kena pujuk dia just sebab saya tak nak cakap dia tu cute.. Kui3.. Perasan cam encik mimpi lar.. XD

    ReplyDelete
  26. keep-h0ldin-0n.. nina xley ckp lebey2, c0z nina xpenah rasa. tp, klw ilang pkwe p0n dh rsa skit, ilang bff must b w0rst.. s0, keep h0ldin 0n. hadapi dgn snyuman. snyum even tgh sakit? 'fake it until u make it'. btw... snyuman tmanis ialah dsaat awak ingin mngis, tp awak ttp tsnyum.. :) ann...

    ReplyDelete
  27. Syan pun ada seorang BBF len jantina..alhamdullillah he always be there for me..pkataan "I miss you" "aku sayang kau as fren" selalu kluar dr mulut kitaorang..Syan pun selalu kongsi dgn dia hal2 yg Syan xdpt nak kongsi dgn org len..sbb Syan rasa selesa nak share macam2 dengan dia..skrg dha tpisah jauh dgn dia..dha jarang kontek..klo kontek jer confirm Syan nangis, sbb seyesly Syan rindu dekat dia..rindu nak share mcm2 crita dekat dia..skrg dha xble sgt,sbb dua benua kami berbeza..huhu T_T berkawanlah dengan sesiapa pun..sebab "bercinta biar satu, tapi berkawan biarlah beribu" =)

    ReplyDelete
  28. den un ade gak,,bsfren dr kecik kemetot lgy,,then bile dye da pindh,lost contact,pastu lme2 bru contact blik at FB,..tp sumenye dah xcam dulu,,dye da laen,,cam nak xnak je rply..akhirnye bru tau,oh dah ade GF rupenye kaw.. :') I misz everything that we've g0ne through together.. :)

    ReplyDelete
  29. hurmm...tersibuk nk komen jugak kt sini..

    mungkin lepas masing2 da kawen nnt br leh rapat blk kot.. tapi sbenarnya kan.. kalo korg terpaksa 'putus' sahabat neh mesti ada kaitan cinta dlm diam.. cuba korg selongkar balik dlm hati korg mana tau sbenarnya masing2 sesuai bercinta tapi takut nk mengaku.. ecewahhhh~
    mungkin sekarang tanak mengaku suka.. tapi 5-10thn nnt br nk rasa menyesal.. hurmm..
    *sama cam saya alami* =(

    ReplyDelete
  30. huaaaaa. memang touching segla la tambah2 si Isha Idiaz bagi balasan nye. :'( sedih and pernah juga lalui nie and sampai sekarang kalau contact mesti sebak tapi kene kuat untuk tak nak bagi taw dia tentang kita. yelaaa, dia dah macam tak kisah kan. bia la. mungkin ada hikmah sume nie. :)

    ReplyDelete
  31. speechless..sedihnyer..

    ReplyDelete
  32. tp den ok je dgn bff den tu..walaupun die ckp kiteorg xkn together melainkn de jdoh je... bff dgn bf... huhuhu..den xcurang na... (^_^)

    ReplyDelete
  33. owh EM..sy egt awklah BFF saye tu..tp xsame plak pemberian saye dkt awk tu...ehhehhe~ urm..mesti sedeykan? sy pon sedey gak hubungan kami senyap sudah..maybe sebab sy dah kawen kot..tp aper2 pon sy tetap akan egt dia smpai bile..mustahil utk saye akan luputkan dia dr otak saye nie..

    ReplyDelete
  34. WARGHHHHHHHHH.. sebak baca surat tuh..

    ReplyDelete
  35. encik mimpi ,

    kamu sangat bertuah .ad kawan dan ad bff juga .
    haiihhhh -.-"

    surat kamu sangat menyebakkan jiwa T.T

    ReplyDelete
  36. kalau da dye bkn ditakdirkan untuk kita.. :(

    ReplyDelete
  37. teringat my bff....entah kat mana dia sekarang...:(

    -ungu viloet-

    ReplyDelete
  38. ni sahabt terbaik...saye ade juga bff....syg bff sye sgt2...somday sye kene juga buat bende yg same encik mimpi buat...huhuhu...

    ReplyDelete
  39. me too...i just wondering,,encik mimpi ke bff sy yg dh lama lost contact tu..rupanya x...senang cerita,,,aku nk proposed nih,,,ehem2..kepada mohd fariz zuhairie aka a-ry...if you read this comment,,pliz reply k...i miss u so much my bff...ko lah kawan n pendengar setia aku...

    ReplyDelete
  40. hebat post e.m kali nie... ase nk ngis pn ade... sye pn ade bff gak n kmi kawan knal pas dy dah ade awek... tp best gler kwn gn dy nie..
    sye hope dy x lupe kn sye... coz sblom nie dy ckp sye girl y special y dy pnah kwn..
    mklom lah bdk skolh laky... x bpe pndai kwn gn girl kate ny...

    ReplyDelete
  41. Hope dia baca. Terasa keikhlasan di hati kamu berdua.

    ReplyDelete
  42. teringat kat besfren yang ngaku die besfren aku tapi bile die rapat dengan perempuan len,die terus xcontact aku..bile aku balek msia, aku text die,die xrply...bile aku tegur kt fb, die ckp sori die bz exam, study bla3..tp kat wall die penuh cmment dgn ppuan tu...yeahh!dan perempuan tu ex rumate aku...sekian!

    ReplyDelete
  43. your voice, your soul. Touching . Untung siapa dapat :)

    ReplyDelete
  44. hey encik mimpi...aq rase kan kau menangis ye bile menyanyi...btw bile aq dngr lagu tu..rase pening kat kepala aku ni hilang :D and harap nnt ko dpt jmpa dia<3
    from:sarah leon
    to:encik mimpi

    ReplyDelete
  45. really sedih..the way u treat her kind of very2 special kn..so dont be sad k..that girl xkan pernah lupekan bestfriend die forever..

    ReplyDelete
  46. as far as i can see, she do (maybe..huhu) have crush on you, but just don't want to tell directly, and wannabe as best friend (perhaps) cuz wanna close to u, even she yet knowing u hav smbody..reasons of being far than previous can be 2 reasons of herself:
    1. don't want to split her feeling into 2 (u n her bf)
    2.totally being amused, and mesmerised by her bf's love, so she's totally 'focus' to her bf (kui3)

    ReplyDelete
  47. pham dengan situasi anda ..
    pnah hadapinya gak..
    rindu giler saat bhgie cam ue

    ReplyDelete
  48. waduh~ i got one like this...but now, awok nie udoh jadik laki orang..hanya 1 dapat awok kaborkan pada deme tu: "IZINKAN SELAMANYA NAMAMU DI HATI.."

    ReplyDelete
  49. Bce sambil dgr lagu hang tu , buat sye meleleh .. huhu .. :') sabaq na .. ada jodoh , jumpa lagi , Insya-ALLAH ~

    ReplyDelete
  50. u are amazing EN.MIMPI.. ape2 pon ada yg terbaik tuk korang berdua... peace yow!

    ReplyDelete
  51. tbe2 air mata meleleh mse bce entry EM...situasi yg same saye alami tp sedikit berbeza...saye xtggalkn bff saye cm EM buat...still berhubung smpai skrg wlupown xskerap cm dulu...tp yg xbole lpe saye pernah jd penyebab bff saye ptus ngan awek die merangkap kwan rapat saya...hurmm...

    ReplyDelete
  52. gila sedih..touching sngt..hope ur bff bca entry neh..

    ReplyDelete
  53. yup agreed...ssh utk lelaki n prmpuan maintain as BFF kn...anyway gud job!

    ReplyDelete
  54. huhuhuhu sediy giler bace entry en.mimpi niey .. hope bff en.mimpi bace entry niey .. :'( :'(

    ReplyDelete
  55. nice ur voice. LOVE it..
    ^_^

    nice to know you !!

    anyway, BFF between boy & girl , or girl & girl, or, boy & boy..
    yang penting ikhlas ukhwah & bersahabat kerna ALLAH s.w.t..

    :)

    salam, :)

    ReplyDelete
  56. touch touching gilaa , persahabatan yg sejati . :)

    ReplyDelete
  57. ouh well, kita sama. i just lost my besy friend sbb die dah ada gf. i cried and cried padahal i pun dah ada bf. perlu ke smpai nak putus hubungan bagai. sedih gila.

    ReplyDelete
  58. terharu . . terharu . .
    sy pun ada BFF cm g2 . .
    Best giler sharing ngn dya . . =)

    ReplyDelete
  59. aku rasa kalau kau dapat BFF baru pun, mesti takkan sama macam yg lepas.

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum.. Sorry wa tak dapat nak reply satu-satu.. Wa cuma nak cakap thanks kepada smue yang respon untuk entry ni. Ada yang siap share lagi kisah korang ngan BFF korang kat sini. Nampaknya wa tak rasa wa hadapi benda ni sorang-sorang. N benda ni buat wa rasa lagi lega skit. Thankss semua. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oit..assalamualaikum..
      Da prnah baca cerpen ni blom? best wo..psl ko..haha
      http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=1199&idc=5818#.Uh1sq301ZoM
      -Jiran

      Delete
    2. wa baru baca, bro. best giler! x)

      Delete
  61. Banyak cerita yang kita ;ebih selesa
    berkongsi dengan kawan daripada kekasih :)

    P/s:
    ahsfantasy24.com">Selamat tahun baharu, semoga hari mendatang lebih baik dan semoga tercapai apa yang diimpikan :)

    ReplyDelete
  62. i had a story exactly like you...me and my beshfren...but our situation is different...i'm a gurl...as a gurl, i doesn't mean wanna left my bff but as a gurl, we had to be a loyal one...hati perempuan susah nak dibahagi2..but deep in my heart, i do love (sayang) my bff...i and my bff still contact...i penah jarakkan diridengan bff i but we never lost contact becouse he care bout me a lot...he care about me from far...he the best stalker ever in my life..pliss dunt blame ur bff...she do need you actually..trying hard to find her :)

    ReplyDelete
  63. aku tersakitkan hati bff yang aku sayang .. ;'( nahhh .. terasa jaa awal awal thn nii .. adehhh

    ReplyDelete
  64. aku suka apa yang diperkatakan oleh ustazah pilihan tu , memang ianya tepat .

    sebak doe bila aku baca cite ni , walaupun aku bukannya sahabat kau !
    hahaha , tapi kan ?? memang lah aku pernah alami mende macam ni , last2 ia akan pergi macam tu sahaja . dan ianya akan okey2 je .

    Fine panjang sangat komen ni , sebab n lah masanya nak luahkan apa yang tersirat , hihi , salam =)

    ReplyDelete
  65. tsk tsk! cerite kita sama, tp sy xde bf. saya tanak hilang dia :(

    ReplyDelete
  66. cerita encik mimpi nie wat aku ingat benda yg aku penah wat dulu a.k.a aku salu wat tok sorg manusia nie dan aku menyesal... mungkin aku budget aku member yg baik, aku baik pon susah... tp aper nak dikata, last2 aku yg kena gelak... tp seyes aku benci laki tu skrg... skrg aku pgl dia si giler...

    dear si giler,
    aku xsuke ko lah si giler naper ko cerita kat semua org aku tergile2kan ko??? wat malu aku jer... aku mmg klu boleh nak ganyang mulot ko yg cilabai tu, tp aku kan sentiasa baik so aku doa ko cpt2 kawen dgn awek ko tu n xganggu hidup org lain... dan aku salu pesan kat ko kan si giler, "jgn jadi laki xguna"...
    sincerely,
    aku yg meluat dgn pangai ko!

    ** sory encik mimpi, aku emo plak kat blog ko... hehe ^^

    ReplyDelete
  67. assalam...
    cerita yg sgt2 menyentuh jiwa..
    didoakan smga EM dn BFF EM bahgia slalu hendaknya..klu ade jdoh ptemuan,insyaALLAH pasti akan jumpa andai e2 garis takdirNYA.. =')


    ::ayien peace::

    ReplyDelete
  68. bro.....touching kowt....ngan letter + lagu plak adoyai.. aku doakan yg terbaik tu ko... susah nk cari yg mcm ni zmn skrng... hope can see u live bro...

    ReplyDelete
  69. kenapa nk putus shabat klu rasa xder "feel" each other.??=)

    ReplyDelete
  70. encik mimpi..

    even aku ta kenal spe kaw from the first time aku dgr pasal kaw.. tapi entry kaw yg aku baru bace ni wat aku menangis.. even aku ta kenal un kaw..
    tapi aku dpt rase yg kaw betul2 ikhlas smpaikan pesanan kaw kt membe kaw.. InsyaAllah she will be fine..

    ReplyDelete
  71. rasa nak nanges baca..benda yang sama terjadi kat aku..kitorg sgt rapat dan aku akan sambut dye tiap kali dye jatuh..share yg best n yg x best..ngn gf ak waktu tue pn x rapat cm ngn dye..huhu..da feeling is so weird..lg saket dr ilang kekasih i would say...maybe coz ak fly tggal dye lame,so dye cari sumbody tuk share..aku doa kan kau hepi selalu choc..cm aku selalu cakap..Jangan Pernah Ke bawah.......

    ReplyDelete
  72. benda sama jadi kat aku. n aku doakan dia. mesti awek dia x bagi aku kntek dia kan. xpe aslkn dia bhgia

    ReplyDelete
  73. ai...kisah en.mimpi mirip ngan kisah sy..dia ilangkan/diamkn diri sethn yg lps...x ckp pn walau septh kata...idup sy jd kacau seketika...sbb sy x pnah x de dia dkat ngan sy..smpai skrang sy x blh nk suka org lain...

    ReplyDelete
  74. rasa hendak jadi bff... tapi masih tidak faham maksud tersirat bff...

    ReplyDelete
  75. Prkra yg sma brlaku jgk kt sy.Sgt sedih ble kenangkn blik, ble die ada awek trus die xhiraukn sy. sya hnya perlukn kwn yg sush senang sma2 hdapi... bila dh xdiperlukan di cmpak ke tepi...

    ReplyDelete
  76. aq ada gak bestie yg laen jantina nie..ktowng bestfrenz dr darjah 1 saammpai la skrag(umo skunk 21)..mmg syg giler kat dy...sampai kadang2, aq pon konpius pe prasaan sbena aq kat dy...'teman tapi mesra' ke or 'lucky i'm luv wit my besfren'~

    ReplyDelete
  77. sedih..tapi kena tgl kan jugak kan? same situasi kite..dan entri ini buat eyka menangis sebab terkenang dia..macam kejam plak kan? tapi ini laa life..:)

    ReplyDelete
  78. same goes to me..kdg2 rndu gle nk bork ngn bff ni.aku pun xphm npe die ttbe xcntact aku pas je abis spm..nak kte ak slh,hmm..ak da mnx maap..tp plik..m'hlg tanpe kaba..well to my bff i hope u don forget about me even ko xcntact ak lg..

    ReplyDelete
  79. gaaa.. nothing to say. tp cerita ni leh buat novel laa.

    :D

    ReplyDelete
  80. haih... terasa taw baca entry ni. niat nak cari video en mimpi yg len. tp tjumpa entry ni plak. it is just happened. just happenned..... -_-". atas permintaan bf, sy britahu dia yg ade org x selesa. dia faham & stop contact sejak tu. hmm... dah la, dah la. lelama tacing plak. dah, dah... nak pegi cari en mimpi punye video2 klaka. ;)

    ReplyDelete
  81. dear jijie @ nurul ain najihah mohammad,aq arap ending kte x mcm ni even 1 day nnt akan jd jgk mcm ni i guess..aq syg ko la!!

    ReplyDelete
  82. bro entry lu ari ni..betul2 buat wa rasa sebak..terutama surat lu..huhuhuuhu..wa baca semua comment lu harap2 ada dia balas n ckp "ni la teman baik saye ni"..tapi takda.kecewa sgt..tp bro..u da best!! lu betul2 buat wa sebak oo

    ReplyDelete
  83. mcm same ngan peristiwa idup aku..
    psl ex-bestfriend.
    tbe2 rase nak buat surat mcm ni..sobsob~

    ReplyDelete
  84. I hope she will read this entry and encik.mimpi don't be so sad.

    ReplyDelete
  85. huwaaa.. t'sgt la touching.. :'(
    anyway,be strong k!
    chayok2 ^^,

    ReplyDelete
  86. assalam,
    bro kalau rajin singgah blog wa
    *peace

    ReplyDelete
  87. i hope she read dis letter.... n hope she will be BBF u 4ever...

    ReplyDelete
  88. gilalah EM , mmg aku melepas lah ni?? :O

    ReplyDelete
  89. ttibe rindu kat bff mase kecik.selalu main same2..n then dia pindah.terus lost contact..even name pn da lupa..alahai.nasib badan~ harap2. one day dia dtg balik melawat kwsn rumah lame dia dulu.. huhu

    *keep waiting waiting n waiting him

    ReplyDelete
  90. first time jengah blog E.M..lpas godek2 utube...dgr E.M nynyi bru sat td...then, bce entry E.M lak...ase sedih bace, but cara E.M smpaikn pesanan totally cool :D hope she will be fine :)

    ReplyDelete
  91. agaknya encik mimpi keliru dengan perasaan sendiri masa tu. boleh ke orang yang berlainan jantina berkawan baik. kawan ya. sikit-sikit mesti timbul perasaan lain juga masa tu. sad story. bagi aku mungkin sebelum ni kawan encik mimpi pernah ada perasaan kat dia kot. manalah kita tahukan. tapi kalau aku jadi girlfriend someone yang lebih pentingkan perempuan lain selain mak and family dia, sure aku sakit hati and mungkin aku akan biarkan mereka bersama, aku pun tak ada kepentingan dalam hidup diakan. maybelah. cakap senangkan. =)
    peace no war.

    ReplyDelete
  92. sedihnyaaaa....

    kalau ak.. menitis air mata smbil menaip.
    emo sgt.. smpai pedih ati ni. sobsob

    ReplyDelete
  93. first time dgar lagu anda, baru terlike page, baru terjumpe blog teteibe terbace citer sedih pulak..haiyoo

    ReplyDelete
  94. adoi... tgh aku sedih2 baca surat kau tulis tu..

    dengar je lagu kau nyanyi terus menitis air mata aku... x sangka jantan mcm aku boleh menangis..

    isk.. isk... tisu mana tisu.. :(

    ReplyDelete
  95. As'slm. First time sy buka blog Encik Mimpi ni. Dan sy tertarik dengan post psl ex bestfriend ni. Sy pernah laluinya juga. Skrg masing2 buat haluan masing2. Terima kasih Encik Mimpi bagi nasihat.:)

    ReplyDelete
  96. sedih baca entri blog ni,huhu,
    kisah yg diceritakan sama mcm apa yg sy alami.
    tp sy hanya gf kepada lelaki yg diceritakan,
    apakan daya,hanya boleh mengharap sesuatu yg baik.

    ReplyDelete
  97. terlalu memahami. because me too, did the same.

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum encik mimpi. ni first time singgah blog awak, kenal n like page awak melalui pija ijazati habib.. bc entry ni, hati rasa terusik. Apepun , awak sangat bertuah kerana mempunyai hubungan persahabatan yg begitu suci seperti itu. =D

    ReplyDelete
  99. ; Assalamualaikum .
    dear 'sahabat baik' a.k.a Epul ↓
    maybe satu hari kita akan jadi macam ni . walau satu hari benda ni akan betul-betul jadi tapi ingatlah n serius ni WA SAYANG LU ♥ walau hanya mampu tulis words 'SAYANG' tu kat paper . mulut selalu kata TAKPE tapi dalam hati Allah je tau :) . aku selalu menangis time kita gaduh sebab aku tak nak hilang kau tapi kadang ayat kau macam kau nak sangat kita putus kawan KAN ? tapi tunggu masa je sebab kan aku tak lama lagi nak exam . aku kenal kau sangat macam mana S.H.A . hmm , YA ! aku redha kalau tu yang kau nak . mungkin kau dah ada someone and kau nak 'DIA' jadi yang halal buat kau . kau pun pernah cakap kan yang sampai bila kita nak jadi macam ni ? aku harap sampai Jannah :) . tapi semua yang berlaku ketentuan Allah . aku doakan yang baik-baik saje buat kau kat sana . SAYANG KAU SAMPAI JANNAH ♥ ~ > Wawa <

    ReplyDelete
  100. Aku dah nangis dah ni! tapi dalam hati je sebab adik aku ada kat sebelah aku ni. -_- sob sob sob! >_< T^T :'(
    Nak tau tak aku nangis sebab apa? Lepas baca dia dah ada GF, lepas baca dia cerita pasal BFF dia, n last skali masa baca surat untuk BFF dia tuh. Oh sedih + trharu! :'(

    ReplyDelete
  101. Sedih sangat baca :') Yepp saya ada sorang kawan camnie. Saya selalu gurau2 ngan dia, tak macam kawan yang len. Tapi yang specialnya bila face to face kitorang jadi kelu, tak boleh cakap. Berdebar-debar. Tapi, kitorang tak ada rasa cinta. Cuma sayang tu ada. Sayang dia sangat :') Encik Mimpi, saya bangga dapat jumpa lagu awak, gambar awak, dan blog awak! Sumpah start haritu, saya jadi fans awak :)

    ReplyDelete
  102. better kita jauhkan diri sbb mkin lama takut lain plak yg timbul.. mmg pon laki ngan pompam bole kwan baik. tapi msih ade batas nyer.. dari mengharap yang lebih lbeih baik berundur sbb takut ade yg kcewa. just share, kamsamida ^_^

    ReplyDelete
  103. encikk mimpii,,sye dh menangiss dh ni..yepp betol tu..sye pon ade bestfrenz cmtuh.. bile die cerite pasal girl die sye pon gelak2 je padahal dlm hati ade something je rase tp yelah name pon bezfrenzz so biarkan je..sedehnyeee btw..i love u lah encik mimpi ..suaru lu sedap bro ..

    ReplyDelete
  104. salam en mimpi sye dngr lagu en mimpi and baca blog ni sye mmgterharu & menangis x brhnti .dear encik mimpi citer awak same dgn kisah ye skit2 yupp btol tu...en mimpi i love your voice a lots...pandai en mimpi buat lirik lagu eh kagum sye and melting sye tpi sye tau en mimpi dh brpunye so sye mls nk kacau daun hehehe ok en mimpi i will always support you ALWAYS good luck en mimpi ............LOVE YOUR VOICE......<3

    ReplyDelete
  105. yaaaaa..betul tuh saya pun tengah mengalami nya.susah betul.hmmmm.

    ReplyDelete
  106. alahai bro...bila aku bace entri ko nie,aq terase rindu giler babe kat bff aq...aq tnggalkn dier pn same case cam ko gax...terase nak contact balek tp dier pn da happy ngan bf dier...tp aq still nk borak2 n kongsi cerita ngan dier mcm dulu2...aishhh....

    ReplyDelete
  107. Mmg sakit kehilangan sahabat yang paling kta sayang dan percaya... aku mengaku... uhuhu... kenapa kisah hidupmu sama dengan kisah hidupku??

    ReplyDelete
  108. Mmg sakit kehilangan sahabat yang kita sayang dan percaya... uhuhu... kenapalah kisah persahabatanmu sama dengan kisah persahabatanku??

    ReplyDelete
  109. Ish.. Dan macam filem Kuch Kuch Hota Hai.. Nah, aku copy paste dari internet utk kau baca, in case kau terlupa dialog terbaik ni.

    Ms. Briganza: Rahul... what is love?
    Rahul Khanna: Love. Love is friendship.

    Anjali Sharma: [Anjali looks at him]

    Rahul Khanna: If she can't be my best friend, I can't be in love with her. Without friendship, there is no love. Simple. Love is friendship. Okay, Ms. Briganza?

    Harap kau faham maksud yg tersirat. Adios.

    ReplyDelete
  110. sedih nyew ...tp npe encik mimpi lg prefer cinta dr p'sahabatan ??? ...huuhuhuuuu

    ReplyDelete
  111. Sye pon ade bff lelaki.. tapi setakat nie hubungan kami sekadar kwn je lah.. kami membesar sme2 smpai sye dh anggap dye mcm abg sndri.. xleyh nk anggap lebih dari tu dah..

    ReplyDelete
  112. Hmm, your story is totally same like mine. cuma aku punya BFF ni pelik sikit. After aku dah tlong dia dapat perempuan yang dia nak, dia terus lupakan aku. Jahat -.-'

    ReplyDelete
  113. p'pshn dlm p'shbtn....
    between boy n girl...
    this is normal life...
    walaupun jujur, perit nk terima....

    ReplyDelete
  114. i also have a bff aku putuskan persahabatan ngan dia sebab dia lepas ade awek terus lupa kat aku.i know about her gf but plez...kawan tak yah lah sampai maki hamun dpn semua org semata gf dia fitnah aku.

    ReplyDelete
  115. aku sangat suka bace entry ni . :) rindu pulak kt kwn kwn mse lower form dulu hmm hmm ha satu lg keep visiting my blog ;)

    ReplyDelete
  116. wah bestnye..baru jumpa blog emcik mimpi hehe

    ReplyDelete
  117. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  118. Sedihnye..hope my bff x lupekn sye.ni bru first time bkk blog EM

    ReplyDelete
  119. Sedihnye..hope my bff x lupekn sye.ni bru first time bkk blog EM

    ReplyDelete
  120. erk... kisah EM ni ade iras2 dgn my story.. bezanya, sy(girl) yg start jauhkan dri sbb fkirkan hala tuju msg2 nti and beza lagi sy ngan die mmg best frens giler, tpi xprnah la kite org ckp rndu2 ke syg2 ke.. huhuk

    Bila EM tulis mcm ni, seakan2 sy yg menulis surat ini tuk dia.. Tapi die bkn ade girlfren sbb kami bdua ni spesis xcouple.. ^O^ cume sy just trpkir, kalo aku ni jdi istri org, then my asben duk meluah mslh kat girl lain, mahunya tak marah+cmburu.. jdi i decide to end the friendship(bff)

    Skrg mmg jarang and agak lama xcontact eah other sbb sy sndri tegskan pd dia jgn contact bnda2 yg xperlu or xpenting.. and yang paling penting, sy rasa puas dpt luah semua kat sni.. dah lame nk ckp smua ni, tp xboleh share sbb my friendship with him hnya kami brdua saja yg tahu.. TT_TT..

    Miss that moment~~

    ReplyDelete
  121. tahniah bro mainstrem skang..

    ReplyDelete
  122. alhamdulilah my guy bff is my husband now. thank you Allah! :)

    ReplyDelete
  123. Encik mimpi..nasib dan cerita kita sme... N pasal keychain tu.. aku simpan baik mcm kau buat... Respect bro

    ReplyDelete
  124. Susah bila dah mula rasa sayang dengan sahabat sendiri :') Btw, Keep calm EM. Rasa mcm nak nanges je baca entry ni.

    ReplyDelete
  125. saya pon...dulu masa SPM kte org x kesah nak blaJA..sedih sbb lepas SPm x pat jumpe.....share makanan...ilmu...stories............pergh...layanan kasih sayang sang Sahabat kdg2 lebih indah drpd sang kekasih.......................................................................aku sayang kat ko Slys.

    ReplyDelete
  126. Aku pernah alami macam ni . Aku macam terpernah friendzone kat bestfriend aku . Haha ! Kenal lama dari zaman bebudak lagi . Btw kita orang beza 7 tahun . Putus kawan pun sebab orang fitnah aku , dia hina aku tak lawa , dia cakap dia boleh dapat kawan girl lagi baik dari aku and bla bla bla . Macam memula sedih gak . Lelama aku fikir ade sebab Allah jadikan macam ni . So lama aku diamkan diri . Aku dah move on and tetiba dia datang cari aku balek and ajak aku kahwin . Hakhakhakhak ! Jadah �� Tapi aku dah tak suka dia pun . Maybe Allah nk balas ? What goes around comes around �� K bye ��

    ReplyDelete
  127. Dear encik mimpi,
    Kisah kita hampir sama T.T , bezanya, dia tgglkan pesan before he leaves me. Taknak cakap panjang, cuma skrg dah hampir 4 tahun benda tu terjadi. Kekadang try gak tegur dia, but he acted so cold! And haritu cuba tanya gak dia ape motif dia sebenarnya leaving me behind alone? You know what was his answer?

    'Aku taktau pun ape yang aku cakap. Aku ingatkan kita jadi macamni sebab kau taknak cakap dengan aku dah'

    Like seriously, perpisahan tu killed me! Thanks en mimpi, sebab ade mirip dengan dia. You make me cry again :')

    ReplyDelete
  128. Dear encik mimpi,
    Kisah kita hampir sama T.T , bezanya, dia tgglkan pesan before he leaves me. Taknak cakap panjang, cuma skrg dah hampir 4 tahun benda tu terjadi. Kekadang try gak tegur dia, but he acted so cold! And haritu cuba tanya gak dia ape motif dia sebenarnya leaving me behind alone? You know what was his answer?

    'Aku taktau pun ape yang aku cakap. Aku ingatkan kita jadi macamni sebab kau taknak cakap dengan aku dah'

    Like seriously, perpisahan tu killed me! Thanks en mimpi, sebab ade mirip dengan dia. You make me cry again :')

    ReplyDelete

  129. I am reading your post from the beginning, it was so interesting to read & I feel thanks to you for posting such a good blog, keep updates regularly. I want to share about weblogic online training .

    ReplyDelete

  130. That's a great write-up. The way you write is very nice.. Much obliged for this unique article. continue to compose such a useful article. The evisa Turkey or Electronic visa for turkey is a fundamental travel record to visit Turkey . Without an e-visa you can't enter Turkey

    ReplyDelete
  131. Your article is very informative and useful... This hit me directly... Nice useful post… Where do you apply for a New Zealand ETA? Now you can easily apply online for an NZETA by filling out a simple form to save you the hassle of going directly to an embassy. click and check out for more info about the NZETA.

    ReplyDelete
  132. I have read your article which is so amazing and easy to read & understand. I hope your audience enjoys it. Passengers who are willing to wish Turkey and want a Turkish Visit Visa can visit the website for applying online.

    ReplyDelete
  133. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 6b866677bc791e105ee9f1229bdd6722
    website kurma
    website kurma
    numara onay

    ReplyDelete
  134. Thank you for your explanation, very good content. 3eaeb5aaafbf41f3e806ba25074a7d3a
    define dedektörü

    ReplyDelete
  135. Your active involvement and valuable contributions are deeply appreciated. Your efforts have played a crucial role in fostering a positive and encouraging atmosphere for everyone. Dreaming of exploring the wonders of India as a Canadian citizen? Leave behind the complexities of traditional visa applications and embrace the simplicity of the e-Visa. India e Visa for Canada Citizens- Experience the enchanting beauty of ancient monuments, indulge in the rich flavors of Indian cuisine, and immerse yourself in its diverse traditions. With a quick and hassle-free online application process, you can obtain your e-Visa from the comfort of your own home.

    ReplyDelete
  136. Your provided information is extremely beneficial to us. I appreciate you sharing this content. The World Top 12 Airports With The Highest Profitability are a testament to the remarkable success and efficiency of these aviation hubs. These airports have managed to achieve outstanding financial performance while providing top-notch services to millions of travelers worldwide.

    ReplyDelete
  137. Your openness in sharing your wisdom and thoughts is sincerely admirable and deeply valued. I want to share some news for everyone. Eritrean explorers! Dreaming of India? India Visa for Eritrea Citizens. you can apply for an e-Visa online. Whether for tourism, business, or health purposes, this digital visa makes the process simple. Just ensure your passport has six months' validity, have a recent photo, and a payment method for the processing fee. Get ready for an incredible Indian adventure!

    ReplyDelete
  138. Marvelous! Your articles have truly impressed me. I'm resolute in my quest for more articles like these. Thanks once more for sharing this type of content; it's incredibly beneficial for us.Cameroon Visa Fees and Processing Times: What You Need to Know. The visa fees can vary depending on the type of visa, the applicant's nationality, and the processing time chosen.

    ReplyDelete
  139. Fantastic post! Your writing style is captivating. Eagerly anticipating more of your excellent content. A guide on Brazil e-Visa for US Nationals: Learn how to apply, requirements, and processing times.

    ReplyDelete
  140. Your blog continually delivers informative and engaging material. I'm in awe of your dedication to sharing knowledge in a clear and accessible way. Looking forward to more valuable posts.

    ReplyDelete

Nuff n Klik Sini!